Arnab Pun Berlindung Di Pusat Pemindahan Banjir


Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD ARNAB kesayangan Qurratu Aini Ramlan, 23, yang bernama 'chico' menjadi tumpuan penduduk lain di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek. -UTUSAN/ RASUL AZLI SAMADMELAKA: Bukan sahaja manusia, seekor arnab comel yang turut menjadi ‘mangsa’ banjir juga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah pemiliknya di Kampung Pengkalan Minyak, di sini dinaiki air sehingga paras lutut.
Arnab berwarna cerah yang diberi nama Chico itu dibawa Qurratu Aini Ramlan, 23, ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek bersama sangkarnya bagi memastikan haiwan peliharaan itu tidak ditinggalkan bersendirian di rumah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Qurratu Aini berkata, dia bersama keluarga ditempatkan ke PPS tersebut sejak petang semalam apabila keadaan air di persekitaran rumah mereka naik mendadak ekoran hujan sejak pagi.
Katanya, ketika mereka sekeluarga sedang kelam kabut mengalihkan peralatan rumah untuk diselamatkan, dia tiba-tiba teringat dengan arnab yang dipelihara sejak awal bulan ini berada dalam sangkar di luar rumah.
“Pada masa itu, saya terus berlari melihat Chico di luar dan arnab itu dilihat terlompat-lompat seperti mahu menyelamatkan diri apabila air sudah menghampiri sangkarnya, mujur saya sempat alih ke tempat tinggi.
“Selepas itu, ketika trak bomba tiba untuk memindahkan kami, saya terus mengangkat arnab berkenaan terlebih dahulu ke atas kenderaan tersebut kerana tidak mahu tinggalkannya bersendirian di rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Qurratu Aini yang menolong ibunya berniaga kedai makan antara 73 penduduk daripada 22 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Ayer Molek selepas pusat tersebut dibuka sejak petang semalam ekoran banjir melanda beberapa lokasi berhampiran.
Sementara itu, ujarnya, haiwan berusia tiga bulan itu diperoleh daripada seorang rakan dan amat manja dengan dirinya sehingga membawa masuk ke bilik untuk tidur bersama pada setiap malam.
“Arnab ini amat istimewa bagi saya kerana sejak semalam lagi nampak ia gelisah berada dalam sangkar dengan berlari ke sana sini seolah-olah mahu memberitahu sesuatu dan rupa-rupanya rumah kami dimasuki air pada hari ini sehingga terpaksa berpindah ke PPS.
“Cuma apabila situasi kelam kabut semasa membantu menyelamatkan peralatan rumah saya nyaris terlupa dan sebab itu saya bawa sekali Chico menumpang berteduh di sini supaya mudah memberinya makan seperti biasa,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/arnab-pun-berlindung-di-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Pemindahan Banjir Patuh Syariah Bakal Diwujudkan

Pusat Pemindahan Banjir Patuh Syariah Bakal Diwujudkan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 292 hits
Disedia bagi kemudahan ibu menyusu ibu bersalin pesakit terlantar REMBAU Pusat pemindahan banjir patuh syariah khusus bagi kebajikan umat Islam seperti ibu menyusu ibu bersalin dan pesakit terlantar yang terjejas akibat bencana itu akan diw...
Banjir Kilat Sekitar Pusat Bandar Kl

Banjir Kilat Sekitar Pusat Bandar Kl

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 436 hits
Oleh Metra Syahril Mohamed PENDUDUK bertungkus lumus membersihkan kawasan rumah yang dinaiki banjir kilat di Kampung Baru Kuala Lumpur UTUSAN SHIDDIEQIIN ZONKUALA LUMPUR Hujan lebat sejak pukul 4 30 petang ini menyebabkan beberapa kawasan s...
Orang Asli K Tan Bina Bangsal Jadikan Pusat Perpindahan Banjir

Orang Asli K Tan Bina Bangsal Jadikan Pusat Perpindahan Banjir

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 250 hits
Seramai 500 penduduk Orang Asli Batik di Kampung Pasir Linggi di sini mengambil inisiatif membina bangsal sebagai pusat perpindahan sementara mereka apabila berlakunya banjir Komuniti tersebut mula membina sebanyak 50 bangsal sejak empat ha...
Mangsa Banjir Di Perak Bertambah

Mangsa Banjir Di Perak Bertambah

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 255 hits
Oleh SAYED HESHAM IDRIS PUSAT pemindahan sementara di Dewan Semai Bakti Ijok Selama dibuka petang tadi untuk menempatkan mangsa banjir GAMBAR IHSAN APMIPOH Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini bertambah kepada 319 orang sehingga pu...
Banjir Polis Pertingkat Kawalan Pencegahan Jenayah

Banjir Polis Pertingkat Kawalan Pencegahan Jenayah

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 229 hits
Bantu pasukan keselamatan lain pindahkan mangsa yang terkesan MELAKA Polis Melaka memberi jaminan untuk mempertingkat kawalan pencegahan jenayah susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri berkenaan sejak Khamis lepas Ketua Polis...
Banjir Termenung Keeping Villagers Up At Night

Banjir Termenung Keeping Villagers Up At Night

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 317 hits
NSTP HASSAN OMARMELAKA Md Som Dol and his family in Kampung Belimbing Dalam in Durian Tunggal near Alor Gajah here are having sleepless nights due to banjir termenung which is taking a longer time to recede than usual The 63 year old privat...
Rm150 Juta Laksana Projek Atasi Banjir Kilat Sekitar Kl

Rm150 Juta Laksana Projek Atasi Banjir Kilat Sekitar Kl

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 364 hits
RM150 juta laksana projek atasi banjir kilat sekitar KL Kuala Lumpur Sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek tebatan banjir dan menaik taraf sistem perparitan untuk mengatasi masalah banjir kilat di sekitar ibu kota Mente...
Penternak Tidak Lena Tidur Risau Haiwan Ternakan Lemas Akibat Banjir

Penternak Tidak Lena Tidur Risau Haiwan Ternakan Lemas Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 294 hits
BernamaSebahagian rumah di Kampung Gadek di sini dinaiki air ekoran banjir yang melanda berikutan hujan lebat sejak malam tadi BERNAMA ALOR GAJAH Dah beberapa malam sejak musim tengkujuh tidur saya tidak lena Risau banjir berlaku pada waktu...
Sop Kendiri Perlu Dipatuhi Walaupun Banjir

Sop Kendiri Perlu Dipatuhi Walaupun Banjir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 267 hits
SEMANGGOL Agensi agensi terlibat dalam tugasan di pusat pemindahan sementara diminta sentiasa mengingatkan mangsa banjir bagi mematuhi prosedur operasi standard COVID 19 Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata
Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Redefining Intimacy In The Menopausal Years With Gummies That Do More Than Taste Good

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wajah Sebenar Pas Terdedah

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Cooperation Offer

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression