Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah
Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah. | Assalammualaikum semua! Wahhh tajuk Ruby macam aplikasi ini bernyawa kan? Sedangkan kita lah yang plan bagaimana sesuatu aplikasi ingin membantu kehidupan seharian kita. Betul tak? Dengan hanya satu kali tetapan aplikasi. Ia terus melekat berdamping dengan kita pada setiap masa. Sebab kita semua memiliki telefon pintar. Hehehe. Muslim Pro adalah aplikasi sesuai untuk semua umat Islam menggunakannya. Maksudnya masyarakat seluruh dunia boleh guna. Aplikasi yang straightforward dan mudah untuk digunakan. Pasti ramai tertanya-tanya, apa yang menarik sangat Muslim Pro ni? Jom Ruby kongsikan apa yang Ruby suka sangat dengan Muslim Pro. Ruby dah guna selama 7 tahun dan masih menggunakannya. Alhamdulillah.
Aplikasi Muslim Pro Tidak Jemu Beri Peringatan Ibadah
Ibadah kita, jangan sesekali kita leka dan alpa sehingga terlupa melaksanakan ibadah yang wajib. Muslim Pro adalah aplikasi pertama yang Ruby subscribe Premium terus. Setiap aplikasi yang kita beli, anda boleh cek di Google Play Store > Payments & Subscriptions > Budget and History. Kemudian anda scroll ke bawah untuk lihat aplikasi yang pernah anda subscribe. 19 March 2015, Ruby mula melanggan Muslim Pro Premium. Ia sebagai tanda penghargaan kepada pasukan pembangunan aplikasi yang bijak dan mahu membantu seluruh umat Islam. Ketika Ruby beli aplikasi, Ruby masih ingat ketika itu malam jumaat. Niat di dalam hati untuk bersedekah. Dalam ketakutan nak menggunakan sistem pembayaran melalui Google, berjaya juga bayar! Hahaha. Korang masih ingat kali pertama nak membeli dalam talian? Cemas kan. Walau cemas, kita kena berani mencuba.
Ruby ni tamak, nak belajar ilmu agama Islam selalu teruja. Nak memiliki keseluruhan tawaran aplikasi. Banyak perbezaan sebagai pengguna PERCUMA dan PREMIUM. Terpulang kepada pilihan korang. Sebab kedua-dua ini tidak menjejaskan anda dari menerima laungan azan dan peringatan tentang ibadah yang lain
Sebagai pengguna, kita bukannya 24 jam membelek telefon pintar, tetapi kita sentiasa ada bersama telefon pintar. Nampak tak perbandingannya? Hehehe. Tambahan dengan lambakan aplikasi yang perlu kita gunakan untuk melaksanakan tugasan kerja pejabat dan urusan lain. Kita akan mudah terleka. Disinilah fungsi yang kita sebagai umat Islam inginkan. Iaitu sesuatu yang buat kita ingat, mengingatkan dan diingatkan. Peringatan tentang ibadah. Dengar je laungan azan, kita terus berhenti melakukan semua perkara. Memandang jam di pergelangan tangan atau dinding. Ehhhhh dah jam 1.16pm waktu solat Zohor. Terus bangun dan meregangkan badan yang keletihan akibat terlalu lama duduk di kerusi. Jom segera menunaikan solat.
Itu pengalaman Ruby semasa bekerja di pejabat. Apabila sudah bergelar ibu, lagi bertambah sibuk. Ada kala sibuk mengemas, mendengar laungan azan Zohor buat Ruby tersedar dari kesibukan. Waktu ini mesti Ruby selesai mengemop dapur setelah selesai memasak. Apabila sudah terbiasa, peringatan dari segi Azan ini menjadi asbab Ruby menjaga solat dan plan jadual harian dengan lebih baik.
Doa Harian Menjadi Rujukan Ibu Ayah
Fungsi Muslim Pro yang sering Ruby akan buka adalah doa harian. Ruby ada dua orang anak lelaki, mereka di fasa mengenali Islam. Setiap perbuatan, Ruby sedang memupuk untuk mereka mulakan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم dan disertakan doa. Jadi, Ruby hanya buka aplikasi Muslim Pro dan mencari doa bersesuaian. Doa makan, doa selepas makan, doa memandu kenderaan, doa dalam solat dan doa apabila menerima rezeki dari Allah s.w.t. Ada kalanya tidak ingat, jadi rujuk di bahagian Hisnul Muslim. Mudah sangat. Doa adalah Perisai Seorang Muslim.
Kata-Kata Motivasi Islamik Harian
Di Muslim Pro, setiap hari ada kata-kata motivasi untuk anda lihat. Ada kala, hari-hari kita ni dihimpit dengan perasaan resah. Ada kala emosi seperti bermain di jiwa. Ada juga bila waktu seakan tidak mengikut plan. Ada juga hari kita gembira. Walau semua tawa nangis itu, jangan sesekali menjauhkan diri dari Allah s.w.t.
Peringatan Untuk Berzikir
Dalam mengumpul pahala, zikir adalah paling mudah dilakukan. Tetapi sering dilupakan. Ruby pun begitu suatu masa dahulu. Sejak ada Aplikasi Muslim Pro, Ruby gunakan fungsi Zikir untuk tenangkan fikiran. Kadang-kadang geram dengan keadaan sekeliling. Buka aplikasi Muslim Pro dan buat Zikir. Ada kala, boleh cecah sehingga 1000 Zikir sehari. MasyaAllah. Daripada kita bercakap perkara yang tiada berfaedah, mencarut dan memaki hamun keadaan. Lebih baik berzikir. Boleh merawat hati dan jiwa.
Tasbih pun Ruby pilih warna batu Ruby. Hahaha
PREMIUM Muslim Pro Tiada Iklan Dan Boleh Guna Semua Fungsi Aplikasi.
Bahagian ini yang paling Ruby suka. Sebab Ruby akan tengok semua ciri-ciri aplikasi. Lihat perbezaan aplikasi PERCUMA dan PREMIUM. Cuba dahulu yang PERCUMA, dah jatuh hati terus melanggan PREMIUM seumur hidup macam Ruby. Walau korang tukar telefon pintar, gunakan email yang sama muat turun Muslim Pro di telefon baru. Kemudian restore maklumat username dan password yang sama. Enjoy PREMIUM sampai bila-bila.
www.muslimpro.com
Jadi, apakah aplikasi Islamik kegemaran korang? Share dengan Ruby aplikasi yang korang sedang guna di ruangan komen ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/06/aplikasi-muslim-pro-tidak-jemu-beri-peringatan-ibadah.html