Apabila Pilot Menjadi Penjaja



KETIKA industri penerbangan dunia dihambat kesuraman kesan Covid-19, Malaysia tidak terkecuali dan terbaru, sebahagian kakitangan Malindo Air pula ditamatkan perkhidmatan.
Menambah derita, pasaran kerja dalam negara yang menguncup juga pasti tidak mampu untuk menampung ‘kemasukan baru’ kru awan biru ini.
Apa langkah boleh diambil syarikat penerbangan, kerajaan dan mereka yang ditamatkan khidmat ketika ini?
Ikuti wawancara Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), ISMAIL NASARUDDIN bersama Pengarang Berita, NAZARALI SAERIL berkaitan isu ini.
Secara keseluruhan, berapa jumlah kru syarikat penerbangan tempatan yang kehilangan kerja kesan pandemik Covid-19?
Berdasarkan jumlah kasar fasa pertama penamatan perkhidmatan, ia membabitkan sehingga 5,000 kakitangan.
Kami tidak memiliki data lengkap jumlah yang ditamatkan perkhidmatan namun ini adalah data pengurangan pekerja yang dikumpulkan dengan laporan yang diterima dari ahli kesatuan, statistik jabatan buruh, kakitangan lapangan terbang, pihak pengurusan, jurutera serta juruterbang.
Penamatan perkhidmatan ini berlaku dalam tempoh kira-kira lapan bulan sejak awal PKP dan ini adalah kali kedua berlaku selepas peristiwa 2015 yang mana kira-kira 6,000 kakitangan sebuah syarikat penerbangan menerima nasib sama.
Bagaimanapun, Nufam tidak pasti sama ada lagi penamatan perkhidmatan yang akan dilakukan membabitkan sektor penerbangan.
Kami amat berharap tidak akan berlakunya lagi penamatan perkhidmatan pekerja secara besar besaran.

Perlukah ada penamatan perkhidmatan atau ada pilihan lain?
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan semasa.
Ketika dalam keadaan terdesak seperti hari ini, berapa banyak syarikat, khasnya syarikat penerbangan yang betul-betul hendak menamatkan khidmat pekerja mereka atas alasan Covid-19.
Syarikat penerbangan perlu ada rancangan jangka masa yang pendek dan panjang bagi membendung penamatan perkhidmatan pekerja.
Sebaiknya, syarikat penerbangan ini harus ada pelan jangka masa untuk memberi cuti kepada pekerja mereka selama enam bulan atau setahun dan diterima semula untuk bekerja selepas keadaan kembali pulih.
Bagaimanapun, apa yang dijangkakan adalah pemulihan industri penerbangan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.
Itupun dijangka bukan 100 peratus, tetapi secara berperingkat.
Jadi, amatlah penting untuk memastikan kesinambungan pekerjaan buat golongan pekerja yang terjejas ini.
Kerana itu, wajar pekerja ini diberikan pilihan agar mereka dapat terus bekerja dengan syarikat untuk jangka masa lama.

Suami isteri yang juga kru penerbangan sama-sama hilang kerja pada satu masa. Komen?
Dalam senario ini, Nufam berpendapat wajar seorang daripada mereka sama ada suami atau isteri dikekalkan oleh syarikat.
Ini kerana jika kedua-duanya ditamatkan perkhidmatan, maka ia akan membawa lebih keperitan kepada anak atau keluarga.
Nufam berharap Kementerian Sumber Manusia memandang serius isu ini dan memastikan keadilan dan hak perlindungan diberikan kepada suami isteri yang bekerja di tempat sama.
Nufam tidak mempunyai kuasa untuk mengubah perkara ini kecuali dasar kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia dapat diperbaiki atau memperkenalkan akta perlindungan pekerja yang baru dan seadilnya buat golongan pasangan suami isteri.

Serap kakitangan ke jabatan lain?
Syarikat penerbangan tempatan menjadikan bidang ini sebagai perniagaan teras dan tidak memiliki perniagaan lain.
Sukar untuk menyerap jumlah tenaga kerja yang ramai ke syarikat lain, seandainya ia berlaku. Dapat dilihat, sebuah syarikat penerbangan kos tambang murah membabitkan diri dalam perniagaan lain dan mengambil semula pekerja yang sudah ditamatkan perkhidmatan.
Walaupun jumlah diambil semula tidaklah besar namun usaha seperti ini wajar diberi sokongan kerana ia memberi peluang kedua buat mereka.

Bukan luar biasa jika, contohnya, juruterbang kini jadi peniaga gerai tepi jalan. Negara mungkin kerugian daripada segi kemahiran tertentu. Komen?
Benar kerana mereka sudah dilatih sebagai kakitangan profesional berkemahiran tinggi.
Kemahiran ini bukan senang diserap ke dalam industri lain.
Kemahiran juruterbang ini memang diakui berlainan.
Boleh saja mereka ini diberi latihan semula untuk terbabit dalam industri lain tetapi ia adalah satu kerugian besar kepada industri profesional negara. Bagaimanapun, adakah industri lain sanggup membayar gaji atau menerima mereka kerana banyak industri hari ini terjejas.
Ada kemungkinan besar juga, sukar untuk mana-mana industri menyerap golongan pekerja ini kerana ramai lagi yang masih menganggur di luar sana.
Jumlah juruterbang yang masih menganggur hari ini pun masih ramai.
 
Ada pihak lain menghampiri Nufam bagi membantu kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan?
Untuk makluman, Nufam memang menerima banyak pertanyaan daripada pihak yang terbabit dalam penyediaan perkhidmatan kerja.
Syarikat ini menawarkan peluang latihan semula selama tiga bulan kepada individu yang berminat untuk direkrut sebagai pegawai jualan dan pemasaran.
Mereka ditawarkan gaji minimum atau lebih kecil daripada gaji asal namun lebih kepada komisen hasil jualan.
Nufam menyokong usaha ini asalkan ia memberi pulangan baik serta adil kepada kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan.
Nufam bagaimanapun tiada rekod jumlah pekerja yang setuju untuk menyertai syarikat terbabit.
Apakah harapan Nufam?
Nufam berharap bantuan kerajaan untuk memperoleh vaksin Covid-19 jika sudah ada bukti vaksin ini berkesan dan boleh didapati di pasaran.
Harapan ini juga dikongsikan oleh semua pihak termasuk kakitangan syarikat penerbangan.
Ini kerana, industri penerbangan ini amat terjejas dan ramai pihak memohon kerajaan membuka pintu sempadan secepat mungkin untuk merancakkan kembali ekonomi industri penerbangan negara ini.
Jika pintu sempadan kembali dibuka, sektor penerbangan akan rancak kembali.
Kerajaan dan syarikat penerbangan serta kesatuan kerja juga harus bekerjasama supaya pelan untuk menangani krisis seperti Covid-19 dapat dilaksanakan bagi mengelak penutupan syarikat penerbangan atau penamatan khidmat kakitangan secara besar besaran.
Ia bukan saja tidak bagus untuk golongan pekerja malah secara tidak langsung, boleh menjejaskan ekonomi negara.-HM
Belanjawan tak bantu kakitangan syarikat penerbangan diberhenti kerja, kata Nufam

The post Apabila Pilot Menjadi Penjaja appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/08/apabila-pilot-menjadi-penjaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimanakah Cara Untuk Menjadi Seorang Ejen Hartanah Sah

Bagaimanakah Cara Untuk Menjadi Seorang Ejen Hartanah Sah

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 265 hits
Ada yang teringin untuk bergiat dalam industri hartanah sebagai seorang Ejen Hartanah bertauliah tak Saya fikir ramai kot yang melihat peluang kerjaya ini memandangkan sekarang agak sukar untuk mendapatkan kerja tatkala wabak Covid 19 masih...
Putri Samboda Viral Dan Dikenal Dunia Berkat Daur Ulang Kemasan Mie Instan Menjadi Tas

Putri Samboda Viral Dan Dikenal Dunia Berkat Daur Ulang Kemasan Mie Instan Menjadi Tas

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 205 hits
Setelah membuat kreasi tas dengan bungus mie instan nama Putri langsung dikenal dunia
Lazada Di Singapura Digodam Pangkalan Data Redmart Menjadi Mangsa

Lazada Di Singapura Digodam Pangkalan Data Redmart Menjadi Mangsa

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 184 hits
Lazada merupakan salah satu laman edagang yang popular di rantau Asia Tenggara Perkhidmatan yang dimiliki oleh Alibaba ini juga sebelum ini telah mengambil alih salah satu perkhidmatan edagang memfokuskan barangan runcit dinamakan RedMart d...
Dahmakan Dijenamakan Semula Menjadi Popmeals Ingin Menjadi Pusat Sehenti Untuk Makanan

Dahmakan Dijenamakan Semula Menjadi Popmeals Ingin Menjadi Pusat Sehenti Untuk Makanan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 202 hits
DahMakan merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan yang popular dimana pada awalnya mereka memulakan perkhidmatan dengan memfokuskan kepada makanan gaya hidup sihat Terbaru perkhidmatan berkenaan dilihat telah dijenamakan semul...
Tongmo Bakar Menjadi Tarikan Terkini Di Kelantan

Tongmo Bakar Menjadi Tarikan Terkini Di Kelantan

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 1466 hits
Oh macam ini rupanya Tongmo Kali pertama saya tengok Tongmo yang dijual di tepi jalan dengan lebih dekat Makanan yang semakin popular di Kelantan akhir akhir ini sudah banyak dijual di tepi tepi jalan utama Tongmo bakar ini ada peminatnya y...
Diselenggarakan Kemenristek Habibie Award Berganti Nama Menjadi Habibie Prize

Diselenggarakan Kemenristek Habibie Award Berganti Nama Menjadi Habibie Prize

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 260 hits
Habibie Prize dapat menjadi penghargaan tertinggi bagi para peneliti perekayasa dan dosen yang berkontribusi besar di bidangnya
Bolehkah Rambut Beruban Kembali Menjadi Hitam

Bolehkah Rambut Beruban Kembali Menjadi Hitam

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 310 hits
Baru baru ini seorang sahabat bertanya kepada saya bolehkan rambut yang beruban kembali menjadi hitam Setakat ini saya belum pernah membaca atau mendengar ada ubat hospital atau klinik untuk mengembalikan rambut beruban kembali menjadi hita...
Menjadi Indah Pada Waktunya

Menjadi Indah Pada Waktunya

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 221 hits
Assalammualaikum wbtMENJADI INDAH PADA WAKTUNYA Apa yang bakal berlaku esok kita tidak tahu Apa yang bakal terjadi sebentar lagi juga kita tidak tahu Sepertinya disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari Begitulah betapa cet...
Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Catatan Hujung Minggu

Perlis Darul Kopi Ada 100 Port Untuk Ngopi Di Perlis

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Maksud All Eyes On Rafah

Pendapat Pelabur Asing Kerajaan Melayu Kerajaan Korup

Cita Cita Mahasiswi Ini Bikin Ulama Al Azhar Takjub

Savour Malaysia Tour Packages Provided By Malaysian Aviation Group



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Chonggu Experimental School By Bau Brearley Architects Urbanists In Shanghai China

Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Tanda Kerajaan Madani Adil

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah

Macc Proposes Criminal Charges In Case Involving Perlis Mb S Son

No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Singapore S New Pm Takes Office Pledging To Lead In His Own Way