Api Kuala Lumpur


Api menyala di langit Kuala Lumpur
Bahagian 1
SAHIDAN JAAFAR
05 Mac 2019


ZAINUDDIN Maidin dalam buku 'Pertama dan Terakhir (1980) menceritakan, ketika kekacauan meletus di ibu kota pada 13 Mei 1969 ramai para pemberita, penyunting dan juga kakitangan masih berada di pejabat Utusan Melayu kecuali kakitangan wanita yang dinasihatkan oleh Ketua Pengarang Utusan, Melan Abdullah supaya pulang lebih awal.

Zainuddin dan beberapa orang pemberita serta jurugambar telah keluar dari Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin pada pukul 5.30 petang untuk membuat liputan perarakan orang Melayu yang diketuai Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Harun Idris yang akan bermula dari Jalan Raja Muda di Kampung Baru.


“Kami kemudian tiba di kawasan rumah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor di mana perhimpunan untuk perarakan diadakan. Perhimpunan itu keluar dari rumah tersebut lebih awal daripada yang dijangkakan.

“Apabila rusuhan meletus saya terus berjalan pulang ke rumah di Jalan Raja Muda Musa di Kampung Baru kerana memikirkan perintah berkurung pasti akan dikuatkuasakan. Sepanjang perjalanan pulang itu saya melihat kejadian-kejadian yang tidak akan dapat saya lupakan se­umur hidup saya” (Zainuddin Maidin 1980: 87).

Malam itu, orang Melayu di Kampung Baru yang sudah hilang sabar mengamuk di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur seolah-olah kehausan darah. Suasana amat mengerikan. Mayat-mayat bergelimpangan di sana sini. Pemuda-pemuda Melayu yang tidak berbaju dan bermandikan minyak bertukar menjadi ninja berkeliaran mencari mangsa dalam kegelapan malam.

“Pada malam itu tidak ada penduduk Kampung Baru yang tidur. Semua berada dalam kecemasan seperti menunggu saat kematian sambil memerhatikan langit merah oleh cahaya api yang menjulang di sana-sini di kawasan Chow Kit” (Zainuddin Maidin 1980: 87).



AKHBAR Utusan Malaysia pada 23 Mei 1969 bertajuk “Kg. Bharu - Jalan Chaw Kit kembali aman”.
Tunku Abdul Rahman dalam buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas (2007) menceritakan, pada petang 13 Mei, Datuk Harun Idris selaku Pengerusi UMNO negeri Selangor bersetuju dengan permintaan ah­linya untuk melakukan perarakan kemenangan.

“Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Datuk Harun, tiba-tiba berita di­terima yang menyatakan orang Cina menyerang orang Melayu di Setapak, kira-kira satu atau dua batu menghala ke utara, semasa orang Me­layu dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam perarakan yang bergerak dari Jalan Raja Muda.

“Berita itu segera menaikkan berang orang Me­layu yang sedang berhimpun dan mereka terus mengamuk dengan tidak dapat dikawal lagi. Dua orang Cina yang me­lalui jalan itu dengan menunggang motosikal diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang meletuskan kekacauan yang belum pernah berlaku sepertinya dalam sejarah Malaysia” (Tunku Abdul Rahman 2007: 83).

Pada malam itu, Tunku menceritakan beliau tidak dapat tidur apabila mengenangkan tragedi dahsyat yang me­nimpa ibu kota Kuala Lumpur yang aman damai selama ini.

“Saya berdiri di beranda luar bilik tidur saya dan menghalakan pemandangan saya ke bandar sambil memerhatikan api yang menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran Kampung Baru dan di sebelah utara.

“Kuala Lumpur telah menjadi bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Itulah satu pemandangan yang amat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan me­nyaksikan kejadian yang se­perti itu semasa hayat saya.



RUMAH kedai yang hangus terbakar di jalan campbell, Kuala Lumpur pada 13 mei 1969.
“Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang bahagia dan aman dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang pa­ling bahagia sekali di dunia ini” (Tunku Abdul Rahman 2007: 81).

Berikutan perintah berkurung, akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia tidak terbit selama lima hari kerana pekerja tidak dapat datang be­kerja.


SEBAHAGIAN orang ramai di kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menunggu di luar bangunan Kebajikan Masyarakat di Jalan Brickfields untuk mendapatkan bantuan makanan ketika tragedi 13 Mei 1969.

Akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Melayu keluaran 14 Mei 1969 yang menyiarkan kenyataan Tunku Abdul Rahman yang bertajuk “Saya akan menarik diri” juga tidak dapat dibaca oleh rakyat Malaysia kerana tidak dapat diedarkan ke kedai-kedai kerana kekacauan meletus di ibu kota Kuala Lumpur pada 13 Mei.

Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah sendiri terpaksa membawa beberapa ribu naskhah akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia dengan keretanya untuk dijual di Kampung Baru.

utusan online



Mageran tadbir negara
BAHAGIAN AKHIR
SAHIDAN JAAFAR
06 Mac 2019


ANGGOTA majlis Mageran dari kiri: Abdullah Ahmad Badawi, Salleh Ismail ( Ketua Polis Negara ), Ghazali Shafie, Tun Sambanthan, Dr. Ismail Abdul Rahman (Timbalan Perdana Menteri), Tun Abdul Razak (Perdana Menteri), Tan Siew Sin, Hamzah Abu Samah, Jeneral Ibrahim Ismail (Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Abdul Kadir Shamsuddin ( Ketua Pentadbiran Awam ) dan Tan Sri Azizan Zainal Abidin.

TRAGEDI 13 MEI 1969 yang berpunca daripada konflik perkauman berjaya dikekang menjadi bertambah buruk daripada meragut lebih banyak nyawa yang tidak berdosa apabila kerajaan mengisytiharkan darurat serta merta di Kuala Lumpur sejak pada hari pertama kejadian.

Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan (2013) dalam buku Konflik Politik Perkauman: Strategi dan Penyelesaian Cara Malaysia menyebut bahawa berdasarkan Laporan Tragedi 13 Mei 1969, sebanyak 143 orang Cina, Melayu (22) dan India (12) terbunuh dalam rusuhan berdarah yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang aman damai sejak merdeka.Tragedi 13 Mei 1969 berkesudahan dengan pengisytiharan Darurat, penggantungan Parlimen dan pembentukan Majlis Ge­rakan Negara (Mageran) atau Natio­nal Operations Council (NOC).


TUN ABDUL RAZAK
Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia diletakkan di bawah kuasa yang ditadbir oleh Mageran yang diketuai oleh Tun Abdul Razak sebagai Pengarah Tindakan.

Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara dalam tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman bagi menentukan hala tuju keselamatan dan pentadbiran negara selepas tragedi berdarah melalui Mageran.

Pengumuman itu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan beliau menerusi televisyen dan radio ke seluruh negara pada 16 Mei 1969.

Tunku menegaskan: “Sekarang saya telah pun menubuhkan sebuah Majlis Gerakan Negara atau National Operations Council dan Tun Razak sebagai Pengarah Tindakan atau Director of Operations, dengan diberi tanggungan-tanggungan yang penuh untuk menjalankan pentadbiran di bawah Perisytiharan Darurat dan dalam Operasi Council ini akan termasuk agensi-agensi keselamatan...” (Tunku Abdul Rahman 2007: 98).

Mohd. Fitri Abdul Rahman dan Mohd. Foad Sakdan turut menyatakan, di bawah kerajaan Mageran, beberapa strategi penghindaran krisis dan konflik perkauman diper­kenalkan iaitu pengenalan pada Prinsip Rukun Negara, berupa ideologi kebangsaan yang harus dihayati semua rakyat Malaysia, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB), berasaskan tujuan penyusunan semula masyarakat serta mewujudkan akta dan undang-undang bersabit perkara-perkara atau isu sensitif seperti Akta Hasutan 1971.

Kesan tragedi berdarah itu turut memberi impak kepada kepimpinan negara apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada 22 September 1970 apabila terasa bahangnya akibat tekanan dari dalam dan luar negara.


MUKA depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Februari 1971 bertajuk Demokrasi baru ala Malaysia 

Tunku yang terkesan dengan surat Dr. Mahathir Mohamad yang menuduh beliau bermain poker semasa tragedi itu berlaku selain laporan media asing yang berat sebelah dan memihak kepada penentang kerajaan turut memberi imej buruk terhadap kepimpinan beliau.

Misalnya, akhbar terkemuka Age di Melbourne, Australia telah menyiarkan satu berita di bawah tajuk ‘National Headed Disaster’ (Negara Menuju ke arah Kehancuran) pada pagi selepas tercetusnya rusuhan iaitu pada 14 Mei 1969.

Peletakan jawatan Tunku Abdul Rahman membolehkan Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu dan Tun Dr. Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pemerintahan Mageran berakhir setelah 21 bulan dikuatkuasakan dan fungsi Parlimen dikembalikan pada bulan Februari 1971.

Tragedi 13 Mei sepatutnya menjadi iktibar kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini seperti ingatan Tunku Abdul Rahman yang menyeru agar semua pihak tidak memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan kemarahan atau provokasi kepada mana-mana kaum.

“13 Mei merupakan suatu ingatan berkekalan kepada kita semua tentang bahaya yang akan timbul daripada sikap mengetepikan Perlembagaan dan mempermain-mainkan soal-soal yang menyentuh perasaan, adat resam dan adat istiadat pelbagai kaum, ter­utama sekali dalam masyarakat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

“Sungguhpun kita baru saja mempunyai satu sejarah yang singkat selama 12 tahun sebagai sebuah negara yang merdeka tetapi bukankah sejarah itu menjadi bukti yang berkekalan bahawa kejayaan-kejayaan kita itu berasas kepada perpa­duan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita ini.

“Ketika kita menubuhkan negara, kita sedar di atas hakikat ini dan dengan sebab itu kita telah menggunakan cogan kata ‘Bersatu Bertambah Mutu’ bagi negara kita.

“Kejayaan yang telah kita capai dan martabat tinggi yang telah kita peroleh pada pandangan dunia bukanlah dengan usaha sesuatu kaum sahaja tetapi dengan usaha semua kaum di Malaysia, iaitu mereka yang berbangga memanggil dirinya Malaysian” (Tunku Abdul Rahman 2007: 193).

Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri merupakan orang paling berkuasa dalam negara bagi tempoh itu apabila beliau diberi kuasa penuh oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman...


utusan online



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/03/api-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Traditional Christmas Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Traditional Christmas Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 391 hits
Come share the spirit of Christmas by celebrating this yuletide cheer at Pacific Regency Hotel Suites KL Capture the glow and sparkles of Christmas where fabulous festive promotions are rolled out Visit http www sinfully delicious net to co...
Christmas New Year Buffet Spread Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Christmas New Year Buffet Spread Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 472 hits
The Christmas spirit is back in town again and celebrate this season with the ever popular festive with your year end festival gatherings at Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur This year BTHKL Visit http www sinfully delicious net to co...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 484 hits
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 201929 Mac 7 April 2019Pusat Dagangan Dunia Putra 10 pagi 9 Malam
Gambar Gambar Banjir Besar Melanda Kuala Lumpur Tahun 1971

Gambar Gambar Banjir Besar Melanda Kuala Lumpur Tahun 1971

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 1037 hits
Banjir di Kuala Lumpur pada tahun 1971 Sumber gambar Akhbar The Straits Times 6 Januari 1971
Tiket Penerbangan Mas Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik Rm2 279

Tiket Penerbangan Mas Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik Rm2 279

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 250 hits
Hits 2Berita baik untuk mereka yang nak kembara ke Australia Tiket Penerbangan MAS Kuala Lumpur Adelaide Pergi Balik RM2 279 kini ditawarkan kepada semua yang nak melancong ke Australia Selatan Apa yang menarik di sini pastinya tarikan utam...
Pondan Menari Berlari Di Kuala Lumpur Tiada Masalah Mental Punca Masih Belum Diketahui

Pondan Menari Berlari Di Kuala Lumpur Tiada Masalah Mental Punca Masih Belum Diketahui

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 811 hits
Susulan dari kejadian seorang pondan yang menari dan berlari di Kuala Lumpur semalam telah disahkan tidak mengalami masalah mental Ianya telah disahkan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan terhadap lelaki tersebut sebaik sahaja dimasukkan...
Jangan Lupa Serbu Hari Biousahawan 2019 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Jangan Lupa Serbu Hari Biousahawan 2019 Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 359 hits
Aku pernah berkongsi maklumat berkenaan satu peluang keemasan buat mereka yang bergelar usahawan tempatan startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan didalam dan luar negara iaitu melalui program BioUsahawan 2019 yang dianjur...
Bayi Penumpang Tertinggal Pesawat Tujuan Arab Saudi Kuala Lumpur Kembali Ke Bandara

Bayi Penumpang Tertinggal Pesawat Tujuan Arab Saudi Kuala Lumpur Kembali Ke Bandara

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 303 hits
Sebuah pesawat Saudia Airlines dengan rute penerbangan Jeddah Arab Saudi Kuala Lumpur Malaysia terpaksa kembali ke bandara setelah seorang ibu melaporkan bayinya tertinggal di bandara
Teawithhilton Presents Tomato Hi Tea Special At Hilton Kuala Lumpur

Teawithhilton Presents Tomato Hi Tea Special At Hilton Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 382 hits
TOMATO HI TEA SPECIAL AT HILTON KUALA LUMPURSpend a lovely afternoon at Vasco s the all day dining restaurant for TeaWithHilton All throughout March it is all about the seasonal produce ingredient of the month tomatoes Enjoy some delectable...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran