Apakah Mereka Utusan Tuhan


 

Entah kenapa seorang lelaki yang memberhentikan keretanya di tepi jalan di seberang sana menarik perhatian saya. Saya di seberang sini sedang melepak bersama isteri. Kami minum teh di restoran mamak yang mejanya disusun di luar, di kaki lima jalan. Memang kesukaan orang kita apabila malam lebih gemar memilih duduk di luar, tidak di dalam restoran.
Saya melihat waktu di telefon bimbit. Sudah sekitar jam sebelas malam. Lelaki itu keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke but belakang keretanya yang sudah terjungkit terbuka.
Dia mahu mengambil sesuatu dari dalam but keretanya. Dia sempat memandang ke arah restoran tempat kami melepak tetapi pandangannya tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik. Dia buat-buat biasa sahaja.
Kenapa dia buat saya tertarik sejak awal tadi sebab saya berasa ada sesuatu tentang dirinya yang unik. Dan benar, ketika itu jugalah di sudut yang lain saya melihat sebuah pandangan yang amat mempesonakan.
Di balik sana tidak jauh dari keretanya telah muncul beberapa ekor kucing jalanan, berbagai rupa dan warna, barangkali sepuluh ekor, ada yang kecil dan ada yang besar.
Menambahkan lagi pelik apabila muncul juga dari arah lain sekitar tujuh atau lapan ekor, anjing-anjing jalanan. Kucing-kucing dan anjing-anjing ini seperti sudah faham waktu tersebut.
Lelaki itu, kucing-kucing serta anjing-anjing seakan telah berjanji untuk bertemu pada waktu itu, di situ. Lelaki tersebut mengeluarkan bungkusan dari but keretanya.
Dia membahagi-bahagikan makanan untuk kucing dan untuk anjing. Binatang-binatang ini makan makanan tersebut tanpa berebut dan bergaduh. Seminit dua memerhatikan kucing dan anjing makan, lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam keretanya dan berlalu.
“Hari-hari memang itu macam,” kata seorang pelayan restoran kepada saya.
Barangkali lelaki tadi pergi beri makan anjing dan kucing jalanan di tempat lain pula. Siapa suruh dia buat begitu?
Di kampung tempat saya tinggal di sini pun ada seorang kawan yang berperangai begitu. Ja’ie nama panggilannya. Berusia pertengahan 50, setiap hari Jai’e akan memasakkan makanan di rumah dan dengan motosikalnya dia pergi ke pekan membawa baldi berisi makanan.
Dia berhenti di simpang jalan masuk kampung, menyendukkan nasi berlauk ayam rebus untuk anjing-anjing di situ. Kemudian dia meneruskan lagi entah sampai kemana, saya pun tak tahu.
Itulah rutin harian Jai’e selepas menoreh getah pada awal pagi. Lewat petang dia buat lagi kerja-kerja bagi binatang makan. Adakalanya saya berselisih dengannya di jalan dan dapat melihat sendiri apa yang dia buat. Timbul rasa takjub dalam hati saya kepadanya.
“Memang dia macam tu sejak kecil. Balik sekolah dia akan bermain dengan ayam. Dengan kambing atau lembu. Dia memang sayang binatang,” kata maknya kepada saya.
Jai’e juga ada memelihara anjing untuk menjaga tanam-tanamannya. Begitu juga saya. Jai’e itulah orangnya yang memberikan saya dua ekor anak anjing buat saya pelihara dan latih untuk menjaga keselamatan keliling rumah saya. Kampung kami memang banyak haiwan liar seperti kera, beruk, babi hutan dan lotong. Kalau tak bela anjing alamat tak merasalah makan buah-buahan dan hasil tanaman.
Dua ekor anjing pemberian Jai’e itu kini berusia tiga tahun dan sangat setia menjaga laman rumah saya daripada ancaman binatang-binatang liar. Saya juga ada memelihara lebih 30 ekor kucing dan sereban ayam tetapi saya akui saya bukan seperti Jai’e.
Saya memang sayangkan haiwan peliharaan saya. Saya sugul apabila kucing saya lari atau mati. Saya berdukacita bila saya ada kerja berhari-hari di Kuala Lumpur sebab akan terkenangkan ‘mereka’.
Meskipun makan minum mereka telah saya uruskan dengan orang lain sepanjang ketiadaan saya tetapi hati saya tetap tidak sedap. Macam mak ayah kita dulu-dulu bila bercuti ke rumah anaknya di kota akan mulalah heboh hendak balik sebab memikirkan ayam itik. Saya pun sedang melalui itu. Kerana sayang dan rasa bertanggungjawab.
“Itu hari seminggu Kupang tak balik. Menangis abang Jai’e kau,” kata isterinya, Ju. Kupang adalah nama anjing peliharaan Jai’e. Jelaslah betapa sayangnya dia kepada binatang peliharaannya. Saya boleh menghayatinya kerana saya pun ada membela.
Tetapi sesayang-sayang saya tidaklah mampu menjadi Jai’e yang berasa bertanggungjawab untuk memberi haiwan di jalanan makan setiap hari. Siapakah yang melantik Jai’e dan orang-orang seperti dia untuk berbakti begitu? Siapakah yang menjentik hati mereka untuk berbuat kerja ini secara sukarela? Setiap hari pula. Bukannya ada gaji malah kena keluar duit sendiri lagi!
Di mana-mana sahaja di dalam dunia ini sama ada di Kuala Lumpur atau di Lubok China, di Tokyo mahupun di San Francisco wujud manusia-manusia begini yang mempunyai rasa empati terhadap haiwan jalanan.
Apakah ini yang dikatakan bahawa manusia ini khalifah di atas muka bumi; memainkan peranan masing-masing untuk memastikan bumi ini dan penghuninya terpelihara? Ada manusia mencintai alam sekitar, ada yang menyayangi haiwan lalu mereka bergerak sama ada sendirian ataupun menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan haiwan dan alam sekitar.
Mengenangkan itu hati saya terubat dan persoalan saya terjawab. Ternyata Allah Maha Bijaksana dan Dia menjalankan semua ini dengan penuh keajaiban yang tidak terjangkau dek akal kita memikirkannya.
Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan orang-orang macam Jai’e. Bagi mereka, memberi makan kepada kucing atau anjing jalanan seolah-olah menggalakkan lagi pembiakan mereka sehingga jika terlalu banyak jumlahnya akan mengganggu pula keselamatan orang awam.
Ya, ada pro dan ada kontra. Begitulah kehidupan. Ketika di sebelah sini ada manusia berdoa agar tuhan turunkan hujan supaya tanamannya yang layu dek kemarau kembali segar, di sebelah sana pula ada juga manusia berdoa agar janganlah hujan turun kerana mereka sedang berjualan untuk mencari rezeki buat menanggung anak-isteri.
Doa siapakah yang Tuhan hendak dengar? Kehendak siapakah yang lebih diutamakan? Maka itu kepada Tuhanlah diserahkan segalanya kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui akan sesuatu. Justeru, orang-orang seperti Jai’e ini juga adalah salah satu kurniaan Tuhan di atas bumi ini, berbakti dengan cara mereka, ikhlas tanpa ada tujuan serong di hati.
Bagi saya, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa mereka ini semua adalah utusan Tuhan yang telah diberi peranan untuk menjalankan urusan tersebut. Itu bahagian mereka, sangat senang pada mereka untuk membuatnya sedang ia tak terbawa dek kita. Wallahua’lam bissawab! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/apakah-mereka-utusan-tuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Mereka Masuk Ke Malaysia Tujuh Pengawal Keselamatan Ditahan Guna Mykad Palsu

Macam Mana Mereka Masuk Ke Malaysia Tujuh Pengawal Keselamatan Ditahan Guna Mykad Palsu

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 209 hits
AZMI NORDINAntara warga asing yang ditahan menerusi Op Pengawal Keselamatan sekitar Puchong Selangor semalam KUALA LUMPUR Jabatan Pendaftaran Negara menahan tujuh pengawal keselamatan kerana memiliki MyKad individu lain dan kad pengenalan p...
Mak Abah Buang Aku Masa Umur 10 Tahun Bila Aku Dah Berjaya Mereka Terhegeh Nak Duit Aku

Mak Abah Buang Aku Masa Umur 10 Tahun Bila Aku Dah Berjaya Mereka Terhegeh Nak Duit Aku

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 174 hits
Ini kisah saya Saya Maisara berumur 20 an Berasal dari sebuah negeri di pantai timur Bekerja dalam bidang perbankan di ibu kota Ibu dan bapa saya bercerai ketika saya berumur 10 tahun Saya merupakan anak tunggal Selepas bercerai ibu keluar ...
Mereka Dah Biasa Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya Rumah Kak Km Juga Dirompak Oleh Suspek Sama

Mereka Dah Biasa Kieda Crepe Dakwa Selain Rumahnya Rumah Kak Km Juga Dirompak Oleh Suspek Sama

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 217 hits
Usahawan makanan Kieda Crepe mendakwa suspek yang telah merompak dan melarikan barang kemas serta duitnya itu merupakan kumpulan sama yang berjaya memecah masuk kediaman usahawan Kak KM Suspek adik beradik dan suami isteri Melalui hantaran ...
Siapa Sebenarnya Yang Putuskan Bersatu Cakap Mereka Sudah Putuskan

Siapa Sebenarnya Yang Putuskan Bersatu Cakap Mereka Sudah Putuskan

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 223 hits
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan menentukan ketetapan mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu mengikut peruntukan sedia ada dalam Akta Antilompat Parti 2022 dan Perlembagaan Persekutuan Timbalan Perdana Menteri Datuk ...
Harap Jangan Biarkan Tolong Bantu Mereka

Harap Jangan Biarkan Tolong Bantu Mereka

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 127 hits
Cik YannieSaya merayu pada AzminAli suffikamari hamzahzainudin FadhliShaari suapa bantulah mereka supaya tidak dizalimi oleh kerajaan kelantan Penduduk rumah setinggan Gua Musang mohon kerajaan negeri beri pampasan dan rumah baru sebelum ru...
Puteri Sarah Rela Hantar Ambil Anak Ke Sekolah Sendiri Dari Upah Pemandu Mereka Nyawa Saya

Puteri Sarah Rela Hantar Ambil Anak Ke Sekolah Sendiri Dari Upah Pemandu Mereka Nyawa Saya

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 210 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang alik menghantar dan mengambil anak anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu Menerusi video yang dimuat naik di Tik Tok Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ...
Mereka Bercinta Hubungan Jeon Somi Jinyoung Got7 Jadi Bualan Ramai

Mereka Bercinta Hubungan Jeon Somi Jinyoung Got7 Jadi Bualan Ramai

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 91 hits
Penampilan tak dijangka Jin young GOT7 dalam video terkini Jeon So mi telah menjadi bualan netizen Artikel Berkaitan Terbaru Jeon So mi telah memuat naik satu video di akaun media sosialnya Namun penampilan Jin young GOT7 yang tidak dijangk...
Bila Tuhan Telah Tentukan

Bila Tuhan Telah Tentukan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 64 hits
MSOLima tahun lepas semasa Dr Mahathir jadi PM Anwar secara konsisten masuk menghadap Mahathir sebagai penghormatannya kepada seorang perdana menteri yang diharap suatu hari nanti akan melakukan transisi jawatan kepadanya Malangnya kesetiaa...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah