Apel Maksud Syarat Kelayakan Apel A Apel C Apel Q


Individu yang tiada kelayakan kelayakan pendidikan formal, namun mempunyai pengalaman bekerja boleh melanjutkan pengajian di IPT menerusi Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL.
APEL memberi peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian di IPT menerusi pengalaman bekerja mereka melalui proses penilaian yang dijalankan.
Mengenai APEL APEL merupakan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu yang diwujudkan bagi menyediakan laluan kemasukan alternatif kepada individu-individu yang memiliki pendidikan formal yang kurang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Ianya merupakan satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.
Secara umumnya, pengkreditan pembelajaran ini melibatkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman yang boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja suka rela dan seumpamanya.
Kepentingan APEL Pembelajaran berasaskan pengalaman ini akan menggalakkan seseorang individu untuk meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal.
Ini seterusnya akan memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.
Ia juga memberi peluang bagi laluan kemasukan alternatif untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kategori APEL Terdapat 3 kategori bagi pengkreditan pembelajaran ini iaitu:
APEL.A: Akses ke IPT mulai tahun 2011 bagi membolehkan individu menyambung belajar ke Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) setelah lulus penilaian APEL.A APEL.C: Pindah Kredit mulai tahun 2016 bagi menilai ilmu yang terkumpul menerusi pengalaman pembelajaran dan mendapat pengecualian kursus/mata pelajaran. APEL.Q: Penganugerahan kelayakan mulai tahun 2021 bagi menilai ilmu yang diperoleh daripada pengalaman pembelajaran terdahulu untuk dianugerahkan kelayakan akademik tanpa perlu mengikuti keseluruhan program pengajian di PPT. 1- APEL.A APEL.A ialah sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.
Ini juga akan memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di PPT.
Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia. Umur minimum:
– Sijil: 19 tahun
– Diploma: 20 tahun
– Sarjana Muda: 21 tahun
– Sarjana: 30 tahun Hanya penilaian untuk ke program Sarjana mestilah mempunyai STPM/Diploma/Setara. Memiliki pengalaman yang berkaitan sama ada formal atau tidak formal. Kaedah penilaian dibuat adalah seperti berikut:
Ujian Aptitud: Empat aspek diuji (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Pengetahuan Am/Pemikiran Kritis Portfolio: Kompilasi pengalaman pembelajaran formal, non-formal, dan informal. Format ditetapkan. Temu duga dengan dua orang panel penemu duga bagi calon APEL T-7 sahaja. 2- APEL.C APEL. C adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan pindah kredit bagi kursus dalam program yang sedang diikuti.
Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.C iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran sesuatu kursus.
Had maksimum bagi pemindahan kredit adalah 30% daripada jumlah kredit bergraduat.
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Pelajar PPT yang mempunyai pengalaman pembelajaran terdahulu yang telah berdaftar dan sedang mengikuti pengajian sama ada melalui kemasukan secara konvensional atau melalui APEL.A. Penilaian dibuat menerusi kaedah berikut:
Bergantung kepada kursus yang ingin dimohon pindah kredit. Kaedah penilaian yang boleh diguna pakai adalah Challenge Test atau Portfolio. Prinsip penilaian APEL.C adalah memadankan kompetensi pelajar dengan Course Learning Outcome (CLO). 3- APEL.Q APEL.Q merupakan kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja, pengalaman hidup atau/dan himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan kelayakan program akademik di Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT).
Untuk syarat kelayakan pula adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia dan bukan warganegara. Memenuhi tempoh minimum pengalaman kerja pada tahap yang bersesuaian dalam bidang berkaitan iaitu: Penilaian dibuat Pmenggunakan instrumen berikut secara berurutan:
Portfolio Lawatan Lapangan dan Pengesahan (Field and Validation Visit, FVV) Ujian Cabaran (Challenge Test, CT) Kursus Capstone dalam program yang dimohon Menariknya, untuk penjawat awam, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Inisiatif Pemberian Bantuan Yuran Pengajian kepada penjawat awam bagi Program APEL.Q dalam Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan pada 18 Oktober 2024 yang lalu.
Inisiatif ini melibatkan tanggungan kos pengajian sebanyak 50 peratus atau maksimum RM15,000 (mana yang terendah) kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun untuk melanjutkan pengajian di bawah Program APEL.Q.
Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam ingin mempelawa penjawat awam yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Pemberian Bantuan Yuran Pengajian bagi pengajian di bawah Program APEL.Q melalui portal rasmi INTAN, www.intanbk.intan.my.
Cara Memohon Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut:
APEL.A: https://www2.mqa.gov.my/apel_a/ APEL.C: Permohonan di PPT yang diluluskan MQA. APEL:Q: https://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_Q/permohonancalon.cfm Info Lanjut Info lanjut mengenai APEL, sila layari laman web https://www2.mqa.gov.my/.
Baca juga: Cara Kiraan Markah Merit UPU Online Lepasan SPM / STPM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/apel/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=apel

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Kelayakan Ipg Bagi Lepasan Spm

Syarat Kelayakan Ipg Bagi Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 118 hits
Panduan Lengkap Syarat Kelayakan IPG bagi Lepasan SPM Rahsia Jadi Guru Masa Depan Hai calon pendidik Kalau korang baru je habis SPM dan berminat nak jadi guru Institut Pendidikan Guru mungkin laluan terbaik untuk korang Tapi sebelum tu waji...
Kad Peribadi Mae Kelebihan Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

Kad Peribadi Mae Kelebihan Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 163 hits
Kad Peribadi MAE merupakan inisiatif terkini oleh Maybank yang menggabungkan kad matrik pelajar dengan kad debit MAE direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar dalam pembayaran dan akses fasiliti institusi pendidikan Pada masa ini progra...
Syarat Kemasukan Ipg Lepasan Ijazah

Syarat Kemasukan Ipg Lepasan Ijazah

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 144 hits
Syarat Kemasukan IPG Lepasan Ijazah Impian Bergelar Guru Profesional Bermula Di Sini Anda seorang graduan ijazah dan bersemangat untuk mendidik generasi muda Impian untuk bergelar guru profesional boleh menjadi kenyataan dengan menyertai In...
Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

Rukun Puasa Syarat Wajib Syarat Sah Puasa

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 223 hits
Ini adalah panduan lengkap mengenai Rukun Puasa Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa Panduan ini akan membimbing anda memahami setiap aspek penting dalam ibadah puasa agar dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT Ap...
Hiburan Graduan Dedah Gaji Rm1800 Dianggap Tinggi Di Sabah Mereka Tak Peduli Dengan Kelayakan Saya

Hiburan Graduan Dedah Gaji Rm1800 Dianggap Tinggi Di Sabah Mereka Tak Peduli Dengan Kelayakan Saya

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 146 hits
Melalui laporan seorang gadis yang baru menamatkan pengajian cuba mendapatkan pekerjaan tetapi gaji permulaan yang diminta iaitu sebanyak RM1800 dianggap tinggi di negeri Sabah Bukanlah perkara yang luar biasa Saya ada ijazah dalam pengurus...
10 Kelayakan Berpoligami Mungkin Suami Anda Termasuk Dalam Senarai

10 Kelayakan Berpoligami Mungkin Suami Anda Termasuk Dalam Senarai

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 144 hits
Sebelum ini kita telah membincangkan fakta yang menggemparkan iaitu hanya 30 lelaki yang berpoligami di Malaysia mampu beristeri lebih dari satu Kali ini admin ingin menghuraikan kriteria kriteria yang perlu dimiliki oleh kaum suami yang in...
Str Untuk Rumah Tangga Miskin Kelayakan Dan Jumlah Bantuan

Str Untuk Rumah Tangga Miskin Kelayakan Dan Jumlah Bantuan

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 160 hits
STR untuk Rumah Tangga Miskin Kelayakan dan Jumlah Bantuan Jom Semak Bantuan Sara Hidup kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah dan merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan Bagi ke...
Str Ic Check Cara Semak Kelayakan Menggunakan No Kad Pengenalan

Str Ic Check Cara Semak Kelayakan Menggunakan No Kad Pengenalan

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 165 hits
STR IC Check Cara Semak Kelayakan Menggunakan No Kad Pengenalan Sebagai rakyat Malaysia pasti anda pernah terdengar tentang bantuan kerajaan seperti STR atau program kebajikan lain Tapi tahukah anda cara semak kelayakan menggunakan No Kad P...
Str Untuk Duda Kelayakan Dan Jumlah Bantuan

Str Untuk Duda Kelayakan Dan Jumlah Bantuan

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 147 hits
STR untuk Duda Kelayakan dan Jumlah Bantuan Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman khususnya para duda yang gagah perkasa Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan liku liku ini Kerajaan Malaysia sentiasa priha...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Lahir Dak Nuha

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Aaron Calls For Stern Action Over Delivery Man S Alleged Racist Messages

Polis Tahan Warga Emas Miliki Senjata Api Tanpa Lesen Kenderaan Guna Jata Diraja

Zaid Slams Ridiculous 3 Month Jail Term For Mum Who Stole Food

Bridging The Past And The Present Rediscovering Our Heritage