Apakah Hanya Setelah Dua Tahun Perjuangan Menumbangkan Kleptokrat Menjadi Sia Sia



Bagi mereka yang tidak menyokong BN kerana ingin melihat kepimpinan kleptokrat dapat ditumbangkan dalam PRU14 lalu, sekurang-kurangnya dua perkara paling memedihkan hati ketika ini.Pertama, tumbangnya PH melalui pengkhianatan daripada dalam dengan dibantu oleh penebuk-penebuk atap yang rakus serta ada kes mahkamah dan bukan melalui undi dalam pilihanraya.Seolah-olah mereka yang khianat itu sanggup berbaik semula dengan kelompok yang sudah ditolak pengundi demi memenuhi kerakusan nafsu peribadi.Tetapi, pengkhianatan sehingga tumbangnya PH itu mungkin dapat ditebus semula dalam usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Parlimen nanti.Cuma, oleh kerana sessi perbahasan pada Sidang Parlimen 18 Mei ini telah ditiadakan kerana Muhyiddin Yassin masih tidak yakin ada sokongan yang cukup buatnya, usul itu mungkin akan dibentangkan pada sidang selama 15 hari pada 13 Julai akan datang.Jika tempoh dua bulan sehingga Julai dirasakan oleh Muhyiddin mampu membuatnya menambah sokongan, tempoh dua bulan itu juga tidak mustahil membuatkan sokongan terhadapnya tambah merudum berikutan macam-macam masalah dan kelemahan akan terus berlaku selepas ini.Oleh itu, tidak mustahil kerajaan akan bertukar semula kepada PH pada Julai nanti melalui undi tidak percaya yang sudah pun sah diterima Speaker untuk dibahaskan.Kedua, yang tidak kurang membuatkan ramai berasa pedih hati ialah dengan berita pihak pendakwa membebas tanpa melepaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz daripada pertuduhan penggubahan wang haram yang dikaitkan sumbernya daripada wang curi 1MDB.Pembebasan itu, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku setelah PH tumbang dan UMNO kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan, kebimbangan ramai ialah ianya merupakan permulaan kepada petanda bebasnya semua pemimpin UMNO yang sedang didakwa di mahkamah ketika ini.Lebih-lagi itu, cara pembebasan Riza Aziz dengan persetujuan membayar semula sebahagian daripada amaun penggubahan wang haram yang dikaitkan dengannya, bukan saja terus menjadi perdebatan ramai, malah nampaknya masih ada percanggahan antara Peguam Negara baru, SPRM dan Peguam Negara terdahulu, Tommy Thomas.Sementara SPRM mengatakan pembebasan Riza Aziz itu adalah atas persetujuan Tommy Thomas, yang mana ia kemudian dinafikan oleh bekas Peguam Negara yang telah meletak jawatan pada 28 Februari lalu, Peguam Negara baru, Idrus Harun akhirnya tampil menjelaskan bahawa beliau diberi taklimat oleh Gopal Sri Ram selaku Timbalan Pendakwaraya kes itu bahawa oleh kerana Tommy Thomas setuju secara prinsipnya menerima representasi anak tiri Najib itu, maka beliau membuat keputusan menyetujuinya.Disebabkan Tommy Thomas telah bertegas sebanyak dua kali sebelum ini menafikan sebarang persetujuan pernah diberikannya untuk membebaskan Riza Aziz, adalah dipercayai beliau akan tampil sekali lagi menolak dakwaan itu.Dengan itu, tidak mustahil perkara ini akan berterusan beberapa lama lagi.Isunya penting di sini, kenapa Idrus seolah-olah tiada prinsip sendiri dalam membuat keputusan, sehingga masih perlu bergantung kepada persetujuan secara prinsipnya, jika benar, daripada Tommy Thomas dalam membebaskan Riza Aziz?Kenapa beliau tidak berani mengatakan ia adalah keputusan mutlaknya selaku Peguam Negara?Lebih daripada itu, jika benar Tommy Thomas setuju secara prinsipnya untuk membebaskan Riza Aziz, kenapa beliau tidak melakukannya semasa memegang jawatan Peguam Negara?Bukankah ketika itu Gopal Sri Ram boleh saja membuat pengumuman mengenainya?Begitu pun, persoalan paling besar di sebalik bebasnya Riza Aziz ini ialah apakah Najib Razak, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang turut diseret ke mahkamah kerana kes penggubahan wang haram, hanya menunggu masa untuk dibebaskan dengan persetujuan mereka memulangkan sejumlah wang kepada kerajaan?Sebab itu, duluan kes Riza Aziz ini adalah penting untuk melihat sama ada perjuangan menumbangkan regim kleptokrasi pada PRU14 lalu masih berbaloi untuk dibanggakan atau ia sebenarnya sudah menjadi sesuatu yang sia-sia setelah Muhyiddin sendiri merelakan dirinya berpeluk erat dengan pemimpin UMNO yang terpalit kekotoran itu?Adakah ini juga bermakna rakyat Malaysia perlu bangkit sekali lagi melakukan perubahan dalam PRU15 akan datang? (ShahbudinHusin 17/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/apakah-hanya-setelah-dua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Tahun Pemergian Ustaz Ismail Dagang

Dua Tahun Pemergian Ustaz Ismail Dagang

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 335 hits
MENGENANG DUA TAHUN PEMERGIAN USTAZ ISMAIL DAGANG Oleh Dr Riduan Mohamad Nor Pantas masa berlari meninggalkan kita Ramadhan tak menanti kita dan terus memecut laju ke garisan penamat Ramadhan bulan yang sarat dengan kisah kemenangan dan jug...
Dua Bot Tunggu Line Clear Untuk Ceroboh Masuk M Sia

Dua Bot Tunggu Line Clear Untuk Ceroboh Masuk M Sia

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 299 hits
PASUKAN Polis Marin menerima maklumat ada dua bot dinaiki etnik Rohingya kini berada di kawasan perairan negara jiran dan menunggu masa untuk menceroboh masuk ke Malaysia Komander PPM Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Yusof Mamat be...
Balai Yang Penuh Nostalgia Dua Tahun Berlalu Uniform Arwah Adib Diabadikan Di Sudut Memorial

Balai Yang Penuh Nostalgia Dua Tahun Berlalu Uniform Arwah Adib Diabadikan Di Sudut Memorial

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 407 hits
Seperti yang kebanyakan orang sedia maklum pada hari ini 4 Mei anggota bomba dan penyelamat menyambut Hari Bomba Sedunia Bakti dan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan mangsa mangsa dan harta benda sangatlah dikenang walaupun zaman terus ...
Setelah Hampir 2 Tahun Ahli Parlimen Bn Kembali Ke Blok Kerajaan

Setelah Hampir 2 Tahun Ahli Parlimen Bn Kembali Ke Blok Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 381 hits
PERSIDANGAN parlimen hari ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai antara paling singkat pernah diadakan berikutan wabak Covid 19 yang melanda negara kita bahkan turut menyaksikan ahli ahli parlimen BN kembali semula ke blok kerajaan setel...
Ikut Saranan Ustazah Isfadiah Ini Cara Faralyna Kejut Anak 5 Tahun Bersahur Pancing Dengan Apa Anak Suka Menjadi

Ikut Saranan Ustazah Isfadiah Ini Cara Faralyna Kejut Anak 5 Tahun Bersahur Pancing Dengan Apa Anak Suka Menjadi

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 429 hits
Mak ayah yang nak ajar anak anak berpuasa memang sebaiknya bermula dari awal usia Tapi ajarlah secara berperingkat supaya mereka faham pengertian berpuasa dan tidak rasa terbeban Umur yang sebaiknya untuk mengajar anak anak mula berpuasa ad...
Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

Apakah Muhyiddin Sedang Berusaha Keras Menjadi Pm Yang Lebih Worst Dari Najib

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 464 hits
Mukhriz sedang disingkir Proses pemecatan Tun dan Mukhriz dikatakan sedang berlaku Berlori lori fitnah ke atas Tun berterusan Berkapal kapal kononnya orang Melayu marah kepada pandangan terbaru Tun Tidak ada satu cerita baik pun tentang Mah...
Imam Hanya Takbir Sekali Apakah Sholat Ied Sah

Imam Hanya Takbir Sekali Apakah Sholat Ied Sah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 226 hits
Imam Hanya Takbir Sekali Apakah Sholat Ied Sah Assalamualaikum mau nanya dulu ada Imam sholat idul di kampung kami takbirnya cuma sekali trs langsung baca alfatihah Apa sholat id nya sah terus apa harus sujud sahwi Dari Tarmizi di Prabumuli...
Melayu Hanya Pilih Slogan Bukan Isi Perjuangan

Melayu Hanya Pilih Slogan Bukan Isi Perjuangan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 245 hits
Kredit MSO Dua subjek sensitif bagi orang Melayu dalam politik di mana jika ia tidak disentuh atau diberi keutamaan parti itu tidak akan mendapat sokongan diharapkan Pertama ialah soal bangsa dan kedua ialah soal agama Parti yang menjadikan...
Menilai Gaya Kim Hee Ae Dari Atas Sampai Bawah Umur 54 Tahun Masih Kayak Abg

Menilai Gaya Kim Hee Ae Dari Atas Sampai Bawah Umur 54 Tahun Masih Kayak Abg

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 506 hits
Tokoh yang teraniaya di drama The World of The Married ini ternyata punya selera yang lumayan lo soal penampilannya
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults