Apakah Sebenarnya Halangan Untuk Menggubal Akta Antilompat Parti



1. Adakah Akta Antilompat Parti bercanggah dengan Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?Fasal (1)(c) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakaan bahawa semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan (all citizens have the right to form associations).Ini ditafsirkan apabila si polan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN yang menang dalam pilihanraya atas tiket Parti Cap Ayam kemudian melompat menjadi ahli Parti Cap Kambing, maka tindakannya itu tidak bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan walaupun Kerajaan Parti Cap Ayam tumbang angkara perbuatan dia melompat parti.Kes yang selari dengan senario di atas pernah diputuskan oleh Mahkamah Agung ( sekarang dipanggil Mahkamah Persekutuan) dalam satu kes berasal dari Kelantan iaitu Dewan Undangan Negeri Kelantan lawan Nordin Salleh [1992]1 MLJ 697.Tetapi kes yang disebut di atas berlaku pada tahun 1992 kerana ketika itu tidak ada Akta Antilompat Parti.2. Bolehkah Akta Antilompat Parti digubal oleh Parlimen Malaysia sekarang?Jawapannya: Mengapa tidak boleh? Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Perkara 10 Fasal (1) (a), (b), dan (c) tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4).Fasal (2) (c) Perkara 10 menyatakan bahawaParliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.Ini boleh ditafsirkan bahawa Perkara 10(1)(c) bukanlah muktamad.Perlembagaan Persekutuan membenarkan Parlimen Malaysia untuk mengenakan sekatan ke atas gejala lompat melompat parti di kalangan ahli-ahli parlimen atau Adun-Adun semacam aksi katak di bawah Fasal (2)(c) untuk digubal satu Akta Antilompat Parti demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.Sebuah kerajaan Persekutuan yang sah diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 tiba-tiba tumbang angkara lompat parti tentu sahaja menjejaskan kepentingan keselamatan negara. Ketenteraman awam juga terjejas sama. Isu prinsip moral dalam demokrasi berparlimen juga timbul apabila ahli-ahli parlimen yang melompat itu mengkhianati para pengundi yang memilih mereka di dalam pilihanraya.Jika isu keperlembagaan (constitutionality) ditimbulkan sebagai alasan untuk menghalang penggubalan Akta Antilompat Parti, maka dinasihati supaya Perkara 10(1)(c) hendaklah dibaca sama dengan Fasal 2 (c).3. Adakah Akta Antilompat Parti memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat?Jawabnya ialah tidak perlu. Akta Antilompat Parti adalah satu akta biasa yang memerlukan kelulusan majoriti mudah bukannya kelulusan majoriti dua pertiga.4. Adakah Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu untuk menggubal Akta Antilompat Parti?Jawapannya juga tidak perlu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah disediakan infrastrukturnya di bawah Fasal (2)(c) Perkara 10 untuk suatu Akta Antilompat Parti digubal.5. Jadi, apakah halangan sebenarnya penggubalan Akta Antilompat Parti?Jawapannya ialah kerana tidak ada keazaman politik (political will) di kalangan pemimpin parti politik yang menjadi kerajaan. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sempat berkuasa selama 22 bulan telah gagal menggubal Akta Antilompat Parti. Kesan dari kegagalan itu kerajaan PH telah menjadi mangsa apabila ditumbangkan oleh perbuatan melompat parti di kalangan ahli parlimen PH yang hilang prinsip moral kerana sanggup mengkhianat mandat rakyat.6. Adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai keazaman politik untuk menggubal Akta Antilompat Parti?Adalah disangsikan kesanggupan kerajaan PN untuk berbuat demikian kerana kerajaan PN itu sendiri ditegakkan atas perbuatan lompat melompat parti.

TamatHassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir Gudang11 Ogos 2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/apakah-sebenarnya-halangan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlembagaan Persekutuan Perlu Dipinda Jika Gubal Akta Lompat Parti

Perlembagaan Persekutuan Perlu Dipinda Jika Gubal Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 202 hits
KUALA LUMPUR Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap berhimpun dan berpersatuan perlu dipinda jika undang undang berkaitan lompat parti mahu digubal Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berka...
Gubal Segera Akta Anti Lompat Parti Lim Lip Eng

Gubal Segera Akta Anti Lompat Parti Lim Lip Eng

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 365 hits
Tindakan ahli ahli politik yang melompat parti secara berterusan memalukan imej negara Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa agar undang undang Anti Lompat Parti digubal segera Tahun 2020 telah menyaksikan betapa hebatnya kewujudan Poli...
Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 375 hits
Menteri undang undang Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang harus melucutkan empat Adun mengikut undang undang antilompat parti negeri itu jika pembangkang benar benar mahukan undang undang berkenaan dilaksanakan di peringk...
Parti Baru Tun M Akan Sertai Ph

Parti Baru Tun M Akan Sertai Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 490 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Awar Ibrahim terbuka dengan penubuhan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad petang tadi Tun baru umum nak tubuh parti baru kita tengoklah kita ikuti katanya menjawab...
Pemimpin Bersatu Tariq Ismail Keluar Parti Serta Merta

Pemimpin Bersatu Tariq Ismail Keluar Parti Serta Merta

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 351 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Tariq Ismail Mustafa mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta merta Perjuangan yang asalnya berlandaskan prinsip prinsip dipegang bersama menentang korupsi d...
Trend Keluar Parti Menjadikan Bersatu Semakin Mengecil Kini Menjadi Mangsa Buli Umno

Trend Keluar Parti Menjadikan Bersatu Semakin Mengecil Kini Menjadi Mangsa Buli Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 425 hits
Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meninggalkan Bersatu Antaranya termasuk beberapa Ahli MPT Pusat seperti A Kadir Jasin dan Tariq Ismai...
2 Kali Tubuh Parti Baru Di Usia 90 An Memang Mamak Kerala The Legend

2 Kali Tubuh Parti Baru Di Usia 90 An Memang Mamak Kerala The Legend

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 443 hits
Satu lagi parti Melayu berjaya ditubuhkan oleh Tun Mahathir Dari segi sejarah sepanjang hayat Tun Mahathir berpolitik beberapa parti telah tertubuh 1988 Tun M bergaduh dengan Ku Li tertubuh Parti Semangat 46 1999 Tun M bergaduh dengan Anwar...
Baru Sedar Tubuhnya Pelbagai Parti Itu Adalah Hak Demokrasi

Baru Sedar Tubuhnya Pelbagai Parti Itu Adalah Hak Demokrasi

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 306 hits
AGAKNYA La ni OT95 dah sedaq kot yg menubuhkan parti baharu adalah hak demokrasi Dari FB wall DAKJ1 Tun Dr Mahathir berkata beliau dan rakan rakan seperjuangannya tidak ada pilihan melainkan menubuhkan sebuah parti politik baru walaupun men...
Dua Lagi Pemimpin Bersatu Keluar Parti Sokong Dr Mahathir

Dua Lagi Pemimpin Bersatu Keluar Parti Sokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 313 hits
Dua lagi pemimpin Bersatu keluar parti sokong Dr Mahathir Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Aug 2020 3 20PM
Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Bara Sengketa Masih Menyala

5 Alasan Cuti Kerja Yang Masuk Akal Dan Gampang Dapat Acc Atasan

Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

Lafaz Yang Makbul

8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tablet Terbaik Bawah Rm500 Di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power

Facts About Animals That We Should Know

Cipta Identiti Visual Yang Kuat Dengan Bantuan Designer Profesional

Lelaki Melompat Ke Dalam Enjin Pesawat Bergerak

Lirik Lagu Gtt Benzooloo

Kenapa Bajet Bulanan Anda Bocor Ini 5 Punca Utama