Apabila Melayu Mengkhianati Bangsanya Sendiri


Antara Brutus, Ataturk dan Melayu
SEJARAH telah membuktikan akibat pengkhianatan maka akhirnya tumbanglah sebuah kerajaan yang hebat serta gah di mata dunia.

Baik kerajaan kegemilangan Melayu Melaka, empayar Islam Khalifah Uthmaniah serta kerajaan silam Rom, Yunani selain China, Parsi mahupun di England, begitu banyak kisah menceritakan pengkhianatan pihak dalaman atau mereka yang dipercayai oleh pemerintah ketika itu.

Maka memang terserlah untuk kita menyalahkan pihak pengkhianat seperti si Kitol dan Raja Mendeliar pada zaman kegemilangan Melaka dan Mustafa Kemal Ataturk pada zaman akhir pemerintahan Khalifah Uthmaniah.

Begitu juga kita sering didedahkan bahawa Marcus Junius Brutus adalah orang yang dipersalahkan dalam agenda pembunuhan Julius Caesar yang sangat dikenali sebagai pemerintah agung dalam pembinaan tamadun Rom.

Memang benar mereka ini bertindak atas arahan dan sokongan pihak yang mahu menjatuhkan pihak pemerintah ketika itu.

Saya tidak ada masalah dalam fakta mereka ini adalah pengkhianat yang mempunyai agenda sendiri serta tamak akan kuasa dan habuan yang dijanjikan. Iaitu seperti mana Mustafa Kemal Ataturk menjadi tali barut pihak Barat terutama penjajah British dan Yahudi Zionis untuk menumbangkan kerajaan Khalifah Uthmaniah, sekali gus memusnahkan legasi kepemimpinan khalifah Islam terakhir di dunia.

Dan juga persekongkolan si Brutus yang juga sepupu kepada Caesar bersama 22 senator yang dipilih mewakili rakyat dalam menjayakan konspirasi pembunuhannya.

Beliau tidak menyangka sama sekali sepupu rapatnya itu akan turut sama mengkhianati dan membunuhnya kerana dijanjikan kuasa dan habuan.

Begitu juga dalam hal empayar Melaka semua sedia maklum terlalu banyak musuh dalam selimut dari pegawai istana, golongan pedagang mahupun askar upahan Jawa yang bersekongkol dengan Portugis.

Namun kita begitu jarang sekali mendengar atau diberitahu kenapa perkara pengkhianatan itu berlaku. Apakah pengkhianatan itu dilakukan kerana dijanjikan kuasa dan habuan semata-mata?

Apakah tamadun atau kerajaan yang telah dibangunkan oleh pendukung sebelumnya atau pemerintah ketika itu langsung tidak ada perkara baik yang dilakukan sehingga membenarkan ruang untuk pengkhianatan berlaku.

Dan tidakkah pengkhianat yang dilihat zalim dan rakus itu tidak rasional dan mengikut nafsu semata-mata sehingga sanggup mengorbankan tanah air dan bangsanya sendiri?

Terlalu banyak contoh bagaimana sikap bobrok sebegini mengakibatkan banyak empayar besar di dunia tersungkur.

Contoh paling dekat dan klasik sudah pasti keagungan empayar Melayu Melaka yang tersungkur ketika di puncak bukan sahaja akibat pengkhianatan si Kitol dan pedagang asing bersekongkol dengan Portugis.

Malah sikap kepemimpinan ketika itu baik dari sultan dan berlarutan hinggalah orang kanan baginda yang tenggelam dalam dunia mereka sendiri, turut sama memusnahkan segala apa yang dimiliki hampir sahaja tidak meninggalkan kesan.

Dalam kisah Caesar, para Senator melihat beliau sudah hampir ke tahap menjadi raja yang sukar disanggah - sesuatu yang paling ditakuti mereka.

Ini mengakibatkan mereka hilang pengaruh dan kuasa malah dikatakan patung Caesar yang mahu diangkat sebagai Tuhan telah dibina untuk menunjukkan penguasaannya.

Maka para Senator merancang konspirasi menggulingkan Caesar yang di pengakhiran, dirinya dikatakan ditikam sebanyak 23 kali oleh kesemua Senator terlibat termasuk sepupunya, Brutus.

Begitu juga halnya dalam kejatuhan Empayar Khalifah Uthmaniah yang selain kesilapan dalam hal politik dan ekonomi yang terlalu mahu berkiblatkan Barat, pemerintahnya juga terlibat dalam segala kepincangan sosial dan maksiat yang adakalanya keterlaluan.

Pihak yang berbangga dengan slogan Malaysia Baharu sekarang ini perlu belajar dari sejarah.

Cukuplah menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini kerana rakyat semakin susah dan terhimpit terutama miskin bandar.

Janganlah terperangkap dengan sikap sombong, rasuah dan salah guna kuasa (sekiranya ada).

Jadikanlah sifat amanah, berani kerana benar dan bukan mahu jadi pengampu sebagai nilai tertinggi dalam diri orang Melayu. Jika tidak berubah, apa lagi yang tinggal pada orang Melayu

Oleh : Hafizahril Hamid

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/01/apabila-melayu-mengkhianati-bangsanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Buat Keputusan Paling Pelik Dalam Sejarah Manusia Apabila Nekad Kahwini Selimut Sendiri

Wanita Ini Buat Keputusan Paling Pelik Dalam Sejarah Manusia Apabila Nekad Kahwini Selimut Sendiri

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 384 hits
Ini memang satu perbuatan yang amat lah pelik Seorang wanita kini sedang membuat perancangan untuk berkahwin dengan selimutnya sendiri Berkata tentang hal itu dia berkata ini adalah kerana dia mendakwa ia adalah hubungan paling intim dan bo...
Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

Sayu Hati Apabila Anak Melihat Ibunya Sendiri Digilis Lori Depan Mata Sejurus Selesai Urusan Di Tabung Haji

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 538 hits
Siapa sangka saat menunggang motor dan dibonceng oleh ibu adalah kali terakhir dia dapat lihat wanita itu di dunia ni Itulah yang terjadi kepada Zulfianshah Syaifullah 18 apabila dia kehilangan ibunya dalam kejadian menyayat hati itu Menuru...
Nikmatnya Makan Bingsu Susu Mangga Buatan Sendiri Dalam Cuaca Panas Ini

Nikmatnya Makan Bingsu Susu Mangga Buatan Sendiri Dalam Cuaca Panas Ini

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 1226 hits
Cara Buat Bingsu Susu Mangga yang Sedap dan MudahDalam cuaca panas ini sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang sejuk kan Mai teringin sangat nak makan aiskrim tapi memandangkan Mai sedang kawal pemakanan maka aiskrim ditolak tepi Fikir puny...
Vaksin Atau Tak Vaksin Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri

Vaksin Atau Tak Vaksin Lihat Gambar Ini Dan Nilaikan Sendiri

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 616 hits
Oleh Vaksin atau Tak VaksinLihat gambar di bawah Ini bukan photoshop ini bukan gambar konspirasi Gambar ini di ambil sekitar tahun 1900 dan individu dalam kedua dua gambar adalah adik beradik perempuan dari keluarga yang sama Seorang berumu...
Kasihan Iwan Kena Heret Dengan Anak Sendiri Ke Neraka

Kasihan Iwan Kena Heret Dengan Anak Sendiri Ke Neraka

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 333 hits
Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut Iwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan Hasil The post appeared first on
Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

Realme Bakal Melancarkan App Store Sendiri Dan Sokongan Multi Wajah Pada Sistem Nyahkunci Peranti

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 336 hits
Realme mula menjual peranti mereka di Malaysia pada penghujung 2018 Sub jenama kepada Oppo ini lebih mampu milik tetapi mengekalkan penggunaan sistem operasi ColorOS Di laman komuniti Realme pihak moderator telah menjawab beberapa soalan ya...
Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain namun tidak dapat melakukannya atau menyumban...
Pengalaman Saya Sendiri Rezeki Saya Benar Benar Terbentang Luas Selepas Amal Zikir Ini

Pengalaman Saya Sendiri Rezeki Saya Benar Benar Terbentang Luas Selepas Amal Zikir Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 551 hits
Mahu rezeki terus terbuka dan lancar Berzikirlah Zikir itu adalah jalan pintas atau jalan termudah untuk mendekatkan diri kepada Allah Karena zikir tidak terbatas ruang dan waktu Setiap saat kita bisa melakukannya Bukan hanya setelah shalat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord