Apakah Beza Sedekah Waqaf Dan Infaq



Perkataan sedekah, zakat, waqaf dan infaq seringkali kita guna pakai dalam kehidupan seharian. Namun, kadang-kadang timbul kekeliruan di benak kita; Siapa yang berhak menerima sedekah? Siapa pula yang berhak menerima nafkah? Apakah beza antara empat perkataan ini?
Maksud Sedekah
Sedekah bererti pemberian yang padanya dicari pahala daripada Allah Taala. Rujuk al-Ta`rifat (1/132). Manakala Ibn Manzur memberikan definisi sedekah sebagai apa yang diberikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Rujuk Lisan al-Arab (10/196).
Sedekah merangkumi maksud zakat wajib, dan sedekah sunat, seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran:
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(Surah al-Taubah, 9:60)
Dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA juga ada diterangkan tentang sedekah dan zakat:
هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المُسْلِمِينَ
Maksudnya: Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin
Hadis riwayat Imam Bukhari (1454)
Maksud Infaq
Infaq pula menurut al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. Rujuk al-Ta`rifat (1/39). Dalam Surah al-Baqarah ayat 3, Allah SWT berfirman:
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.
Perkataan ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. Rujuk Jami’ al-Bayan (1/244). Justeru, sedeqah dan infaq itu ialah dua perkataan yang sama maknanya.
Maksud Waqaf
Manakala waqaf dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat dalam masa yang sama mengekalkan ‘ain (bentuk rupa) harta tersebut.
Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan. Lihat Mughni al-Muhtaj, (2/376).
Dalam keterangan yang lebih mudah, apabila sesuatu harta benda telah diwaqafkan, maka orang yang mewaqafkannya tidak lagi berhak ke atas harta tersebut. Ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan kebaikan.
Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi mana harta tersebut digunakan pada jalan kebaikan. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.
Sabda Rasulullah SAW:
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catatan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan
Hadis riwayat Imam Muslim (1631)
Imam Nawawi RAH menjelaskan bahawa sedekah jariah itu bermaksud wakaf. Rujuk Syarh Muslim (11/85).
Sedekah merupakan perkataan yang bersifat umum dan di bawahnya terdapat istilah-istilah yang lebih khusus seperti zakat, infaq dan waqaf. Maka, boleh dirumuskan bahawa pengertian infaq dan sedekah membawa maksud zakat wajib, sedekah sunat, dan wakaf. Manakala wakaf ialah pengertian yang lebih khusus kepada amalan wakaf seperti yang telah diterangkan di atas.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Apakah Beza Sedekah, Waqaf Dan Infaq appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/apakah-beza-sedekah-waqaf-dan-infaq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Beza Ke Produk Kecantikan Lelaki Dengan Wanita

Ada Beza Ke Produk Kecantikan Lelaki Dengan Wanita

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 413 hits
Sekarang lelaki juga berlumba lumba menjaga kebersihan dan kecantikan kulit wajah Kalau lihat di media sosial sudah rama kaum lelaki yang mula berkongsi tentang tips penjagaan wajah mereka Ia boleh dipraktikkan juga oleh para wanita kerana ...
Sebahagian Lain Separuh Beza

Sebahagian Lain Separuh Beza

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 245 hits
SEBAHAGIAN LAIN SEPARUH BEZA Assalammualaikum wbtSEBAHAGIAN LAIN SEPARUH BEZA Pembahagian Ada tanggungjawab yang mesti dilunas dalam pembahagian Kejujuran Kesabaran Adil memberi dan meletakkan suatu hak ditempatnya mengikut keperluan yang p...
Beza Setahun Seorang Ibarat Kawan Baik Irma Hasmie Macam Tak Percaya Anak Dah Besar

Beza Setahun Seorang Ibarat Kawan Baik Irma Hasmie Macam Tak Percaya Anak Dah Besar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 1087 hits
Irma Hasmie yang juga ibu kepada sepasang cahaya mata Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie seolah olah macam tak percaya anak anaknya begitu cepat membesar Bagi Irma walaupun jarak kedua duanya hanya beza setahun je bila anak dah meningkat...
Kata Setiausaha Politik Lim Kit Siang Bn Memang Rasuah Ph Pula Ada Beza Sikit Ia Bukan Rasuah Hancing Viral

Kata Setiausaha Politik Lim Kit Siang Bn Memang Rasuah Ph Pula Ada Beza Sikit Ia Bukan Rasuah Hancing Viral

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 619 hits
Kalaulah Pemimpin PH ini mengatakan taik itu boleh dibuat donut nescaya melompat riang pentaksub mereka mengiyakannya sedangkan mereka tahu taik itu kan busuk dan kotor Inilah masalahnya bila ingin memperbodohkan orang tetapi konar baring t...
Guan Eng Ingat Najib Tak Tau Beza Uiam Najib Lah Tubuh Uim

Guan Eng Ingat Najib Tak Tau Beza Uiam Najib Lah Tubuh Uim

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 408 hits
Guan Eng kata saya tahu beza UIM dengan UIAM Saya tentu tahu tentang Universiti Islam Malaysia kerana ianya ditubuhkan pada tahun 2012 semasa saya Perdana Menteri Seperti yang saya tulis hari itu isu utama sebenarnya ialah peruntukan untuk ...
Isu Lambang Salib Besar Menarik Tulisan Dr Tanaka Mustafa Ini Beza Antara Paranoid Dan Awareness

Isu Lambang Salib Besar Menarik Tulisan Dr Tanaka Mustafa Ini Beza Antara Paranoid Dan Awareness

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 635 hits
Oleh Dr Tanaka Mustafa1 Dalam sejarah peperangan menawan sesebuah kota taktikal memacakkan bendera atau lambang kebesaran pasukan kita di kubu lawan adalah satu bentuk perang psikologi awal untuk memenangi pertempuran 2 Kita dapat lihat con...
Perodua Aruz Apa Beza Dengan Honda Br V Toyota Rush Dan Proton X70 Dalam Pasaran Malaysia

Perodua Aruz Apa Beza Dengan Honda Br V Toyota Rush Dan Proton X70 Dalam Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 1236 hits
Perodua baru sahaja iaitu Aruz yang boleh didapati dalam dua varian iaitu X dan AV Dengan harga anggaran yang bermula dari RM72 200 tidak termasuk insurans model tujuh tempat duduk ini memberi tanda penyertaan semula Perodua dalam segmen te...
Beza 2 Rakaat Manusia Dengan Jibrail

Beza 2 Rakaat Manusia Dengan Jibrail

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 378 hits
Menangis saya bila baca meremang bulu roma Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia Korang Baca jangan tak baca 6 perkara Allah sembunyikanAllah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik ...
Lirik Lagu Omar Hana Misi Sedekah

Lirik Lagu Omar Hana Misi Sedekah

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 675 hits
Lirik Lagu Omar Hana Misi Sedekah Misi Sedekah Lirikoleh Omar Hana Kumpul kumpul Kami kumpul Untuk sedekah Beri beri Kami beri Ini sedekah Mari beri bantuan Tolong yang memerlukan Mari sedekah Ia satu ibadah Tolong tolong kami tolong Ini se...
Sidang Kemuncak Asean Ke 46

Tanda Parental Burnout Ibu Ayah Pun Perlukan Rehat

Mercedes Has Chosen To Develop Its Next Big Project In Georgia

Dia Ada Taste La Ros Bp Didakwa Sering Ke New York Untuk Jumpa Teman Lelaki

Jadual Dan Beli Tiket Lima 2025 Langkawi

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Most Popular Delicious Malaysian Cuisines Available Daily

Lirik Lagu Kisah Penuh Kecewa Ernie Zakri Anggi Marito


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Tiada Masalah Mamat Sepah Minta Maaf Ke Syamsul Debat Popular Pula Kita Hari Ini

Had Usia Persaraan 65 Tahun Kesuma Teliti Cadangan Isu Panas

Jangan Jadi Content Creator Jijik Takde Otak

When Dance Turned Deadly The 1518 Dancing Plague Of Strasbourg

Suria Klcc The Golden Ticket Kembali Dengan Baucar Rm500 000 Untuk Dimenangi