Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia


APAKAH YANG PALING KUAT DI DUNIA? Benarkah Zikir Paling Kuat Di Dunia?Pernah tak kita tertanya-tanya apakah yang paling kuat di dunia? Tahun demi tahun ada dianjurkan pertandingan untuk menentukan siapa paling kuat. Kita juga boleh lihat ada orang lain yang merasa kuat membuli orang lain yang lemah. Mungkin kisah ini yang dikongsikan oleh Dr Omar Abdul Kafi secara santai dapat menjelaskan Apakah Yang Paling Kuat Di Dunia. 
apakah yang paling kuat di dunia
Apakah Yang Paling Kuat Di DuniaKalau tanya pada saya sendiri pun mungkin saya tak boleh jawab. Mungkin besi adalah jawapannya
Bila mendengar perkongsian dari Dr. terus membuatkan #DariKacaMataAbah terfikir ia satu kisah atau cerita yang boleh di masukkan dalam koleksi Bed Time Story untuk anak-anak sebelum tidur. 
Pernah tak bercerita pada anak sebelum tidur? Tahu tak waktu itu juga dipanggil waktu hypnagogic. Waktu paling berkesan untuk menasihati anak-anak.Gunalah waktu ini untuk berkongsi yang baik-baik, nasihat dan lain-lain atau paling tidak kongsikan kisah ini

Apakah yang paling kuat

Dr Omar kongsikan Saidina Ali Radhiallahu'anhu berkata " Allah pernah ciptakan sesuatu yang sangat kuat."
Orang ramai bertanya " Apakah ia wahai Saidina Ali?"
Pada pemerhatiannya pada penciptaan alam
Kata Saidina Ali " Allah telah menciptakan besi. Apabila besi telah menjadi terkenal kekuatannya. Lalu besi mula mahu berbangga

Lalu Allah menciptakan api untuk mencairkannya, Api pun membara lalu mencairkan besi
Lalu Allah menciptakan air untuk memadamkannya. Subhanallah

Air pun merasa bangga dengan kekuataannya lalu Allah cipta awan untuk membawanya
Awan pula merasa bangga dengan kekuatannya. Allah cipta pula angin untuk membawa awan

Selepas cipta angin, Allah cipta bukit bukau, menghalang angin, hujan dan awan. Kemudian Allah ciptakan manusia. Manusia mampu menggunakan bukit dengan menggondolkan bukit dan membina rumah dengan gembiranya. "Apabila kamu memukul, kamu memukul dengan kejam. Kamu membina istana agar dapat hidup kekal?"
Apabila Allah mencipta manusia, lalu mereka berbangga dengan keunikan dan kekuatannya. Lalu Allah tewaskan manusia dengan tidur. Dengan segala kehebatan kamu lihat, dah tertidur. Kata ulamak " Tidur itu raja, apabila raja datang, rakyat habis tertidur"
Lalu apabila tidur itu berasa kuat sebab boleh kalahkan Anak Adam, Lalu Allah pun menciptakan kerisauan, lalu tidur pun kalah. Jadi apa yang paling kuat? RISAU

Risau dan sedih itu tempatnya di akal atau hati? jawabnya di HATI

Lalu Allah jadikan zikirullah di hati hambaNya supaya hamba itu ingat pada TuhanNya hingga hilang rasa risau yang ada padanya

Seperti mana kita diajarkan doa ketika berada dalam kesedihan 
Ya Allah aku berlindung daripada risau dan sedih dan daripada rasa lemah dan malas"
Jadi apakah yang paling kuat? iaitu Zikrullah (Ingat Allah) dengan zikrullah, Allah memadamkan kerisauan dan menghilangkannya, kemudian melapangkan dada dan sehingga menjadikan sampai kepada Allah SWT

Itulah kisah mengenai apakah yang paling kuat. Pengajaran dari kisah ini :

1) Jika kita merasa kuat, maka ada lagi yang lebih kuat dari kita. Kadang kita berada di atas kadang kita berada di bawah. Maka kita selalu diingatkan dengan peribahasa melayu, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

2) Kalau kita lihat kenderaan-kenderaan yang canggih hari ini semuanya keluar dari kilang tersendiri, jika ada kerosakan kena rujuk kembali pada pengeluar kenderaan tersebut. Tidak boleh suka-suka hantar ke pusat servis biasa. Mungkin akan lebih rosak, mungkin tidak dapat dibaiki, mungkin ditipu dan sebagainya. Jadi bila kita, manusia ada masalah kembalilah kepada Pencipta iaitu Allah SWT.

3) Bila berasa resah sedih malas bacalah doa yang diajarkan kepada kita (boleh google) "Ya Allah Aku berlindung dari denganMu dari gelisah dan sedih, dan aku berlindung denganMu dari rasa lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari bebanan hutang dan penindasan orang."

Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan bersama kepada orang lain. Terima kasih kerana sudi membaca Apakah Yang Paling Kuat Iaitu Zikir Mengingati Allah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.arzmoha.com/2019/11/apakah-yang-paling-kuat-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Perbincangan Di Dunia Ini Kostum Paling Legendaris Dari 8 Film Terkenal

Jadi Perbincangan Di Dunia Ini Kostum Paling Legendaris Dari 8 Film Terkenal

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 285 hits
Busana busana ini sukses jadi gaya andalan sampai sekarang bahkan dipakai para bintang terkenal
Ikan Toman Paling Besar Di Dunia

Ikan Toman Paling Besar Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 1331 hits
NEWTON menunjukkan ikan toman yang berjaya ditangkapnya di Aquia Creek Virginia pada Sabtu lalu AgensiFREDERICKSBURG Virginia Seorang lelaki Amerika Syarikat berjaya menangkap seekor ikan toman sepanjang satu meter di Aquia Creek Stafford V...
Pangsapuri Paling Padat Penduduk Di Dunia Tinggal Kenangan

Pangsapuri Paling Padat Penduduk Di Dunia Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 879 hits
Bandar Kowloon Walled City popular kerana peengedaran dadah dan jenayah bandar Kowloon Walled City di Hongkong pernah menjadi salah satu tempat dengan penduduk paling padat di dunia Lebih daripada 50 000 orang tinggal berdesakan dalam 300 b...
Padang Golf Paling Brutal Dunia

Padang Golf Paling Brutal Dunia

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 404 hits
Padang golf yang paling mencabar di dunia yang dikenali sebagai extreme 19 hole terletak di Afrika Selatan Ia adalah sebahagian daripada kelab golf Legends Golf dan Safari dalam kawasan pemuliharaan Entabeni Safari di wilayah Limpopo Lapang...
Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis Covid 19

Senarai Pemimpin Wanita Dunia Paling Berjaya Tangani Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 384 hits
Demi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin pemimpin wanita ketika pandemik COVID 19 sedang aktif di seluruh dunia Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsang...
Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2020

Lelaki Paling Kacak Di Dunia 2020

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 431 hits
Sebelum anda menilai lelaki paling kacak di dunia 2020 ini anda perlu memahami apa itu kacak Dari dewan bahasa kacak adalah seorang yang kelihatan gagah segak tampan Seorang pemuda sombong megah bongkak atau nbsp tampan lawa elok gagah berg...
Buasir Otak Tv Anime Paling Best Dalam Dunia

Buasir Otak Tv Anime Paling Best Dalam Dunia

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 515 hits
Bila kau bertekak dengan kawan kau tentang anime apa yang paling best dalam dunia Jom tonton animasi ini
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu