Apakah Bri Cara Mengukur Berat Badan Dengan Lebih Tepat


Apakah BRI ? Dan mengapakah BRI dikatakan sebagai alternatif terbaik pada masa ini untuk mengukur berat badan dengan lebih tepat berbanding BMI?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apakah BRI serta cara pengiraan berat badan yang betul, anda boleh teruskan membaca artikel ini sehingga habis.
Baca juga:
10 Penimbang Berat Terbaik & Paling Tepat Kiraan (2024) Berat Badan Ideal: Cara Mudah Kiraan BMI Cara Menaikkan Berat Badan Dengan Cepat dan Selamat Apakah BRI (Body Roundness Index)? Apakah BRI ? BRI adalah singkatan kepada Body Roundness Index atau Indeks Kebulatan Badan. BRI mempertimbangkan ketinggian dan lilitan pinggang seseorang untuk menilai status kesihatan mereka.
Ia mengukur betapa bulat bentuk badan seseorang dengan menggunakan formula yang mengambil kira ketinggian dan lilitan pinggang, tetapi bukan berat.
Asal usul BRI mula dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat sebagai salah satu respons kepada kebimbangan mereka terhadap batasan BMI pada hari ini.
BRI dipercayai membantu mengkategorikan individu dalam kategori sihat atau tidak sihat dengan mengukur lemak di sekeliling perut dengan lebih baik, yang tidak dilakukan oleh BMI.
Kredit: PMF IAS Perbezaan BRI vs BMI BRI (Body Roundness Index) dan BMI (Body Mass Index) adalah dua ukuran yang digunakan untuk menilai kesihatan tubuh, tetapi berfungsi dengan cara yang berbeza dan menggunakan kaedah yang berbeza untuk menilai keadaan fizikal seseorang.
BMI adalah kaedah yang lebih umum digunakan untuk mengukur lemak badan berasaskan tinggi dan berat badan. Ia dikira dengan formula mudah:
Kategori BMI:
30 ke atas: Obesiti Di bawah 18.5: Kurus 18.5 – 24.9: Berat badan ideal 25 – 29.9: Berlebihan berat badan Walau bagaimanapun, BMI mempunyai batasannya kerana ia tidak mengambil kira komposisi tubuh. Ia mungkin tidak tepat untuk individu yang mempunyai banyak otot (seperti atlet) atau mereka yang mempunyai struktur tulang yang besar atau kecil.
BRI pula adalah ukuran yang lebih b aru dan cuba memberikan gambaran yang lebih tepat tentang lemak badan. Ia mengambil kira lilitan pinggang selain tinggi badan, memberikan gambaran tentang kadar lemak visceral atau lemak yang berada di sekitar organ dalaman.
BRI dikatakan lebih tepat dalam menilai risiko kesihatan berkaitan lemak badan, seperti penyakit kardiovaskular, kerana ia menilai kadar lemak di kawasan abdomen, yang mana lebih berisiko jika berlebihan.
AspekBMIBRIParameterBerat dan tinggiLilitan pinggang dan tinggiFormulaMudah dan ringkasKompleks dan lebih mendalamFokusMenilai indeks jisim badan secara umumMemberi tumpuan kepada lemak di kawasan abdomenKetepatanKurang tepat bagi individu berototLebih tepat untuk menilai risiko kesihatan yang disebabkan oleh lemak badanDibangunkan OlehAdolphe Quetelet (1830-an)Diana Thomas (2013)Julat PemarkahanBerbeza (kurang berat, berat normal, berat badan berlebihan, obes)1 hingga 16 Mengapa BMI Gagal? Selama berdekat-dekat lamanya, kita menggunakan indeks jisim badan (BMI) untuk mengetahui maklumat asas tentang tahap kesihatan seseorang. Namun, BMI gagal mempertimbangkan beberapa faktor seperti athleticism, paras kolesterol dan tekanan darah.
Hal ini kerana BMI hanya berfungsi sebagai ukuran ringkas yang melibatkan berat badan dan ketinggian seseorang. Bahkan beberapa kajian telah menunjukkan berlakunya peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis II.
Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa berat badan bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi risiko untuk menghidap masalah kesihatan.
Antara isu yang mengaitkan BMI bukan pengukur tahap kesihatan yang tepat adalah kerana BMI tidak memberikan maklumat tentang peratusan berat badan seseorang yang datangnya sama ada daripada lemak, otot ataupun tulang. Hal ini menyebabkan seseorang atlet yang berotot mempunyai BMI yang tinggi meskipun memiliki lemak badan yang sedikit.
Bahkan tidak mustahil juga seseorang yang mempunyai bacaan BMI normal tetapi mempunyai tekanan darah dan paras kolesterol yang tinggi.
Justeri, BRI mula diperkenalkan dengan menambah kepada ukur lilit pinggang yang bertujuan untuk menganggar peratusan lemak visceral dan jumlah lemak badan, seterusnya membantu untuk menentukan risiko menghidap penyakit jantung, diabetes, buah pinggang dan kanser.

Cara Mengira BRI Sendiri BRI dikira menggunakan formula matemarik: 364.2 − 365.5 × √(1 − [lilit pinggang dalam sentimeter / 2π]2 / [0.5 × tinggi dalam sentimeter]2
Terdapat kalkulator dalam talian di mana anda boleh memasukkan ukuran ketinggian dan pinggang dan pinggul untuk menentukan BRI anda. Kira BRI anda dan dapatkan huraiannya di pautan berikut:
KALKULATOR BRI – https://webfce.com/bri-calculator/
Julat Skor BRI Julat skor Body Resistance Index (BRI) digunakan untuk menganggarkan peratusan lemak badan berdasarkan lilitan pinggang dan tinggi badan seseorang. Berikut adalah julat umum yang digunakan dalam BRI:
Skor BRIKategori1 – 4Kurus (Underweight)4 – 9Berat badan sihat (Normal)9 – 16Berat badan berlebihan16 ke atasObesiti Kurus (Underweight) (BRI: 1 – 4)
Skor ini menunjukkan seseorang mungkin kurang lemak badan yang mencukupi. Biasanya, individu dalam julat ini disyorkan untuk meningkatkan berat badan atau lemak badan kepada tahap yang lebih sihat.
Berat Badan Sihat (Normal) (BRI: 4 – 9)
Skor ini menandakan tahap lemak badan yang ideal, di mana risiko penyakit kardiovaskular dan penyakit lain yang berkaitan dengan lemak badan adalah rendah.
Berat Badan Berlebihan (BRI: 9 – 16)
Julat ini menunjukkan bahawa seseorang mempunyai lebih banyak lemak badan daripada yang disarankan, yang boleh meningkatkan risiko kesihatan dalam jangka panjang.
Obesiti (BRI: 16 ke atas)
Skor ini mencerminkan tahap lemak badan yang tinggi, yang boleh membawa kepada risiko penyakit serius seperti diabetes, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.
Risiko Kesihatan Berkaitan Skor BRI Skor BRI yang lebih tinggi: Markah yang lebih tinggi mencadangkan lemak badan yang lebih tinggi, terutamanya lemak visceral, yang dikaitkan dengan penyakit seperti diabetes Jenis 2, Penyakit kardiovaskular, Sindrom metabolik (MetS). Skor BRI Rendah: Skor yang sangat rendah juga membawa risiko, termasuk kekurangan zat makanan dan isu kesihatan yang berkaitan. Kesimpulannya, BRI boleh memberikan hasil yang lebih terperinci, terutama bagi menilai risiko penyakit berkaitan lemak abdomen, manakala BMI lebih sesuai sebagai ukuran am yang mudah dan cepat untuk mendapatkan gambaran kasar tentang keadaan berat badan seseorang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/apakah-bri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=apakah-bri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 137 hits
Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Jerawat bukan sahaja muncul di wajah malah boleh juga menyerang bahagian badan seperti belakang bahu dan dada Walaupun jerawat sudah sembuh parut yang ditinggalkan boleh menjejaskan keyakinan di...
5 Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan

5 Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 203 hits
Ketahui 5 cara menurunkan kolesterol tinggi dalam badan Kolesterol tinggi adalah salah satu masalah kesihatan yang umum yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit jantung dan masalah kesihatan lain Memiliki tahap kolesterol yang seimbang a...
Tips Dan 7 Cara Simpan Susu Badan Yang Betul

Tips Dan 7 Cara Simpan Susu Badan Yang Betul

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 143 hits
Jom ketahui cara simpan susu badan yang betul Susu badan adalah anugerah yang luar biasa untuk bayi anda kerana ia mengandungi segala nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan yang sihat Namun bagi ibu yang bekerja atau perlu berada di lua...
Saya Ada Permintaan Kembali Berlakon Setelah Sekian Lama Moon Geunyoung Beri Respon Berat Badan Makin Naik

Saya Ada Permintaan Kembali Berlakon Setelah Sekian Lama Moon Geunyoung Beri Respon Berat Badan Makin Naik

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 150 hits
Setelah lama menyepi dalam dunia lakonan Moon Geun young akhirnya akan kembali menemui penonton dalam Hellbound 2 Artikel Berkaitan Terbaru pada 21 Oktober Moon Geun young telah menghadiri sidang media untuk tayangan musim kedua Hellbound b...
Faktor Yang Mempengaruhi Efektivitas Susu Penambah Berat Badan

Faktor Yang Mempengaruhi Efektivitas Susu Penambah Berat Badan

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 120 hits
Susu penambah menjadi untuk meningkatkan massa tubuh dengan cepat Ini karena susu penambah berat badan dianggap sebagai solusi praktis untuk tujuan kebugaran pemulihan setelah sakit atau kebutuhan khusus lainnya Namun apakah susu penambah b...
Makin Senang Fokus Go Minsi Kongsi Rutin Pemakanan Untuk Turun Berat Badan

Makin Senang Fokus Go Minsi Kongsi Rutin Pemakanan Untuk Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 146 hits
Mesti ramai kan yang dah layan siri The Frog di Netflix Artikel Berkaitan Baru baru ini Go Min si telah muncul dalam program Dex di YouTube di mana wanita itu ada berkongsi apa yang dia makan untuk menurunkan berat badan sehingga mencecah 4...
Aplikasi Baru Tangkap Gerakan Badan Secara Langsung Guna Telefon Bimbit

Aplikasi Baru Tangkap Gerakan Badan Secara Langsung Guna Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 104 hits
Juruterbang dari Northwestern telah mencipta sistem baru untuk menangkap gerakan badan secara penuh dan yang menarik ia tidak memerlukan bilik khas peralatan mahal kamera besar atau sensor yang banyak Yang diperlukan hanyalah peranti mudah ...
Ujian Terbaru 6g Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

Ujian Terbaru 6g Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 156 hits
Sekumpulan penyelidik di University College London telah berjaya menghantar data secara tanpa wayar pada kelajuan 938 gigabit sesaat sekali gus melebihi kelajuan purata sambungan telefon 5G semasa sebanyak lebih 9000 kali ganda Kelajuan ini...
Nana Tampil Dengan Fesyen Berani Pakai Gaun Putih Dedah Bahagian Tepi Belakang Badan

Nana Tampil Dengan Fesyen Berani Pakai Gaun Putih Dedah Bahagian Tepi Belakang Badan

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 101 hits
Kalau cakap pasal selebriti Korea yang cantik nama Im Jin ah atau lebih mesra dikenali sebagai Nana pasti tidak akan terkecuali Artikel Berkaitan Baru baru ini Nana telah tampil sebagai seorang tetamu yang dijemput di acara amal kesedaran k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico