Apabila Kumpulan Freemason Claim Video Kita Di Youtube
Apalah nasib badan... baru saja nak belajar membina akaun YouTube tiba-tiba dah kena copyright strike gara-gara kena lapor oleh organisasi Freemason. Bercakap tentang Freemason, apa yang menarik ialah penjelasan tentang pertubuhan tersebut sangat berbeza dalam Wikipedia bahasa Inggeris dan Wikipedia bahasa Melayu. Dalam Wikipedia bahasa Inggeris Freemason diperkenalkan sebagai organisasi berasaskan perpaduan dan persaudaraan. Manakala dalam Wikipedia bahasa Melayu Freemason dikenali sebagai pertubuhan syaitan
Berbalik pada hal Ayuni, sebenarnya Ayuni baru saja belajar membina dan menjenama akaun YouTube seiring dengan permintaan berblogging zaman sekarang. 20 tahun dulu kerja blogging amat mudah dan menggembirakan sebab blogger hanya perlu menulis, memuatnaik gambar dan menggunakan imaginasi. Zaman sekarang ni persaingan media sosial makin hebat dan kerja blogging dah merangkumi bukan takat menulis malah memuatnaik video, mempromosikan barangan klien, membuat perkongsian dalam 1001 platform media sosial, menari dalam Tik Tok serta pergi ke event
Apa kaitan video Ayuni dengan Freemason pula? Video Ayuni muatnaik baru-baru ini telah ditarik balik oleh YouTube di atas permintaan organisasi Freemason kerana dikatakan mengandungi hakcipta terpelihara milik mereka.
Menurut pengurusan YouTube, jika akaun Ayuni mendapat 3 kali copyright strike dalam masa 3 bulan maka akaun YouTube Ayuni akan ditutup terus. Nampaknya Ayuni kena berhati-hati apabila nak memuatnaik video ke YouTube mulai sekarang. Jom belajar cara-cara nak hindari copyright strike di YouTube...
APA ITU COPYRIGHT STRIKE DI YOUTUBE?
YouTube Copyright Strike atau Pelanggaran Hak Cipta adalah situasi di mana sebuah video didapati telah menggunakan konten milik orang lain. Biasanya video YouTube yang melanggar peraturan hak cipta akan dihalang daripada menjana pendapatan
Biasanya apabila sebuah channel YouTube mendapatkan peringatan Copyright Strike atau Pelanggaran Hak Cipta pada salah satu video yang telah dimuatnaik, sebahagian atau seluruh isi kandungan video tersebut merupakan karya hak milik orang lain
CARA MENGHINDARI COPYRIGHT STRIKE YOUTUBE
1. Jangan memuatnaik semula video yang bukan milik anda sendiri
Jangan memuatnaik semula video milik orang lain. Jika tetap ingin menggunakan video milik orang lain, pastikan bukan seluruh bahagian konten, tetapi hanya sebahagian kecil saja. Anda selamat memuatnaik semula video sekiranya diberikan izin oleh pemilik asal konten melalui Copyright Claim. Namun segala pendapatan yang dijana melalui video tersebut di akaun anda akan disalurkan kepada pemilik asal video.
2. Gunakan audio atau muzik yang tiada hak cipta
Jika anda tambah audio pada video, gunakan fail audio yang dihasilkan sendiri atau boleh juga cuba perkhidmatan tersedia dalam perpustakaan audio percuma seperti YouTube Audio Library dan NCS / Non Copyrighted Songs. Contoh non-copyrighted songs boleh dilihat pada kredit video Ayuni yang berjudul Malaysian Creates Hilarious AVENGERS: ENDGAME Ending! [SPOOF ALERT]
3. Menggunakan lagu versi remix atau cover
Kalau nak pakai lagu-lagu yang tengah popular, lebih baik gunakan versi cover. Jika cover lagu milik orang lain, mintalah izin daripada tuan empunya.
4. Gunakan audio dan video yang menggunakan lesen Creative Commons
Biasanya video di Youtube dimuatnaik dengan status YouTube Standard License, namun ada juga yang meletakkan status Creative Commons pada video mereka untuk kegunaan orang ramai. Cara nak cari video yang gunakan lesen Creative Commons ni senang saja, cuma taip kata kunci yang berkaitan di enjin carian YouTube dan pilih filter Creative Commons.
APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU COPYRIGHT STRIKE?
Pihak pengurusan Youtube akan memberikan peringatan dan amaran kepada pengguna. Anda akan diminta oleh pengurusan YouTube untuk menjalani Copyright School untuk disekolahkan tentang dasar-dasar memuatnaik video dengan cara betul di YouTube. Memang menyampah bila terpaksa melalui Copyright School ni, dahlah guna video pembelajaran kartun Happy Tree Friends yang tidak lengkap, dan Ayuni pula tak dapat jawab kesemua soalan dengan betul. Dulu-dulu tak ada benda ni pun masa zaman permulaan YouTube. Mengada-ngada saja media sosial zaman sekarang ni.... *mula membebel panjang-panjang*
Setelah menghadiri Copyright School, status copyright strike di channel anda akan luput dalam masa 90 hari. Video yang kena copyright strike tersebut akan ditarik balik oleh YouTube atas permintaan pemuatnaik asal dan anda tidak akan dapat menjana pendapatan melalui video tersebut.
Sekiranya anda cuma kena Copyright Claim dan bukan Copyright Strike, ia bermakna anda diberi keizinan oleh pemuatnaik asal untuk menyiarkan video namun kesemua pendapatan yang dijana melalui video tersebut akan disalurkan kepada akaun Google Adsense pemuatnaik asal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2019/04/apabila-kumpulan-freemason-claim-video.html