Apam Gula Merah Yang Gebu Dan Sedap




Sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom malam tadi oleh Ustaz Firdaus Subhi dengan topik Sayangi Diri. Dicatat dalam Al Quran di mana manusia dijadikan dalam keadaan keluh kesah. Bila Allah beri kesusahan mereka cepat putus asa. Memiliki sifat lemah bila mengalami kesusahan. Bila mengalami kekayaan, tak nak bagi orang lain kerana cinta dan sayang pada harta. Dalam diri ada sifat keakuan merasa kehidupan adalah milik manusia. Betapa manusia sangat cintai diri mereka berbanding dengan mencintai orang lain.
Rasulullah mendidik sahabat untuk menyayangi manusia lain. Tidak akan beriman salah seorang dari kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti mana dia mencintai dirinya. Apa diajar dalam Islam cukup menarik. Ada manusia ada kelebihan yang Allah berikan sehingga mereka bersifat sombong. Jangan berjalan di muka bumi Allah dalam keadaan sombong. Tidak akan masuk syurga andainya ada sebesar zarah sifat sombong di dalam hati.
Hakikat Allah bagi kelebihan untuk kita bersyukur. Kekurangan untuk hadapi ujian dalam keadaan sabar. Kelebihan Allah kurniakan pada orang beriman. di mana dalam semua urusan orang beriman ialah sesungguhnya semuanya memberi kebaikan. Tidak berlaku pada siapa pun melainkan orang beriman. Sekiranya menimpa dengan kelebihan, kegembiraan dan kekayaan, dia bersyukur. Baginya kebaikan yang akan diberikan Allah. Jika ditimpa kesusahan lantas dia bersabar. Maka baginya kebaikan juga yang Allah berikan. Ini perkara yang berlaku pada orang beriman. Kelebihan dan kekurangan adalah ujian.
Rasulullah bagi panduan dalam kehidupan dengan pengajaran dalam bentuk perbuatan Nabi, kata kata Nabi dan pengiktirafan. Dalam masa sama Al quran telah memandu kehidupan orang beriman. Kena susun semula rasa cinta kerana Allah taala kerana kita milik Allah dan akan kembali pada Allah.
Rasulullah bersabda seorang mukmin beriman yang kuat lebih baik dan dicintai Allah dari mukmin yang lemah. Setiap perkara beri kebaikan. Berlumba lumba pada apa yang beri manafaat pada kamu dan minta tolong pada Allah. Dan janganlah rasa lemah bila menimpa pada kamu sesuatu ujian. Jangan sesekali berkata jika aku lakukan begini pasti akan terjadi sebegini rupa. Tapi Allah takdirkan sedemikian rupa mengikut apa yang Allah kehendaki, maka Allah akan lakukan. Kalimah jika dan kalau akan membuka ruang untuk godaan syaitan.
Jika sayang diri kita jadikan diri kita insan gagah. Perlu beberapa perkara untuk letak diri sebagai insan yang kuat gagah sebelum bertemu Allah. Pertama perlu mempelajari ilmu. Dan kedua pwelu tingkatkan taqwa kepada Allah.
Perlu pelajari ilmu itu sendiri. Bila ada ilmu, baru ada timbul kekuatan dan rasa cinta terhadap diri mereka. Bila kita tahu, kita akan rasa sayang padanya. Contoh, kenapa kita suka rumah besar kerana kita tahu kelebihan menpunyai rumah besar. Kenapa perlu sayang diri kita? Ilmu mengajar diri kita yang kita akan ditanya di hadapan Allah kelak.
Rasulullah bersabda, tidak akan berganjak kaki anak adam di hadapan Allah sehingga selesai pertanyaan 4 soalan. Kita ditanya, umur kita di mana kita habiskan usia dalam kehidupan di sisi Allah. Kedua, ilmu yang Allah kurniakan pada kita. Di mana kita guna dan diamalkan. Ilmu dipelajari bukan sekadar dengar tapi untuk kita amal dan guna dalam kehidupan kerana akan ditanya di hari akhirat. Ketiga, ditanya terhadap harta di mana diperolehi dan di mana menafkah harta. Keempat, muda kita waktu paling banyak nafsu dalam diri kita. Rasulullah ambil berat soal Muda. Banyak yang kita lakukan tidak diredhai.
Perlu jadi manusia yang hidup dalam keadaan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah fardhu pada setiap orang beriman. Ilmu apa? Ilmu yang paling penting ialah ilmu mengesakan Allah. Persoalan akidah amalan yang kita lakukan. Kalau kita buat tanpa dikaitkan dengan akidah dan keimanan pada Allah, akan beri gambaran sia sia. Setiap kerja tanpa iman pada Allah tidak akan diterima Allah. Apabila dilakukan atas dasar keimanan pada Allah, akan ada balasan baik yang Allah akan berikan.
Tingkatkan taqwa pada Allah sehingga Allah menyebut Barang siapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah menjadikan baginya jalan keluar bukan sekadar selesai masalah kita hadapi tapi Allah akan bagi rezeki yang tidak disangka sangka. Puncanya kerana sifat taqwa yang kita laksanakan.
Taqwa ialah sifat yang lahirkan sifat takut pada Allah. Rasa takut di mana bila kita buat salah, kita segera istighfar. Bagaimana nak lahir sifat taqwa? Pertama, kita latih baca Al Quran. Hati akan sentiasa terdetik untuk rasa Allah bersama kita. Berzikir dengan zikir yang banyak akan menyebabkan kita dekat pada Allah. Duduk bersama orang soleh. Akan meningkatkan taqwa kita pada Allah.
Allah sediakan syurga seluas langit dan bumi untuk orang bertaqwa. Ciri ciri mereka yang bertaqwa ialah suka menginfak hartanya dalam keadaan susah dan senang ke jalan Allah. Sifat menahan kemarahan adalah juga ciri orang bertaqwa. Sifat pemaaf adalah ciri orang bertaqwa. Redhai dengan sedikit yang Allah berikan. Tidak timbul untuk berasa tidak puashati pada Allah. Dalam apa posisi atas atau bawah, mereka meletak sifat redha atas apa yang Allah kurniakan. Bila rasa redhai Allah, ada keberkatan. Bukan banyak atau kekayaan tapi barakah diukur dengan melihat sejauh mana kita mampu untuk lahir rasa syukur atas pemberian Allah pada kita.
Keempat untuk lahir sifat taqwa, kena ada istighfar iaitu persiapan untuk bergerak menuju Allah. Kita makin hampir usia meningkat sehingga kita tak perasan. Kita makin dekat dengan hari akhirat. Orang bertaqwa ialah mereka bersiap sedia untuk pertemuan dengan Allah. Jika kamu memperolehi satu kemuliaan yang tidak akan binasa, jangan lah kamu berbangga dengan satu kemuliaan yang akan binasa. Jangan bangga dengan kemuliaan sementara iaitu segala bentuk kebahagiaan masa hidup di dunia.
Kalau mahu kemuliaan berkekalan jangan bangga dengan kemuliaan sementara sifatnya. Kekayaan sifatnya sementara. Banyak mana harta yang kita miliki, akhir saat kita kembali harta akan diambil alih oleh anak cucu dan saudara. Tiada harta kamu melainkan apa kamu makan dan habis ketika itu. Apa yang kamu sedekah, akan mengalir. Selain itu akan ditinggal pada manusia berikutnya. Harta infaq akan jadi saham dan simpanan saat kita bertemu dengan Allah. Simpanan akan membantu kita. Akan terus kekal sehingga kita layak masuk syurga.
Yang paling penting untuk kekal sayangnya pada diri kita seperti diberitahu oleh Hassan Al Basri sesungguhnya orang beriman ini amat bertanggungjawab atas diri mereka. Mereka menghisab dan menghitung diri mereka semasa di dunia, perhitungan akan menjadi ringan pada hari kiamat. Kita perlu ada muhasabah. Seorang beriman pada Allah perlu 4 ciri iaitu musyaraqah, Muraqabah, Muhasabah dan Mu’aqabah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Telah lama bertangguh tangguh nak buat apam gula merah atau dikenali juga sebagai apam kampung. Tapi asyik tak menjadi jer kerana tak ada kelapa parut muda. Memang sedap kalau dimakan dengan kelapa parut muda. Baru lah terasa lemak lemaknya.  
Aduhaai. kelapa parut muda ni boleh dan sedap dimakan dengan banyak masakan. Hatta ubi kayu rebus pun sedap. Sejak kebelakangan ini, setiap hari hujan. Kalau tak hujan pun, cuaca mendung sahaja. Itu yang menjadikan perut terasa lapar sahaja. 
Jom layan resipi dan cara saya menyediakannya di bawah ini. Jangan lupa untuk melihat video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Apam Gula MerahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 cawan gula merah/gula perang2 cawan air panas3 cawan tepung gandum1 peket yis segera - 11 gram
Cara cara:Ayak tepung gandum dan masukkan yis. Kacau rata. Ketepikan.
Satukan gula dengan air panas. Kacau rata sehingga gula larut. Setelah larutan gula merah masih suam, masukkan tepung gandum dan yis tadi. Kacau rata dengan menggunakan whisk. 
Tutup dan biarkan sehingga adunan kembang menjadi saiz 2 kali ganda. 


Lenser loyang saiz 8”x8” dengan sedikit minyak dan tuang adunan. Bila air mendidih, kukus atas api kuat selama 30 minit atau sehingga masak. 

Setelah sejuk, potong. Gaul kelapa parut muda dengan garam. Hidangkan apam dengan kelapa parut. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/09/apam-gula-merah-yang-gebu-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Kek Marble Red Velvet Coklat Yang Sangat Sedap Gebu

Cara Buat Kek Marble Red Velvet Coklat Yang Sangat Sedap Gebu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 661 hits
Sedapnya Marble ni Nampak lembut dan moist kan Menurut empunya resipi saudari Zahrah Hafiz resipi Kek Marble Red Velvet Coklat yang dikongsi ni memang sangat sedap dan gebu Haruman menteganya bila kek siap dibakar memang sangat membuka sele...
Sosej Roll Sedap Dimakan Panas Ini Cara Buat Doh Yang Gebu

Sosej Roll Sedap Dimakan Panas Ini Cara Buat Doh Yang Gebu

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 287 hits
Dapat bermain dengan tepung untuk membuat doh roti boleh hilangkan stress Tak percaya boleh cuba nanti Biasakan menguli dengan guna tangan lebih beri kepuasan Hari ini kita sediakan bahan doh Satu doh boleh buat macam macam donut piza roti ...
Resepi Apam Susu Gebu

Resepi Apam Susu Gebu

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 410 hits
Resepi Apam Susu GebuDah lama CN teringin nak buat Apam Susu Gebu ni Geram jer tengok kawan2 duk upload gambo Apam Susu Gebu yang cantik dan awesome dekat fb Tengah bercuti ni inilah masa yang sesuai untuk menguji bakat masakan yang terpend...
Daging Masak Merah Sedap Guna Sos Cap Labu

Daging Masak Merah Sedap Guna Sos Cap Labu

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum HARI ini sepatutnya giliran Sk masuk ke pejabat tetapi kerana menguruskan ibu yang sedang dalam kuarantin bersama Ilham bos memberi pelepasan untuk Sk bekerja dari rumah Ada beberapa dokumen penting yang perlu disiapkan Mala...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 568 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Apam Madu Karamel Resepi Cikgu Azlina Ina Memang Sedap

Apam Madu Karamel Resepi Cikgu Azlina Ina Memang Sedap

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 514 hits
Penafian Gambar artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut Jika timbul masalah mengenai perkara ini anda boleh menghubun...
Resipi Stik Labu Dengan Nasi Kudapan Simple Tapi Buat Anak Kenyang Sedap Sungguh

Resipi Stik Labu Dengan Nasi Kudapan Simple Tapi Buat Anak Kenyang Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 286 hits
Labu sahaja sudah cukup mengenyangkan inikan pula digabungkan bersama nasi Pasti anak kekeyangan dan lena tidurnya Finger food atau jejari labu dengan nasi ini sudah semestinya disukai anak kita Mana tidaknya rasanya yang manis buat anak te...
Resipi Kuih Permata Zamrud Guna Sukatan Cawan Sedap Mudah

Resipi Kuih Permata Zamrud Guna Sukatan Cawan Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 411 hits
Kuih Permata Zamrud merupakan sejenis kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan tepung pulut yang diisi inti kelapa seakan Kuih Koci Kuih ini memang sangat sedap dan mempunyai rasa lemak lemak manis Nak cuba buat untuk minum petang Resip...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities