Apabila Wajah Anwar Tenang Melegakan Saya


CATATAN PERJALANAN (1)

Husam, Nazri dan Zunar sedang menanti
ketibaan Anwar. EMPAT hari sebelum berlangsungnya himpunan Turun Anwar, saya berlepas ke India, jadi tidak sempat menunggu hari yang malang buat pembangkang dan segelintir rakyat yang terpanggil dengan himpunan itu. Saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri peristiwa itu. 
Kebetulan pada hari saya hendak berlepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meluncur buku biografi Zunar, Meluki Dengan Hati bertempat di Pustaka Raja Tun Uda, di Shah Alam. 
Zunar sudah lama memaklumkan kepada saya, sebulan lalu akan majlis itu. Mulanya saya terpaksa batalkan memandangkan pada tarikh itu, saya akan ke India. Namun setelah menganjak waktu penerbangan, sempatlah juga saya ikut hadir. 
Saya hadir bersama Datuk Husam Musa yang juga akan bersama ke India dan seorang lagi Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah. Misi permusafiran kami ke Lembah Indus itu, adalah pemusafiran saya pertama sejak menjalani pembedaan jantung dua tahun lepas. InsyaAllah catatan perjalanan itu akan dimuat dalam blog ini. 
Saya menyempatkan diri untuk hadir di majlis Zunar itu semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar dan bagi menatap wajahnya. Manalah tahu, takut-takut sepulangnya saya dari India nanti beliau tidak lagi menjadi perdana menteri kerana ditumbangkan. Jadi saya perlu berjumpa dan bersalaman buat terakhir kali dengannya.

Ramai yang hadir di majlis Zunar itu dan ia sangat meriah. Sebaik saya tiba bersama Husam, sudah ramai para tetamu jemputan yang hadir, berdiri menanti tidak sabar untuk berjumpa dengan Perdana Menteri. Saya dan Husam disambut mesra oleh Pengarah PPAS Datin Mastura dan Zunar.
Saya nampak ada rakan-rakan lama Anwar terutamanya yang menerima jemputan daripada Zunar. Antaranya Nazri Abdullah, Ismail Yusof,  Sivarasa Rasiah juga ada serta lain-lain yang tidak dapat satu sebut satu persatu.

Turut sama hadir para artis, seniman serta producer dan pengarah filem terkenal Yusuf Haslan juga hadir. Sasterawan Negara A Samad Said juga hadir. Selain itu pengasas Air Asia Tonny Fernandes juga kelihatan serta beberapa orang kenamaan lain. Selain itu ramai juga para refomis dan rakan Zunar yang mengetahui majlis itu turut hadir.
Kehadiran para jemputan begitu ramai suatu penghormatan buat seorang kartunis, Zunar. Nampak perjuangannya selama ini bersama reformasi tidak sia-sia dan dinilai serta disanjung. Penerbitan buku biografi Menulis Dengan Hati yang diterbitkan dengan kerjasama PPAS  itu satu penghormatan. Bukan setakat itu pada saya, Zunar sewajarnya diiktiraf lebih hebat dari itu dan satu anugerah berupa darjah kebesaran juga patut disangkutkan di lehernya.  Dan jika perlu diangkat menjadi ahli dewan negara mewakili golongan penggiat seni dan budayawan. 
Menurut Zunar mulanya dia mahu majlis itu ringkas dan tertutup sahaja. Tetapi menandangkan akhir-akhir ini Perdana Menteri hebat dikecam dan dihina, apa lagi diambang perhimpunan untuk menurunkannya oleh pembangkang, jadi dia buka sahaja majlis kepada umum.
"Aku buka kepada semua, sapa nak datang.. datang, kita tunjukkan sokongan buat Anwar," kata Zunar kepada saya tanpa berselindung disebalik pengubahan saat-saat akhir acara itu. Memang tindakan Zunar itu tepat, berhasil mengundang ramai tetamu menyebabkan keadaan dewan "penuh penar" dan melimpah ruah saampai ke luar. Sekali pandang majlis peluncuran buku itu persis sebuah perhimpunan mengatakan sokongan dan dokongan kepada Anwar pula. 
Kedatangan Anwar bersama isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan) itu adalah satu penghormatan dan pengiktiraf kepada seniman, journalis dan kartunis semua, khasnya yang bersama Reformasi. Belum pernah lagi majlis peluncuran sebuah buku dihadir para jemputan berkelas tinggi. Bayangkan tiga orang menteri dan seorang menteri besar menjadi tetamu khas. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadhil dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari. 
Selain itu para, tetamu terdiri dari beberapa kedutaan dan anggota Exco Selangor, Ketua Setiausaha Politik PM Shamsul Iskandar Md Akin juga turut sama hadir.

Hari itu Anwar tiba bersama Kak Wan selepas menghadiri sessi sebelah pagi parlimen.
Dari jauh saya nampak kelibat Anwar turun dari kereta bersama Kak Wan dengan senyum, melangkah gaduh gagah bersalaman dengan seorang demi seorang para tetamu utamanya di majlis itu dengan diiringi "tuan kija"  Zunar. 
Kak Wan mengikuti penuh kesetiaan dan ceria dari belakang sempat memberikan sebuah senyuman untuk lensa telefon lama saya. 
Sejenak kemudian, begitu ternampak Husam yang menanti sedikit jauh ke hadapan, Anwar bergerak dan bersalaman. Tangan meraka lama bergenggaman dan ada bicara tumpah antara mereka menjadikan perjalanan pause sekejap. 
Saya tidak dapat pastikan apakah butir bicara mereka itu, tetapi difahamkan mengenai lawatan ringkas Anwar ke Kelantan awal September nanti. Saya berada di sedikit belakang ralik "memukul gambar" dengan telefon lama. Dan begitu melihat saya, Anwar mememekkan mulut seperti biasa lantas menghulurkan tangan, kami bersalaman tanpa ada kata-kata yang sempat terluah, tetapi konteks batin terus mengemakan sebuah talunan rasa yang sama, puas.

Sebahagian tetamu kehormat
yang hadir.Saya puas melihat wajahnya yang tenang melangkah gagah dan berwibawa. Jabatan salamannya yang kemas menandakan ia bukan buat-buat, saya menyimpulkan bahawa perdana menteri saya itu, pada hari tersebut dalam keadaan utuh, yakin dan bahagia. Promo untuk berhimpun menjatuhkannya sedikit pun tidak menganggu mindanya.
Saya dan Husam tidak sempat lama dalam majlis itu. Sebaik Pengarah PPAS Datin Mastura selesai berucap mengalu-alukan kedatangan PM itu dan meluahkan rasa bangganya tidak terhingga, saya dan Husam terpaksa tunduk hormat meninggalkan majlis untuk ke lapangan terbang bagi memulakan misi permusafiran ke negara ketamadunan Lembah Indus. 
Naskah hadiah buku Melukis Dengan Hati tidak pun sempat saya ambil untuk dibaca dan dijadikan teman dalam permusafiran, bagaimana pun sdr Haili memberi tahu ketika saya di lapangan terbang yang Zunar ada simpan untuk saya.  [wm.kl. 12:33 pm 30/07/2025]





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/07/apabila-wajah-anwar-tenang-melegakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

Harga Ron95 Turun Kepada Rm1 99 Seliter Pm Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 155 hits
PUTRAJAYA Rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah iaitu RM1 99 seliter berbanding RM2 05 seliter sebelum ini Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Penghargaan Un...
Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 253 hits
IN LEVIATHAN 17th century philosopher Thomas Hobbes argued that in the absence of a sovereign authority human beings live in a state of nature characterised by fear insecurity and constant conflict Without a central power to impose order ea...
Kenyataan Tegas Mahasiswa Tolak Himpuan Turun Anwar

Kenyataan Tegas Mahasiswa Tolak Himpuan Turun Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 149 hits
Sewaktu era Himpunan BERSIH dahulu tak pernah pun penganjur perlu hantar surat rasmi kepada mahasiswa ajak turun padang Dulu mahasiswa hadir secara sukarela atas kesedaran sendiri atas prinsip walaupun risiko digantung belajar atau dibuang ...
Intipati Penggumuman Pm Anwar

Intipati Penggumuman Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 154 hits
Nora Jamilah PKR LAHAD DATUInti pati pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 23 Julai 2025 Setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one off melalui MyKad ...
Beyond Rm100 What Anwar S Surprise Really Tells Us

Beyond Rm100 What Anwar S Surprise Really Tells Us

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 178 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s long teased surprise finally arrived today a package of cost of living relief measures They include an RM100 cash handout for all adult Malaysians a fuel price adjustment reducing RON95 to RM1 99 per litre the...
I Don T Want Immunity Dr M Dares Anwar To Charge Him

I Don T Want Immunity Dr M Dares Anwar To Charge Him

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 187 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad dared his successor Anwar Ibrahim to take him to court over the Pulau Batu Puteh issue The centenarian also stressed that he does not need any immunity due to old age He said I m not being charged d...
Menjelang Perhimpunan Turun Anwar Pembangkang Dicabar Kemukakan Tawaran Yang Lebih Baik

Menjelang Perhimpunan Turun Anwar Pembangkang Dicabar Kemukakan Tawaran Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 187 hits
Demo Turun Anwar Amanah cabar pembangkang beri tawaran lebih baikMalaysiakini nbsp Amanah mencabar pihak pembangkang untuk menawarkan inisiatif yang lebih baik sebelum mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan Cabaran itu su...
Penyakit Mental Isu Kesihatan Yang Perlu Kita Fahami

Kita Bukan Data

Ppim Tidak Iktiraf Gem Tiada Sebarang Hubungan Kerjasama Harian Metro 26 08 2025

Comment On Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran By Sabree Hussin

Comment On Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot By Faizul

Cryolipolysis Treatment Malaysia Non Surgical Fat Reduction That Works

Amazing Healthy Greek Recipes For Weight Loss

Sup Kosong Ala Gerai Tetap Sedap Walau Tiada Isi Nak Buat Sendiri Ini Resipinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gudangtoto Login Tips For Winning At Togel

Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Brother Ni Tegur Seorang Pemuda Yang Belajar Agama Sebab Dia Hisap 39 Vappe 39 Ini Respon Dia

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat Bn Datuk Seri Najib Tun Razak

Kesihan Wanita Andartu Ini Di Reject Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak Namun Akhirnya

Kotak Perfume Custom Murah Berkualiti Pilihan Tepat Untuk Usahawan Kosmetik