Apakah Penyebab Dan Rawatan Penyakit Kudis






APAKAH ITU KUDIS ?
Kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Penyebab utama penyakit ini adalah kerana jangkitan makhluk parasit iaitu“Sarcoptes Scabiei”, suatu organisma yang hidupnya menumpang pada makhluk hidup lain dan merugikan makhluk hidup yang ditumpangi. Kutu kudis ini bersaiz amat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Secara purata, bilangan kutu kudis yang boleh menyerang seseorang adalah dalam lingkungan 10-12 ekor. Penyakit kudis buta akan menyebabkan rasa kegatalan yang keterlaluan pada permukaan kulit. Kebanyakan simptom atau gejala jangkitan kudis buta ini adalah disebabkan oleh tindak balas sistem imun seseorang individu terhadap kutu kudis ataupun terhadap telur, najis dan bangkai kutu kudis tersebut.

Oleh itu, ruam dan rasa kegatalan yang timbul pada permukaan kulit sebenarnya berpunca daripada reaksi alahan badan terhadap kutu kudis.


APAKAH PENYEBAB KUDIS ?
Seseorang individu boleh dijangkiti dengan penyakit kudis buta apabila terdedah kepada kutu kudis ini walaupon dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit. Jika terdapat bilangan kutu kudis yang sangat banyak pada permukaan kulit individu yang terjejas seperti luka, maka transmisi kutu kudis antara kulit boleh berlaku dalam jangka masa yang sangat cepat. Kutu kudis juga boleh merebak melalui perkongsian barangan peribadi seperti tuala, cadar, selimut dan pakaian antara seorang individu yang terjejas dengan yang lain dan kebiasaannya boleh dilihat di asrama. Malah, kutu kudis juga mampu merebak melalui patung-patung permainan kanak-kanak dan sesetengah alatan perabot.
Kumpulan berisiko untuk penyakit kudis buta termasuklah:

Kanak-kanak (terutamanya berumur kurang 2 tahun)

Orang tua

Pesakit yang mempunyai sistem imun yg lemah seperti kencing manis (diabetes mellitus)

Pesakit yang tidak boleh bergerak/lumpuh

Pesakit yang tinggal di pusat-pusat jagaan tertentu seperti rumah orang tua

Di tempat-tempat awam lain seperti asrama, tadika, sekolah dan penjara

Walau bagaimanapun, kutu kudis hanya mampu kekal dan terus hidup selama 24-36 jam setelah berpisah daripada makhluk yang ditumpangi.


APAKAH GEJALA KUDIS ?
Simptom-simptom penyakit ini akan mengambil masa lebih kurang dalam 2-6 minggu untuk timbul dalam badan seseorang yang telah dijangkiti kutu kudis. Berikut adalah senarai gejala-gejala penyakit kudis buta:
 KEGATALAN
- Rasa kegatalan yang amat teruk sehingga menyebabkan keadaan yang tidak selesa yang selalunya berlaku pada waktu malam dan ini akan menganggu tidur orang yang dijangkiti. Pada mulanya, rasa kegatalan hanya wujud pada 1 tempat, khususnya bahagian tapak tangan tetapi akan terus merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain. Rasa kegatalan juga boleh menjadi lebih teruk apabila mandi air panas. Individu yang terjejas dengan penyakit kudis buta boleh berasa gatal di seluruh badan walaupon dijangkiti dengan bilangan kutu kudis yang kecil sahaja.
 RUAM
- Ruam akan terbentuk dengan serta merta pada permukaan kulit setelah rasa kegatalan muncul. Ia akan kelihatan berbintik-bintik dan ketul-ketul merah yang boleh muncul di mana-mana bahagian badan setelah dijangkiti kutu kudis. Bahagian badan di mana ruam kelihatan jelas adalah pada kawasan lipatan kulit iaitu:

Tangan dan kaki, terutamanya celah-celah jari

Bahagian dalam peha

Pusat

Abdomen

Punggung

Celah-celah ketiak
Kesemua bahagian tersebut menjadi tumpuan kutu kudis disebabkan suhu yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain di tubuh badan.
LALUAN/TEROWONG KUTU KUDIS
- Laluan yang dibentuk oleh kutu kudis betina dapat dilihat pada permukaan kulit. Biasanya, ia kelihatan seperti garisan-garisan yang nipis, halus dan berwarna gelap sekurang-kurangnya 2-10 mm panjang. Garisan ini biasanya dapat dilihat pada bahagian kulit yang longgar antara jari, bahagian dalam pergelangan tangan dan tapak tangan. Ia juga boleh muncul pada bahagian lain badan tetapi hanya timbul setelah wujudnya rasa kegatalan dan ruam.
KESAN-KESAN CALAR/GARU



- Ia boleh diperhatikan pada permukaan kulit dan mungkin disebabkan oleh kegiatan menggaru secara agresif. Kawasan ruam yang digaru secara berterusan dengan agresif akan menyebabkan bahagian permukaan kulit tersebut cedera dan seterusnya menyebabkan kerosakan pada kulit. Kerosakan pada kulit ini boleh menjadi parah dan akan terdedah kepada bakteria dan kuman yang lain. Kulit yang dijangkiti bakteria pula akan kelihatan merah, sakit dan boleh membengkak kerana inflamasi.


APAKAH RAWATAN KUDIS ?
Rawatan yang diberi kepada individu yang dijangkiti penyakit kudis buta ialah dengan sapuan krim anti-scabies seperti:

Permethrin 5%

Benzyl Benzoate (12.5-25%)

Sulphur 6%

Crotamiton

Lindane
Krim-krim ini merupakan sejenis racun yang bertindak untuk membunuh kutu kudis pada permukaan kulit . Ia amat berkesan jika digunakan secara konsisten dan dengan cara yang betul mengikut arahan doktor. Rawatan adalah berbeza bagi bayi, kanak-kanak, ibu yang mengandung, orang dewasa dan warga tua. Mereka yang bergaul rapat dan tinggal bersama individu yang telah dijangkiti penyakit kudis buta haruslah dirawat pada masa yang sama.

Walaupun krim anti-scabies membunuh kutu dengan berkesan, kegatalan boleh berlanjutan untuk beberapa minggu. Kegatalan ini disebabkan oleh tindakbalas imun badan terhadap bangkai-bangkai kutu. Doktor anda boleh merawat kegatalan ini dengan ubat yang berlainan.


TIPS-TIPS PENJAGAAN ?
Pesakit perlu mandi dengan air suam, mandi menggunakan sabun dan keringkan badan sebelum menggunakan ubat. Pakai pakaian, cadar dan tuala yang bersih selepas mandi.

Cuci pakaian, tuala dan cadar yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti dengan air panas lebih daripada 50 degree Celsius menggunakan mesin basuh untuk membunuh kutu kudis.

Masukkan barangan yang tidak boleh dicuci seperti patung permainan ke dalam beg plastic yang diikat ketat dan disimpan selama 7 hari untuk membolehkan kutu kudis dan telurnya mati.


Perabut dan tempat tidur haruslah dibersihkan dengan pencuci hampagas (vacuum cleaner).
Kredit : dotoroncall
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/06/apakah-penyebab-dan-rawatan-penyakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cegah Risiko Penyakit Kronis Bpjs Kesehatan Ajak Peserta Lakukan Skrining Kesehatan

Cegah Risiko Penyakit Kronis Bpjs Kesehatan Ajak Peserta Lakukan Skrining Kesehatan

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 118 hits
Lily Kresnowati mengungkapkan BPJS Kesehatan terus intensifkan program promotif preventif melalui perluasan akses skrining kesehatan Hal ini penting dilakukan selain mencegah risiko atau perburukan suatu penyakit diharapkan juga pelayanan p...
Cara Kawalan Penyakit Diajar Rasulullah

Cara Kawalan Penyakit Diajar Rasulullah

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 155 hits
Kawalan penularan wabak penyakit perlu dilakukan dengan mengambil beberapa langkah Hal ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW Apa disabdakan Baginda satu perkara tepat dan amat bermanfaat untuk mengawal penyakit Sabda Rasulullah SA...
Jokowi Ingin Penyakit Mulut Dan Kuku Ditangani Seperti Kasus Covid 19

Jokowi Ingin Penyakit Mulut Dan Kuku Ditangani Seperti Kasus Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 237 hits
Eks Wali Kota Solo itu berujar sudah ada contoh penanganan kasus penyakit yang bisa ditiru seperti Covid 19 Maka dia meminta hal itu dilakukan dengan baik
Semakin Dewasa Makin Jarang Sakit Hati Justru Sederet Penyakit Ini Bakal Kerap Dirasakan

Semakin Dewasa Makin Jarang Sakit Hati Justru Sederet Penyakit Ini Bakal Kerap Dirasakan

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 153 hits
Nggak kenal lagi deh kenal sakit hati yang ada penyakit penyakit efek dari tuntutan kedewasaan Semangat
Antabax Dan R E A L Kids Berganding Untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

Antabax Dan R E A L Kids Berganding Untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 298 hits
Sementera Penyakit Tangan Kaki dan Mulut mengalami penurunan di Malaysia dengan 106 477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022 ia masih meningkat kira kira 39 kali ganda berbanding 2 710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lep...
Sarwendah Idap Penyakit Langka Di Bagian Kepala Terungkap Usai Jalani Operasi

Sarwendah Idap Penyakit Langka Di Bagian Kepala Terungkap Usai Jalani Operasi

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 114 hits
Sering alami migrain satu tahun terakhir ibu tiga anak itu pun menjalani MRI Dari sana diketahui terdapat penyakit yang menyerang batang otaknya
Batuk Anak Bunyi Pelik Mama Ia Mungkin Sebab Penyakit Kroup

Batuk Anak Bunyi Pelik Mama Ia Mungkin Sebab Penyakit Kroup

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 151 hits
Kanak kanak yang berumur lima tahun ke bawah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kroup Kroup kebiasaannya menyerang kanak kanak ketika cuaca sejuk Walau bagaimanapun anda tidak perlu terlalu risau mengenainya kerana jangkita...
Besok Kementan Mulai Vaksinasi Penyakit Mulut Dan Kuku Hewan Ternak

Besok Kementan Mulai Vaksinasi Penyakit Mulut Dan Kuku Hewan Ternak

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 277 hits
Kementerian Pertanian akan melakukan vaksinasi Penyakit Mulut dan Kuku pada hewan ternak mulai besok Selasa untuk mencegah penyebaran wabah PMK semakin meluas Nantinya vaksinasi akan dilakukan sesuai dengan peta sebaran penyakit tersebut
Elephantiasis Penyakit Kaki Gajah Yang Disebarkan Nyamuk

Elephantiasis Penyakit Kaki Gajah Yang Disebarkan Nyamuk

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 330 hits
Mungkin sedikit sukar untuk dipercayai tetapi penyakit yang menyebabkan kaki menjadi besar seperti gajah ini sebenarnya disebabkan oleh organisma yang jauh lebih kecil Dari sudut teknikalnya penyakit kaki gajah ini bukanlah disebabkan oleh ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life