Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba


SESUDAH SUBUH

MEMERHATI senario pemilihan dalam Keadilan sekarang ini menyebabkan fikiran saya berputar balık ke belakang mengingati peristiwa 32 tahun lalu di tahun 1993, suatu peristiwa cukup tragis dalam sejarah sebuah parti politik di negara in terutamanya dalam aspek kesetiaan.
Segala gambaran dan aksi dalam peristiwa pada tahun itu seperti sedang mara dan melambai lambai untuk menjelma kembali bagi disaksi dan dirasai genarasi hari ini, disamping memberi tahu bahawa sejarah politik itu senantiasa berulang.


Pada tahun itu Anwar Ibrahim yang menjawat jawatan naib presiden Umno telah menumbang dan mengnyahkan Ghafar Baba sebagai timbalan presiden Umno dan juga timbalan perdana menteri dalam satu permainan politik yang penuh taktikal.


Peristiwa itu agak sedih sukar dilupakan, ia berlaku menjelang perhimpunan agung Umno pada tahun itu. Pada mulanya Anwar menyatakan beliau tidak akan cabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden. Dua kali beliau mengatakan beliau tidak akan lawan Ghafar apabila ditanya para wartawan yang sudah mencium akan ada gerakan untuk jatuhkan timbalan presiden itu. 


Kenyataan dan pengakuan Anwar itu melunak dan menyenangkan Ghafar, menyebab beliau tidak memikir sesuatu yang pelek dan mengaibnya akan berlaku. Beliau jujur berpegang kepada kata-kata Anwar itu. Apa difikirkan bahawa jawatannya tidak akan dicabar dan beliau boleh tumpukan untuk bekerja sebagai timbalan presiden dan timbalan perdana menteri, untuk parti dan negara. 


Bagaimana pun menjelang beberapa hari saat akan bermulanya persidangan peringkat bahagian Anwar mengubah haluan 360 darjah, membuat kejutan dengan mengumumkan akan mencabar Ghafar untuk jawatan timbalan presiden. 


Pengumuman itu dibuat secara grand disebuah hotel yang dihadiri semua pengerusi UMNO negeri, yang dipegang Menteri Besar/Ketua Menteri (kecuali Sabah), turut sama hadir beberapa pemimpin tertinggi Umno termasuk juga Setiausaha Agung parti, Mohamed Rahmat, ketua Pemuda dan lain lain. 


Pengumuman itu sama sekali tidak diduga oleh Ghafar. Lantaran itu beliau benar benar terkesima dengan pengumuman itu, dan publik juga terkejut dengan tindakan Anwar tersebut. Langkah Anwar itu menyebabkan orang mula memahami permainan politiknya (manuver). 



Apabila persidangan Umno bahagian bermula, semua bahagian mencadangkan nama Anwar. Satu demi satu bahagian yang bermesyuarat mengangkat nama Anwar. Kesudahannya sebanyak 143 daripada 155 bahagjan mencadangkan Anwar sebagai calon timbalan presiden. Menyedari beliau sudah ditolak, Ghafar membuat keputusan drastik meletakan jawatan dalam parti dan kerajaan, melepaskan jawatan timbalan presiden dan timbalan perdana menteri sekali gus. 


Semasa perhimpunan agung Umno berlangsung beliau membawa diri ke luar negeri, gambarnya di lapangan terbang sempat dirakam dengan tangan membimbit plastik.


Tidak ada sesiapa membela dan mempertahankan Ghabar kecuali Sanusi Junid. 
Dr Mahathir sebagai presiden juga tidak memberi apa apa komen apa lagi teguran menyebabkan ada anggapan apa dilakukan Anwar itu atas restunya. Bahawa proses untuk singkirkan Ghafar itu sudah diatur dalam pengetahuan Mahathir sendiri.


Nah, demikian yang sedang berlaku sekarang terhadap Rafizi Ramli dalam Keadilan menjelang pemilihan hujung bulan ini. Mulanya Rafizi dikatakan akan diberikan laluan untuk mengekalkan jawatannya. Semua orang mengira tidak ada pertandingan apabila Anwar sendiri minta agar Rafizi diberikan laluan. Semua orang merasa senang dan damai serta menganggap itulah cara terbaik dan harmonis.



Namun di separuh perjalanan keadaan berubah, niat bertukar haluan, apabila tiba tiba nama Nurul Izzah Anwar dimunculkan akan menentang Rafizi. Nama Izzah menjelma dalam desas desus mengatakan Saifuddin Nasution Ismail akan mengulangi perlawannya dengan Rafizi. Soalnya kenapa nama Izzah dominan untuk berhadapan dengan Rafizi kini, apakah Saifuddin tidak berkemampuan?


Sejak kelmarin seorang demi seorang ketua cabang membuat pengumuman menyatakan sokongan kepada Puteri Reformasi itu.  Ia bermula dengan ketua cabang Hang Tuah Jaya Samsul Iskandar Md Akin yang juga setiausaha politik perdana menteri. 


Kemudian diikuti oleh pengerusi Keadilan negeri dan wilayah membuat pernyataan menyokong Nurul Izzah, termasuk Wanita dan Angkatan Muda. Sokongan untuk Izzah datang "bertinak-tinak".  Kemunculan mendadak dan tersusun nama Izzah ini seperti diatur pula, sama dengan apa dialami Allahyarham Ghafar itu. Semacam pelan dan strategi untuk mengangkat Izzah ini adalah flagiat pelan dan strategi 32 tahun lalu itu. Made yang sama.


Kalau keberanian Anwar lawan Ghafar dahulu atas restu perdana menteri (Mahathir), maka keberanian Izzah melawan Rafizi ini juga ata restu perdana menteri (Anwar)?


Pencalonan.


Mula jam 12.01 tengah malam tadi pendafatar untuk mencalonkan diri sudah bermula. Setakat ini belum ada sebarang maklumat menunjukkan Izzah sudah mendaftar diri untuk bertanding, baik bagi jawatan timbalan atau naib presiden. Ia akan mutamad jam 12. tengah malam esok. Tunggu.


Sekiranya Izzah bernafsu menerima desakan untuk merebut jawatan timbalan presiden, ia memberi cabaran dan tentangan sengit buat Rafizi. Langkah itu boleh mengubah suhu badan Rafizi dan para penyokongnya. Sesuatu yang diluar jangka boleh berlaku. Persoalannya apakah Rafizi akan membuat sesuatu dengan perkembangan ini? Sukar untuk diramalkan, dan jika berlaku ia sesuatu mentrajiskan. Secara peribadi saya membimbangi situasi ini.


Cuma sebagai pemerhati tua politik yang mahu melihat politik itu mendamaikan semua orang, adalah diharap Rafizi tidak akan mengikut jejak Ghafar. Sekiranya ada pertandingan, teruskan jangan mengalah sebelum masuk gelanggang. Lagipun Menekom itu sudah berjanji yang dia akan akur dengan keputusan, dimana kalau ia kalah ia boleh turun ke bawah untuk menguatkan parti, berkerja dan berjuang seperti sedia kala. Terima slogan Saifuddin pertandingan bukan untuk perpecahan tetapi untuk perkuatkan parti.


Perkembangan dan permainan ini sangat diharap Rafizi tidak senasib macam Ghafar. Beliau perlu berani dan gentelmen serta berpegang kepada kata-kata seperti diungkap dalam kenyataannya itu semalam. Apapun sama sama kita berdoa agar negara diberikan kedamaian dan kerajaan yang ada hari ini tidak terusik dan terganggu dengan ulah ulah politik dalam Keadilan itu. [wm.kl. 6:59 am 08/05/2025]








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/05/apakah-rafizi-senasib-dengan-ghafar-baba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Menteri Hardworking Tak Patut Difitnah Kata Pemimpin Pkr Sabah

Rafizi Menteri Hardworking Tak Patut Difitnah Kata Pemimpin Pkr Sabah

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 136 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin PKR membidas pihak cuba mengambil kesempatan terhadap cuti panjang Menteri Ekonomi Rafizi Ramli merujuk gesaan timbalan presiden itu berundur dan memberi laluan kepada Menteri Dalam Negeri Saifudd...
Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 238 hits
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Rafizi Ramli yang sedang bercuti tetap hadir mesyuarat kerajaan serta parti Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata isu cuti p...
Pengaruh Lemah Rafizi Buka Ruang Pertandingan Timbalan Presiden Pkr Kata Penganalisis

Pengaruh Lemah Rafizi Buka Ruang Pertandingan Timbalan Presiden Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 131 hits
Mazlan Ali dan Tawfik Yaakub berpendapat Nurul Izzah Anwar serta Saifuddin Nasution Ismail layak tanding jawatan timbalan presiden berdasarkan perjuangan dan kesetiaan mereka Laporan Lanjut Free Malaysia Today is an independent bi lingual n...
Akhirnya Ds Rafizi Buat Kenyataan Ds Rafizi Sanggup Lepaskan Semuanya

Akhirnya Ds Rafizi Buat Kenyataan Ds Rafizi Sanggup Lepaskan Semuanya

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 110 hits
Sepanjang saya bercuti saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Perbincangan dengan YAB Datuk Seri Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Datuk Seri Saifu...
Rafizi Sudah Beritahu Anwar Hasrat Letak Jawatan Dan Tidak Sertai Kabinet

Rafizi Sudah Beritahu Anwar Hasrat Letak Jawatan Dan Tidak Sertai Kabinet

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 127 hits
SITI NUR ZAWANIMay 7 2025Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah mengutarakan hasrat untuk meletakkan jawatan dalam parti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyertai Kabinet Beliau berkata ia bagi memberi tumpuan ke...
Rafizi Back At Work Says Chang

Rafizi Back At Work Says Chang

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 138 hits
The PKR vice president says economy minister Rafizi Ramli was among the government leaders who met former Japanese prime minister Fumio Kishida today Economy minister Rafizi Ramli during a meeting today with Prime Minister Anwar Ibrahim inv...
Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 214 hits
Rafizi nak tunggu jatuh sendiri atau nak turun dengan hormat Rakyat dah bosan dengan menteri separuh masak Parti pun dah mula menolak pemimpin yang lebih banyak beban daripada jasa Saham Saifuddin terus naik Rafizi pula makin tenggelam dala...
Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

Lobi Bermula Nurul Izzah Dicadang Cabar Rafizi

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 171 hits
Malaysiakini nbsp Ketua PKR cabang Tapah Azam Afandi nbsp menyatakan sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang disandang Rafizi Ramli dalam pemilihan parti hujung bulan ini Ketua Penerangan PKR Pera...
Rafizi Diberitahu Biar Saifuddin Ambil Alih Jawatan Timbalan Presiden

Rafizi Diberitahu Biar Saifuddin Ambil Alih Jawatan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 120 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin bahagian PKR menggesa Rafizi Ramli memberi laluan kepada Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil alih jawatan timbalan presiden parti itu Ketua PKR Titiwangsa Syed Badli Shah Syed Osman berkata ...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust