Apakah Hala Tuju Pendidikan Negara Di Bawah Fadhlina Sidek



Apakah Hala Tuju Pendidikan Negara Di Bawah Fadhlina Sidek?  
Sistem peperiksaan berpusat dalam dasar pendidikan negara sudah diamalkan sejak negara belum mencapai kemerdekaan.
Ketika itu pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 3 diwajibkan untuk menduduki peperiksaan Lower Certificate of Educatian (LCE).
Manakala pelajar di Tingkatan 5 pula wajib untuk menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) yang setaraf dengan Ordinary Level atau O Level.
Pelajar Tingkatan 6 pula wajib menduduki peperiksaan Malaysian Higher School Certificate yang setaraf dengan Advanced Level atau A Level.
Selepas pendidikan aliran Bahasa Melayu diperkenalkan, peperiksaan LCE ditukar kepada Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kepada pelajar Tingkatan 3.
Peperiksaan MCE pula ditukar kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan peperiksaan HSC ditukar kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM.
Kemudian peperiksaan penilaian darjah 5 pula diperkenalkan sebelum ianya ditukar kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pelajar sekolah rendah pada taun 1988.
Kesemua peperiksaan ini dilakukan secara berpusat dan ianya dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tetapi pada tahun 2021, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin di bawah kerajaan Perikatan Nasional telah memansuhkan sepenuhnya  semua peperiksaan kecuali STPM.
Ianya digantikan dengan sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Sejak ianya dimansuhkan, terdapat pelbagai desakan dari pelbagai pihak supaya kerajaan mengembalikan sistem peperiksaan berpusat.
Bukan hanya dari ibubapa, tetapi desakan juga turut dibuat oleh ahli akademik dan pemimpin politik.
Tetapi Menteri Pendidikan sekarang, Fadhlina Sidek, dilihat tetap dengan keputusan beliau untuk memansuhkan sistem pendidikan berpusat.
Alasan klishe yang beliau berikan adalah untuk mengurangkan tekanan kepada pelajar!!!
Perbezaan Sistem Peperiksaan Berpusat Dengan Pentaksiran Bilik Darjah  
Secara perbandingan, terdapat perbezaan yang sangat besar antara Sistem Peperiksaan Berpusat (SPB) dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Dalam SPB, semua kertas soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk semua sekolah di Malaysia.
Manakala dalam PBD, ianya disediakan sendiri oleh cikgu di sekolah masing-masing.
Sudah pasti dalam sistem PBD, kualiti soalan di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain berbeza.
Tiada keseragaman dalam menentukan piawaian kualiti pelajar.
Kertas jawapan yang dalam sistem SPB pula disemak oleh cikgu yang tidak dikenali kerana di atas kertas jawapan tiada nama ditulis, hanya angka giliran.
Tetapi dalam sistem PBD, kertas jawapan disemak oleh cikgu yang mengajar dan sudah pasti beliau tahu siapa murid tersebut.
Berkemungkinan akan berlaku pilih kasih dalam pemberian markah kerana cikgu juga manusia yang mempunyai perasaan suka, sayang dan benci.
Jadi, tidak hairanlah apabila berlaku keciciran menduduki peperiksaan SPM di kalangan pelajar kerana tidak tahu menulis, membaca dan mengira!!!
Timbul juga persoalan, apakah pemansuhan sistem peperiksaan berpusat ini sebagai persediaan untuk kerajaan mengiktiraf UEC dari sekolah vernakular swasta?
Dalam sistem pendidikan negara, semua pelajar wajib menduduki sistem peperiksaan berpusat yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Hanya sekolah vernakular swasta sahaja yang berkeras tidak mahu mematuhinya!!!
Tetapi dalam masa yang sama, mereka bersuara lantang untuk mendesak kerajaan supaya mengiktiraf peperiksaan UEC yang mereka sendiri kelolakan.
Tidakkah pemansuhan SPB akan menjadi pemudah cara untuk mengiktiraf UEC?
Kerajaan sudah tidak ada alasan untuk tidak mengiktiraf UEC kerana tiada perbezaan dalam sistem peperiksaan.
Jadi, ke manakah hala tuju pendidikan negara yang akan di bawa oleh Fadhlina Sidek?
 
Apakah Hala Tuju Pendidikan Negara Di Bawah Fadhlina Sidek?  
Di Syorkan Untuk Anda: Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan  
Temui Kami: My TV Online Telegram Twitter Facebook Youtube Tiktok The post Apakah Hala Tuju Pendidikan Negara Di Bawah Fadhlina Sidek? appeared first on My TV ONLINE.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://my-tv.online/2024/12/02/apakah-hala-tuju-pendidikan-negara-di-bawah-fadhlina-sidek/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hala Tuju Pas Macarmerba

Hala Tuju Pas Macarmerba

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 97 hits
Izlin IdrisMasa Tun M jadi PM kali ke dua Masa Tun M jadi PM kali ke dua papagomo dulu kecewa bila Tun M tarik semakan keputusan batu putih sekarang ni dia yang beriya pulak sokong keputusan Tun M siap cakap keputusan Tun M tu betul dan Mal...
Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

Pmx Pergi Luar Negara Untuk Cari Pelaburan Bawa Masuk Malaysia

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 187 hits
Aman Mohammad PMX pergi luar negara untuk cari pelaburan bawa masuk Malaysia Namun ia tidak semudah itu mesti kena ada timbal balas dari Malaysia juga Jika kita nak sesebuah negara tu melabur dalam negara kita maka Malaysia juga perlu melab...
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 295 hits
1 Terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia ke luar negara baru baru ini 2 Delegasi yang diketuai oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku ...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Stop Mistreatment Of Sosma Detainees

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia