Apakah Tony Pua Bakal Memohon Ampun Daripada Rosmah Kerana Menabur Fitnah


Jae SennMenerusi pendedahan terbaru yang dibuat semalam oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato’ Amiruddin Hamzah, sudah jelas lagi bersuluh bahawa Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, tidak pernah membeli berlian merah jambu sepertimana didakwa oleh Tony Pua
Biarpun begitu, natijah perbuatan Pua dan tindak-tanduk kartunis Zunar sememangnya telah mencelar imej Rosmah dan Najib dan menjadi salah satu faktor yang menjurus kepada kekalahan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-14
Persoalannya, adakah Pua dan Zunar akan meminta ampun daripada Rosmah, atau apakah kita akan menyaksikan isteri Najib menyaman mereka kerana menabur fitnah yang begitu dasyat
Tony Pua sah menipu apabila menuduh Rosmah membeli cincin berlian berwarna merah jambu. Sumber (gambar): Jae SennPendedahan-pendedahan seperti yang dilakukan oleh Amiruddin inilah yang beransur-ansur merubah persepsi mereka dari kalangan umum terhadap Barisan Nasional
Sebelum PRU14, mereka menuduh Rosmah membeli berlian dengan wang yang dicuri dari 1MDB
Kini, mereka mengesahkan bahawa agen yang membawa berlian tersebut ke dalam negara hanya berbuat demikian agar ianya dapat ditayang sebelum dibawa balik ke negara asal
Begitu juga, sebelum PRU14, mereka menuduh Najb berbohong berkenaan derma RM2.6 bilion biarpun terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa dana tersebut sememangnya merupakan dana politik dari kerabat Saudi yang disalurkan menerusi syarikat Tanore dan dipulangkan hampir keseluruhan menerusi syarikat yang sama apabila tidak digunakan
PENDEDAHAN PENUH BERKENAAN FITNAH RM2.6 BILION (BAHASA INGGERIS DAN MELAYU):Malangnya, bukan hanya sebilangan besar dari kalangan umum yang termakan fitnah Pakatan sebelum PRU14, mereka terus-menerus menuduh Najib mencuri berbillon-bilion ringgit biar banyak mana bukti yang dikemukakan oleh Najib
Anehnya, selepas PRU14, bukan hanya Najib dituduh menerima dana bernilai RM2.08 bilion dari syarikat Tanore, beliau turut dituduh memulangkan dana bernilai RM2.035 billon kepada syarikat yang sama
Apakah ini tidak menghalalkan kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh Najib sebelum PRU14
Minggu lepas, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan bahawa derma dan sumbangan sememangnya boleh dikenakan cukai pendapatan dalam keadaan-keadaan tertentu biarpun pendapatan asing secara lazimnya tidak dikenakan cukai
Bukankah ini pengakuan terang-benderang oleh pihak pentadbiran pusat bahawa dana yang diterima Najib sememangnya derma berupa dana politik dan bukannya wang yang dicuri
Bukankah ini membuktikan bahawa Najib telah selama ini difitnah oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, termasuk Tony Pua
Saban hari, makin ramai orang Melayu yakin bahawa Najib merupakan mangsa fitnah dan dusta
Masakan tidak, sedangkan mereka sendiri melihat pendedahan-pendedahan yang dibuat pihak pentadbiran pusat yang jelas bercanggah dengan tuduhan-tuduhan terdahulu terhadap Najib
Kini, apabila kita membaca komen-komen di Facebook dan akhbar-akhbar arus perdana, kita boleh melihat bahawa komen-komen dari kalangan mereka yang bukan-Melayu-Islam yang sebelum ini menjurus ke arah Pakatan Kini terbahagi kepada dua
Golongan pertama terdiri dari mereka yang masih lagi berpaut pada tuduhan “kleptokrasi” Lim Kit Siang, manakala golongan kedua sedang giat mempersoalkan ‘U-turn’ kerajaan dan apa yang dilihat sebagai pemutihan atau penjernihan Najib
Hakikatnya, pendedahan-pendedahan seperti yang dibuat Amiruddin semalam memberi kemenangan yang besar kepada pihak pembangkang dalam perang persepsi yang, sejak lewat tahun lalu, dilihat makin menguburkan kebolehpercayaan dan reputasi pihak Pakatan Harapan
Malah, ramai yang mengalu-alukan dan menyokong usaha ‘semak-dan-imbang’ yang dilakukan tanpa penat dan lelah oleh pihak yang berwibawa seperti Dato’ Seri Dr Wee Ka Siong, yang kebelakangan ini dicemuh oleh pihak-pihak tertentu (yang berakal cetek dan tidak bertamadun) yang cukup tidak senang dengan beliau sehingga meminta beliau “berhenti menyalak” kerana “BN telah kalah.”Secara keseluruhan, Barisan Nasional dilihat makin berupaya untuk kembali ke pangkal sebagai satu kuasa yang lebih gagah dan berkesan
Malah, pucuk pimpinannya dilihat lebih berkesan sebagai pembangkang berbanding dengan pihak Pakatan dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Persepsi awam terhadap Barisan sememangnya sudah mula bertambah baik
Bukan hanya terbitan-terbitan di media sosial oleh Najib dan Wee menarik jauh lebih perhatian daripada pesaing-pesaing mereka dari Pakatan, pemimpin-pemimpin ini dilihat menarik sokongan yang makin kuat setiap kali PRK yang baru diadakan
Ya, tidak syak lagi bahawa pendedahan terbaru yang dibuat Amiruddin berkenaan fitnah berlian merah jambu bakal dijadikan modal bagi menentang para pemimpin Pakatan sepanjang minggu ini di kawasan DUN Rantau


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/04/apakah-tony-pua-bakal-memohon-ampun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Jawab Balik Bukit Aman Tony Pua

Rosmah Jawab Balik Bukit Aman Tony Pua

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 410 hits
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor menafikan dakwaan wujud transaksi pembelian berlian merah jambu atau pink diamond bernilai hampir RM100 juta dalam siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad Dakwaan tersebut ...
Projek Solar Sekolah Di Sarawak Rosmah Bakal Dituduh Sekali

Projek Solar Sekolah Di Sarawak Rosmah Bakal Dituduh Sekali

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 454 hits
PUTRAJAYA Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dituduh di Mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1 25 bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...
Kontroversi Cincin Rosmah Pengakuan Menteri Di Parlimen Mengakhiri Fitnah Yang Maha Dahsyat

Kontroversi Cincin Rosmah Pengakuan Menteri Di Parlimen Mengakhiri Fitnah Yang Maha Dahsyat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1238 hits
Video penjelasan isu cinci di Parlimen Timb Menteri tersengih2 mengaku DSR tak beli cincin MENGEMBARA SEHINGGA KE NEW YORK MENCARI CINCIN ROSMAH Ikuti kisah pengembaraan Saudara Mohd Faisal mengembara hingga ke New York untuk mencari cincin...
Kenyataan Linda Didakwa Berunsur Fitnah Delegasi Jururawat Malaysia Bakal Buat Laporan Polis

Kenyataan Linda Didakwa Berunsur Fitnah Delegasi Jururawat Malaysia Bakal Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 611 hits
Delegation of Nurses menafikan pihak mereka ada memulakan tindakan guaman sehingga ingin menuntut wang RM1 juta Sebaliknya Linda melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan wang RM 2 juta kepada e mel persatuan Malah Delegation of Nur...
Kes Projek Solar Rosmah Ditangkap Sprm Bakal Didakwa Lagi Esok

Kes Projek Solar Rosmah Ditangkap Sprm Bakal Didakwa Lagi Esok

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 311 hits
Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Menurut kenyataan agensi antirasuah itu Rosmah ditahan berhubung siasatan mereka terhadap projek tenaga solar kerajaan Loading Kata SPRM mere...
Ka Ka Ka Tony Pua Now Says There Are Two Pink Diamonds Not One

Ka Ka Ka Tony Pua Now Says There Are Two Pink Diamonds Not One

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 379 hits
Tony Pua is upset that Najib ignores him and does not treat him like an important person That is the real issue here Tony Pua tak sedar diri Cerminlah muka tu dulu Awak ni siapa Najib pula siapa Janganlah perasan sangat NO HOLDS BARRED Raja...
Mengapa Yayasan Pelaburan Bumiputera Berdiam Tony Pua Campur Tangan Tabung Amanah Hak Bumiputera

Mengapa Yayasan Pelaburan Bumiputera Berdiam Tony Pua Campur Tangan Tabung Amanah Hak Bumiputera

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 349 hits
Bloomberg melaporkan bahawa PNB ingin ikut jejak Khazanah Nasional dengan mengeluarkan bon pinjaman atau sukuk buat pertama kali dalam sejarah mereka PNB di laporkan akan gunakan aset2 dari tabung2 amanah ASB dan ASN mereka seperti pegangan...
Tony Pua Minta Najib Henti Kelirukan Rakyat

Tony Pua Minta Najib Henti Kelirukan Rakyat

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR 13 April Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa hanya bermuslihat di sebalik berlian merah jambu bagi mengelirukan rakyat bahawa pembelian rantai berlian bernilai US 27 juta dengan wang 1MDB tidak wujud Setiau...
Grab Bakal Bangun Shelter Ojek Online Di Stasiun Mrt

Grab Bakal Bangun Shelter Ojek Online Di Stasiun Mrt

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 303 hits
Pihaknya telah melakukan koordinasi dengan PT MRT Jakarta terkait pembuatan shelter Shelter itu nantinya disediakan untuk turun naik penumpang
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit