Apakah Kita Sudah Tiada Perasaan


Angka kematian setiap hari di negara ini telah lebih 200 orang sehari.- Gambar hiasan


KALAU kita bayangkan sebuah pesawat membawa 360 penumpang dan kru tiba-tiba terhempas di satu lokasi di negara ini kelmarin, pastinya tergambar betapa ngeri dan dahsyatnya tragedi yang berlaku.

Tentu cerita dan kisah kejadian itu, kita akan perkatakan berhari-hari, malah berbulan lamanya.

Namun, kita seperti tidak ambil endah apabila negara mencatat 360 korban akibat wabak Covid-19 pada Sabtu lalu.

Kita seakan tidak kisah lagi dengan jumlah kematian yang meningkat pada kadar antara 100 hingga 250 setiap hari sejak awal Julai lalu.

Mungkin juga sebab kita semua sudah penat dan lesu dengan angka-angka yang dibentangkan setiap hari berkaitan pandemik ini sejak Mac tahun lalu lagi.

Tetapi cubalah kita gambarkan sekali lagi, jika ada berbaris pesawat di udara yang membawa antara 100 hingga 250 penumpang dan setiap satu akan terhempas setiap hari tanpa henti.

Begitulah apa yang kita terpaksa lalui pada hari-hari mendatang dalam tempoh terdekat sama ada suka atau tidak.

Hari ini, kita mendapat khabar berita ada kenalan, rakan, jiran, saudara-mara dan ahli keluarga menjadi korban keganasan virus korona ini.

Esok kita akan menerima perkhabaran sedih lagi. Seolah-olah tidak ada berita menggembirakan untuk kita baca dan dengar pada masa hari ini.

Dalam keadaan di sekeliling kita ada lebih 200,000 kes aktif Covid-19 (yang dikesan) dan lebih 1,000 rakan taulan di unit rawatan rapi, kita seolah-olah tidak mampu lagi untuk lari daripada terjajah dengan wabak ini.

Bagaimanapun hidup terpaksa diteruskan. Harapan untuk kembali kepada keadaan seperti dahulu masih ada. Cuma masa yang sukar untuk kita tentukan.

Apa yang penting, setiap orang perlu kuat dan terus tabah menghadapi bencana wabak ini.

Dalam setiap peperangan pasti ada yang terkorban, cedera dan cacat, namun hakikatnya ramai lagi yang terselamat.

Seperti dunia ini yang kita sedari sudah lama tercedera akibat peperangan, pergolakan, krisis dan pelbagai bentuk bencana tetapi akhirnya banyak yang mampu bangkit dan pulih kembali.

Semoga kita dapat membina semula kerosakan dan kemusnahan yang berlaku. Kuatkanlah semangat sebagaimana kentalnya ahli politik yang sentiasa mencari-cari ruang dan peluang sama ada untuk merebut kuasa atau mempertahankan kuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/apakah-kita-sudah-tiada-perasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 534 hits
RAJA PETRA KAMARUDIN Selepas kontroversi kenyataan semalam nampaknya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong cuba memperbetulkan keadaan menerusi surat kedua yang tular dalam media sosial dan kali ini ia lebih bersifat peribadi bukan sura...
Apakah Tpm Juga Sudah Mendapat Perkenan Agong

Apakah Tpm Juga Sudah Mendapat Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semua anggota Jemaah Menteri perlu meletakkan jawatan kerana mengingkari titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kata Tun Dr Mahathir Moham...
Apakah Hukum Menyertai Himpunan Demonstrasi Ini Penjelasan Mufti Wp

Apakah Hukum Menyertai Himpunan Demonstrasi Ini Penjelasan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 280 hits
Perhimpunan atau demonstrasi biasanya tercetus akibat rasa tidak setuju mengenai sesuatu isu atau perkara Tujuannya adalah dipercayai sebagai platform untuk menyuarakan suara hati yang terpendam sama ada secara aman mahupun tunjuk perasaan
Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 332 hits
Mengutip Yale Medicine studi dari Inggris menunjukkan anak anak dan orang dewasa di bawah 50 tahun 2 5 kali lebih mungkin terinfeksi varian Delta Lantas bagaimana penularan varian Delta Plus terhadap anak
Apa Malu Apakah Orang Melayu Makin Sedar Siapa Musuh Yang Sebenarnya Time For A Truth Commission

Apa Malu Apakah Orang Melayu Makin Sedar Siapa Musuh Yang Sebenarnya Time For A Truth Commission

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 557 hits
And you and I know that it will also have to be the Malays and Muslims who will have to work to get these political pariahs into the dock to be tried convicted and incarcerated if there is to be any hope for our nation to survive past 2020 ...
Apakah Perlantikan Dan Tindakan Mahiaddin Menepati Perlembagaan Tamrin Tun Ghafar

Apakah Perlantikan Dan Tindakan Mahiaddin Menepati Perlembagaan Tamrin Tun Ghafar

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 275 hits
APAKAH PERLANTIKAN DAN TINDAKAN MAHIADDIN MENEPATI PERLEMBAGAANTamrin Tun Ghafar Selasa 27 07 20211 Mengikut PERKARA 43 Agong melantik seorang Perdana Menteri yang pada HEMAT NYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI Ahli Dewan Rakyat 2 Yang menyeb...
Tun M Dan Anwar Kembali Bersama Tunjuk Perasaan Di Dataran Merdeka Ke Parlimen

Tun M Dan Anwar Kembali Bersama Tunjuk Perasaan Di Dataran Merdeka Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 421 hits
tuncarlos comKUALA LUMPUR Beberapa ahli parlimen pembangkang didapati telah berkumpul di Dataran Merdeka bersama penyokong mereka Turut hadir Tun Dr Mahathir dan juga Anwar Ibrahim Buat pertama kali mereka dilihat kembali bersama setelah ti...
Hiburan Isteri Saya Milik Allah Hampir 600k Penonton Shuib Luah Perasaan Titip Pesanan Di Ig Live

Hiburan Isteri Saya Milik Allah Hampir 600k Penonton Shuib Luah Perasaan Titip Pesanan Di Ig Live

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 526 hits
Selepas berkongsi berita mengenai pemergian isterinya Shuib Sepahtu telah menyapa peminat dan orang ramai menerusi satu live di Instagram miliknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPada permulaan siaran langsung berkenaan pelawak itu menyampai...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun