Aplikasi Hasad Android Mencuri Butiran Log Masuk Bank Malaysia


Satu aplikasi palsu Android menyamar sebagai perkhidmatan pembersihan rumah untuk mencuri butiran log masuk perbankan dalam talian dari lapan bank dalam Malaysia.
Aplikasi ini dipromosikan dalam pelbagai laman web palsu atau klon dan laman media sosial untuk menggalakkan pengguna memuat turun fail APK hasad – ‘Cleaning Service Malaysia’.
Aplikasi ini pada awalnya dikesan oleh MalwareHunterTeam minggu lepas dan kemudiannya dianalisis oleh penyelidik di Cyble, yang memberikan maklumat terperinci tentang bagaimana ia beroperasi.

Selepas memasang aplikasinya, pengguna akan diminta untuk memberikan 24 jenis kebenaran (permissions), yang akan disalahguna untuk memantau teks SMS bagi mencuri kata laluan ‘one-time password’ dan kod MFA yang digunakan dalam perkhidmatan e-perbankan.
Kod tersebut seterusnya dihantar terus ke pelayan penggodam.
Apabila aplikasi dilancarkan, ia akan memapar borang yang meminta pengguna untuk menempah temu janji pembersihan rumah. Setelah pengguna memasukkan butiran iaitu nama, alamat dan nombor telefon pada aplikasi, mereka digesa untuk memilih kaedah pembayaran.

Di sini, pengguna ditawarkan pelbagai pilihan bank Malaysia dan pilihan perbankan internet, dan apabila mangsa mengklik salah satu pilihan, mereka akan dibawa ke halaman log masuk palsu (phishing site).
Malangnya, pengguna tidak mempunyai cara untuk menyedarinya dari dalam antara muka aplikasi palsu tersebut. Sebarang butiran log masuk perbankan yang dimasukkan dalam langkah ini akan dihantar terus ke penggodam. Maklumat ini boleh digunakan bersama kod SMS yang telah dipintas aplikasi untuk mengakses ke akaun e-perbankan mangsa.

Seperti biasa, kami sentiasa menyarankan agar pengguna untuk memuat turun aplikasi hanya melalui gedung rasmi, Google Play Store.
Tidak lupa juga usah sewenang-wenangnya memberikan kebenaran istimewa pada aplikasi, terutamanya yang tidak berkaitan dengan fungsinya. Tidak ada sebab mengapa aplikasi pembersihan rumah mahukan akses kepada teks dalam peranti anda.
Kemudian, jangan biarkan peranti anda ‘bersawang’. Pastikan ia sentiasa menggunakan kemas kini keselamatan terbaru, dan versi sistem operasi terkini yang ditawarkan oleh pembangun.
Sumber: Malicious Android app steals Malaysian bank credentials, MFA codes
The post Aplikasi Hasad Android Mencuri Butiran Log Masuk Bank Malaysia appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/aplikasi-hasad-android-mencuri-butiran-log-masuk-bank-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pati Myanmar Bayar Rm5 000 Untuk Masuk Malaysia

Pati Myanmar Bayar Rm5 000 Untuk Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 204 hits
Oleh Polis merampas kenderaan yang digunakan sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar melalui Op Pintas di daerah Seberang Perai Utara FOTO ihsan FB PDRM Pulau Pinang BUTTERWORTH Polis menumpaskan sindiket pemer...
Tips To Approve A Bank Personal Loan In Malaysia

Tips To Approve A Bank Personal Loan In Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 338 hits
Tips To Approve A Bank Personal Loan In Malaysia 1 CHECK FINANCIAL RECORDS Before you start applying for a loan first check the condition of your financial records The first thing the bank will look at is the financial record of the person ...
Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

Lebih 4 000 Penumpang Dari Singapura Masuk Malaysia Melalui Darat Sepanjang 5 Hari Vtl

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 251 hits
MALAYSIA NOW Jumlah itu adalah sekitar 60 daripada kuota yang dibenarkan Pihak berkuasa SIangpura memantau pergerakan penumpang yang akan memulakan perjalanan ke Malaysia melalui darat menggunakan bas Gambar AFP Lebih 4 000 orang penumpang ...
Di Malaysia Pecah Rumah Di Indonesia Rompak Bank

Di Malaysia Pecah Rumah Di Indonesia Rompak Bank

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 241 hits
Di Malaysia pecah rumah di Indonesia rompak bank BANDUNG Kumpulan perompak yang menjadikan sejumlah petugas dan pengawal keselamatan di cawangan bank Maybank di Karawang sebagai tebusan pernah terlibat dalam jenayah rompakan di beberapa neg...
Health Ministry Denies Rumour Omicron Variant Detected In Malaysia

Health Ministry Denies Rumour Omicron Variant Detected In Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 254 hits
The Health Ministry has refuted allegations that have gone viral on social media claiming the Omicron Covid 19 variant has been detected in Perak The denial of the viral news was issued by the agency concerned through the Communications and...
55 Kematian Baharu Covid 19 Free Malaysia Today

55 Kematian Baharu Covid 19 Free Malaysia Today

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 258 hits
Selangor mencatatkan angka kematian Covid 19 tertinggi semalam iaitu sebanyak 10 kes PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 55 kes kematian Covid 19 semalam menurut perincian dikeluarkan GitHub Daripada jumla
Jadual Badminton Bwf World Tour Finals 2021 Waktu Malaysia

Jadual Badminton Bwf World Tour Finals 2021 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 432 hits
Jadual Badminton BWF World Tour Finals 2021 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton BWF World Tour Finals 2021 bakal membuka tirai Untuk makluman anda Kejohanan Badminton HSBC BWF World Tour Finals 2021 bakal diadakan secara rasmi...
It S Okay Bukan Rezeki We Love You Keeper Jdt Tewas Di Final Piala Malaysia Eyra Hazali Titip Semangat Buat Suami

It S Okay Bukan Rezeki We Love You Keeper Jdt Tewas Di Final Piala Malaysia Eyra Hazali Titip Semangat Buat Suami

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 338 hits
Semalam pasukan bola sepak Kuala Lumpur City berjaya melakar kejutan selepas menumpaskan juara bertahan Johor Darul Takzim seterusnya merangkul Piala Malaysia ke 100 tahun pada aks1 final di Stadium Nasional Bukit Jalil Kemenangan yang dira...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow