Apabila Tok Peti Pun Menjadi Bahan Kecaman Apa Lagi Para Pengkhianat
Kesihan juga melihat Tok Peti ni kena hentam. Tapi jika difikirkan, mmg itu selayaknya apabila agamawan cuba bermain politik kepartian dan berbau perkauman pula.
Elok kerajaan PH perintah, tiada sekatan kepada Pembangkang, semua wakil rakyat pembangkang waktu tu dapat peruntukan, sekolah-sekolah pondok dapat peruntukan yang banyak, guru-guru KAFA naik elaun, royalti minyak untuk kelantan dan tganu dua negeri melayu islam pun dapat. Dapat "one off " lagi RM 400 juta. Dapat lagi kemudian RM 1.4 Bilion. Dan, semuanya berjalan dgn baik, kecuali bunyi-bunyi suara perkauman dan agama dimainkan. Tok peti ni pun terlibat sama. Di dalam menghadapi gelombang pertama COVID-19, kerajaan PH berjaya tangani dgn baik sehingga dapat pujian dari WHO. Mesyuarat MB-MB pun tidak pernah dipinggirkan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Pas.
Buat la baik macam mana pun, selagi ada iblis, dunia tidak akan aman. Akhirnya, rampas kuasa dgn khianat. Pak-pak lebai yang telah lama kemaruk kuasa pun campak kitab masuk longkang. Tak sabar menanti PRU14. Dapat jadi menteri jaga asap lori pun dah kira hebat. Tok peti ni diam seribu bahasa, tidak tahu nak jatuhkan hukum apa. Kalau yg merampas dan khianat itu melayu dan Islam, maka halal?
Sekarang, Tok peti yang kuat mengampu ini pula minta kita lupakan perbezaan politik bila bencana menimpa. Siapa berpolitik? Dalam keadaan bencana ini pun kerajaan pintu belakang yang dihalalkan oleh Tok peti ini bermesyuarat boleh lupakan negeri-negeri yang PH perintah? Tidak kering dakwat angkat sumpah jadi PM, sudah mula hentikan peruntukan kepada kawasan Pembangkang? Tok peti tidak mahu tegur ke atau mulut telah di gam?
Lihatlah apa yang menteri-menteri kamu buat sekarang. Masing-masing hilang arah, cakap pun merapu dan menjadi bahan ketawa. Hilang maruah, kedaulatan serta keberkatan negara ini kerana tangan-tangan pengkhianat yang disokong oleh ugamawan yang pentingkan dunia.
Semoga Allah kembalikan negara ini kepada yang berhak.
WFAUZDIN NS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/03/apabila-tok-peti-pun-menjadi-bahan.html