Apakah Geng C5 Dari Pas Tidak Sayang Parti Dan Penyokong Mereka



Ketaatan ahli PAS kepada pemimpin mereka bukan sahaja digeruni lawan, malah dicemburui  kawan politik PAS

Telah berkali-kali ahli PAS diuji kesetiaan mereka terhadap pemimpin dan parti

Sebagai parti yang berwajahkan perjuangan untuk mengangkat kepimpinan Islam di Malaysia, antara dugaan yang terbesar dihadapi oleh ahli dan penyokong PAS ialah ketika pemimpin mereka membuat keputusan untuk berkerjasama dengan parti cauvanis DAP

Walau pun ianya adalah satu keputusan yang mendapat kritikan hebat dari seteru politik PAS ketika itu, namun atas sikap taat kepada pemimpin, penyokong dan ahli PAS terpaksa menelan juga apa yang telah dihidangkan oleh pemimpin PAS kepada mereka ketika itu


Selepas terputusnya hubungan kerjasama politik antara PAS dan DAP, sekali lagi ahli PAS diuji ketaatan terhadap pemimpin dan parti PAS bila pemimpin PAS memutuskan untuk menjalankan kerjasama politik dengan UMNO

Benar, ini bukan kali pertama UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama politik

Tetapi kerjasama antara UMNO dan PAS kali kedua ini amat berbeza keadaannya dengan cabaran yang dihadapi sewaktu ingin menjalankan kerjasama antara UMNO dan PAS kali pertama dahulu dalam Barisan Nasional dari dari 1970 hingga 1978.
Ketika itu kecurigaan dan perselisihan antara satu sama lain di kalangan pemimpin dan ahli UMNO dan PAS yang wujud sejak tahun 1951 masih lagi belum mendalam

Tetapi selepas berlakunya pergeseran antara UMNO dan PAS selepas PRU 1978, untuk membentuk semula sebuah kerjasama antara UMNO dan PAS yang dimeteraikan pada tahun 2019, bukanlah satu perkara yang mudah

Keputusan yang dibuat oleh pemimpin PAS ketika itu terlalu pahit untuk ditelan oleh ahli dan penyokong PAS

Kerana walau pun antara UMNO dan PAS mempunyai latarbelakang yang sama dari sudut ugama dan bangsa, tetapi persengketaan yang telah berlanjutan hingga melebihi 4 dekad telah meninggalkan luka yang amat mendalam di kalangan kedua-dua ahli dan penyokong UMNO dan PAS

Namun, kerana taatkan pemimpin dan sayangkan kepada perjuangan parti yang berslogan kepimpinan ulama, ahli dan penyokong PAS tetap akur, malah memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya keputusan pemimpin mereka

Inilah keistimewaan ahli dan penyokong PAS dan inilah kekuatan parti PAS dan inilah juga yang dicemburui oleh sekutu politik PAS dan digeruni oleh seteru politik PAS


Kini akibat dari kepentingan politik pemimpin tertentu dari UMNO dan PAS, hubungan antara UMNO dan PAS sekali diuji

Kalau dalam UMNO, kelompok yang diketuai oleh Hishamuddin dan Annuar Musa telah menimbulkan keresahan ahli dan penyokong UMNO, dari pihak PAS pula, kelompok yang diketuai oleh Takiyudin dilihat mempunyai agenda peribadi sedang berusaha untuk mencapai matlamat mereka dengan menggunakan kekuatan akar umbi parti

Kalau akar umbi PAS taat kepada keputusan kepimpinan tertinggi parti, Takiyudin pula dilihat sangat mentaati percaturan dan arahan yang dibuat oleh Hamzah Zainuddin dan Azmin dengan restu Ainon dan Muhyiddin

Tindakan serta kenyataan Takiyuddin kini dilihat lebih mentaati perintah Hamzah dan Azmin serta PPBM dari kesetiaan beliau kepada perjuangan parti

Admin merasa hairan, bagaimana seorang yang bijak seperti Takiyudin boelh tersasar perjuangan beliau

Apakah Takiyudin tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku dalam Pilihanraya Negeri Sabah 2020

Walau pun akar umbi PAS digunakan dan dikerahkan untuk turun padang dalam kempen Pilihanraya Negeri Sabah, namun PAS langsung tidak diberikan peluang untuk meletakkan walau pun seorang calun untuk Pilihanraya Negeri Sabah

Apakah Takiyudin masih lagi tidak sedar sebenarnya PPBM sedang menggunakan beliau demi untuk survivor politik PPBM untuk menghadapi PRU 15 nanti

Takiyudin adalah akses bagi PPBM untuk menggunakan kekuatan akar umbi dan jentera pilihanraya PAS bagi menghadapi PRU 15

Bukan menjadi satu rahsia, PPBM adalah sebuah parti yang sangat rapuh di peringkat akar umbi

Walau pun sudah menjadi kerajaan dan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri selama 31 bulan (22 bulan ketika Pakatan Harapan dan 9 bulan ketika Perikatan Nasional), namun PPBM masih gagal menyusun dan memperkasakan parti mereka di peringkat akar umbi


Malah pengasas PPBM Pagoh yang sepatutnya menjadi kubi kuat kerana ianya merupakan parlimen kepada Presiden PPBM dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini juga bergolak

Walau pun impian awal PPBM adalah untuk memperkudakan akar umbi dan jentera pilihanraya UMNO, namun seperti yang admin nyatakan, ketaatan ahli dan akar umbi UMNO kepada pemimpin mereka tidak sama seperti ahli dan akar umbi PAS

Ahli dan akar umbi UMNO akan bangkit menentang dan membuat kritikan terbuka keputusan kepimpinan tertinggi parti sekiranya mendapati keputusan tersebut bertentangan dengan prinsip perjuangan parti

PPBM juga melihat PAS sebagai sebuah parti yang tidak akan mampu menggugat kedudukan mereka sebagai parti dominan dalam Perikatan Nasional kerana  PPBM tahu sejak pilihanraya umum yang pertama pada 1955 hingga PRU 14, jumlah Ahli Parlimen PAS tidak pernah melebihi 10% dari jumlah keseluruhan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat

Bukan tujuan admin untuk memperkecilkan pencapaian PAS dalam pilihanraya umum tetapi itulah hakikatnya

Mungkin PAS mempunyai strategi yang berbeza dengan UMNO yang mempunyai majoriti Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat

Mungkin PAS lebih menumpukan untuk menguasai kerajaan negeri, maka sebab itulah kita lihat jentera pilihanraya PAS sangat tersusun di peringkat akar umbi

Dalam 7 pilihanraya kecil, PPBM telah menyaksikan bagaimana akar umbi dan jentera pilihanraya PAS bersungguh-sungguh membantu kemenangan calun Muafakat Nasional, walau pun ianya bukan dari PAS

Itulah yang sangat-sangat diperlukan oleh PPBM dalam PRU 15 nanti dan Takiyuddin adalah anak kuncinya

Seperti yang PPBM lakukan terhadap UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lepas, perkara yang sama juga akan dilakukan kepada PAS nanti

Untuk mengaburi pemimpin dan penyokong PAS, parti PAS akan diberikan lebih banyak kerusi untuk diletakkan calun tetapi kerusi parlimen yang diagihkan kepada PAS nanti adalah kerusi-kerusi panas yang tidak ada harapan untuk menang

Calun PAS akan diletakkan untuk menentang calun dari DAP atau PKR di kubu kuat DAP atau PKR dengan majoriti pengundi adalah Cina atau India

Untuk rekod, Perikatan Nasional tidak ada parti yang berasaskan kaum Cina atau pun India di dalam gabungan mereka

Kalau pun ada, cuma PPBM bercadang untuk membuka pintu kepada kaum Cina dan India dalam parti mereka

Manakala kawasan selamat akan diletakkan calun PPBM supaya kemenangan dapat dipastikan

Apakah admin lontarkan ini bukanlah sekadar persepsi tetapi ianya adalah realiti yang telah dilakukan oleh PPBM kepada UMNO

Atas semangat Muafakat Nasional, admin yakin, inilah masej yang cuba pemimpin-pemimpin UMNO sampaikan kepada pemimpin-pemimpin PAS, terutamanya Takiyudin dan kumpulannya

Kalau parti sebesar UMNO pun berani PPBM perbodohkan, fikirkanlah sendiri apa yang akan PPBM lakukan terhadap PAS

Sekali lagi admin tegaskan, bukan tujuan admin untuk memperlekehkan pemimpin dan pendokong parti PAS, namun atas semangat Muafakat Nasional, kita tidak mahu perkara yang sama telah dilakukan oleh PPBM kepada UMNO akan dilakukan pula kepada PAS

Ibarat cubit peha kiri, peha kanan pasti akan merasakan kesakitannya juga

Fikir-fikirkanlah

Namun, ianya terpulang kepada pemimpin dan pendokong PAS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/11/apakah-geng-c5-dari-pas-tidak-sayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 323 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir Pas berhubung i Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar Menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini bekas Ahli Parlimen ...
Parti Keadilan Perlu Kenal Diri Sendiri Kata Geng Amanah

Parti Keadilan Perlu Kenal Diri Sendiri Kata Geng Amanah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 301 hits
Kebejatan daya fikir yang dialami oleh pentaksub Anwar dan pelampau keadilan menjadikan fikiran mereka beku Bagi mereka HANYA Anwar yang kuat Anwar tu terror Anwar tu super duper Keadilan ada 38 MP dalam dewan rakyat bukan 98 MP Riuh rendah...
Pas Parti Pukul Keliling

Pas Parti Pukul Keliling

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 371 hits
Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kerjasama Dengan Umno dan Bersatu tidak terjalin Dia berkata PAS Umno dan Bersatu saling memerlukan antara satu sama lain Pada padang...
Mp Pas Ini Bingai Kata Penyokong Najib

Mp Pas Ini Bingai Kata Penyokong Najib

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 222 hits
Selepas ahli Parlimen Pas menyerang Datuk Seri Najib Razak dalam Dewan Rakyat semalam penyokong bekas perdana menteri itu menyifatkan beliau sebagai bingai Nak kata bodoh tak sampai hati tetapi tak berapa cerdik bingailah senang cerita kata...
Sembang Kari Dari Parti Amanah

Sembang Kari Dari Parti Amanah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 295 hits
Macam selaluPH ini kalau bercakap hebat kalau sembang boleh memukau Tak hairan banyak rakyat kena kencing kerana sembang mereka Itu pasal lebai PAS kat kampung pun terbodoh dengan sembang AMANAH sanggup tinggal parti PAS kerana percaya semb...
Parti Atau Pemimpin Perlu Sedar

Parti Atau Pemimpin Perlu Sedar

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 210 hits
POLEMIK hala tuju UMNO kian kembali diperdebatkan antara satu sama lain Mengapa masih tercari cari pintu sana pintu sini Mengapa sesama pemimpin masih berpolemik dan menegakkan corak pemikiran masing masing Adakah parti yang belum berubah a...
Bukan Saja Umno Tapi Semua Parti Perlu Sedar Diri

Bukan Saja Umno Tapi Semua Parti Perlu Sedar Diri

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 261 hits
Tan Sri Annuar Musa kata UMNO kena sedar diri Saya setuju Bukan saja UMNO tapi semua parti perlu sedar diri UMNO perlu sedar diri bahawa tanpa PAS mereka sukar untuk menang semula PAS perlu sedar diri bahawa tanpa UMNO mungkin Kedah pun aka...
Sukar Satukan Parti Melayu Islam Prof Ridhuan Tee

Sukar Satukan Parti Melayu Islam Prof Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 241 hits
UMNO PPBM hanya boleh disatukan jika turunkan ego SAYA tertarik dengan komentar Tan Sri Noh Omar bahawa UMNO bersedia berhadapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Selangor bertanding tiga penjuru dengan PKR dengan syarat PAS tidak masuk ber...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Hawthorn Hood House By Bent Architecture In Victoria Australia

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told

De Fam S Popular Local Raya Tune Alamak Raya Lagi Finds Its Way To Nippon Via Social Media

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals

Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan