Apabila Hospital Lebih Menghargai Wang Dari Segalanya


Jurutera dakwa perkhidmatan hospital swasta lambat faktor isteri maut
 JOHOR BAHRU: Seorang jurutera mendakwa kecuaian perkhidmatan van ambulans sebuah hospital swasta, di sini mengakibatkan isterinya yang berusia 40 tahun meninggal dunia dalam satu kejadian pada 15 Disember lalu.

Ng Chin Heng, 45, berkata, isterinya sebelum ini didiagnos menghidap kanser otak dan kanser paru-paru sejak Jun tahun lalu dan mendapatkan rawatan awal di Petaling Jaya, Selangor sebelum ini.

Katanya, pada hari kejadian, isterinya tiba-tiba muntah selepas makan malam kira-kira pukul 9 malam dan dia terus menghubungi jururawat peribadi memberitahu keadaan itu sebelum diminta menghubungi pihak hospital swasta untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans.
“Dalam panggilan berkenaan, operator meminta butiran peribadi saya dan isteri termasuk penyakit dihidapnya dan juga alamat kediaman kami. Operator itu beberapa kali memberitahu cas ambulans adalah sebanyak RM650 dan bertanya sama ada saya mampu membayarnya. Saya beritahu saya akan bayar asalkan isteri dapat dibawa ke hospital dengan segera.

“Tetapi operator hospital itu sekali lagi bertanyakan sama ada saya mampu membayar cas tersebut, ketika itu saya sedikit kesal dan marah kerana perkara itu saya sudah jawab sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.
Tambah Chin Heng, setelah menunggu kira-kira 10 minit, dia menerima satu lagi panggilan telefon daripada pemandu ambulans yang memaklumkan mereka sedang bersiap untuk bertolak dan meminta saya menyediakan wang RM650.
“Ketika itu saya berasa sangat sedih kerana mereka bukan sahaja kerap membangkitkan soal wang bayaran ambulans tetapi mereka juga sangat lambat bertindak ketika isteri saya sudah semakin nazak.
“Beberapa minit selepas panggilan itu, saya dapati isteri saya sudah tidak lagi bernafas dan saya terus menghubungi hospital berkenaan untuk membatalkan perkhidmatan ambulans berkenaan.
“Saya sangat kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan pihak hospital swasta berkenaan dan berharap mereka akan melakukan penambahbaikan agar kejadian itu tidak berulang pada masa depan,” katanya.
Bapa kepada tiga orang anak itu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Nusa Bestari, Iskandar Puteri sebelum pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir ke rumahnya mengesahkan bahawa isterinya sudah meninggal dunia.
Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Aduan Awam Pasir Gudang, Ang Tun Chek berkata, pihaknya berharap hospital swasta berkenaan akan lebih peka terhadap mutu perkhidmatan diberi kakitangan mereka agar kejadian sama tidak menimpa individu lain.
Dalam pada itu, pihak pengurusan hospital yang dihubungi memaklumkan mereka maklum akan kejadian tersebut dan akan melakukan siasatan berhubung perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/apabila-hospital-lebih-menghargai-wang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

Bantuan Wang Ihsan Sudah Disalur Kepada Lebih 28 000 Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 334 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Seramai 28 287 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan sehingga 12 tengah hari tadi Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciap...
Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 282 hits
Menteri Investasi Kepala BKPM Bahlil Lahadalia menyayangkan ada ratusan triliun biaya dihabiskan masyarakat Indonesia di luar negeri untuk berobat Ini dikarenakan kapasitas rumah sakit yang ada di Indonesia dianggap kurang memadai dan negar...
Anda Bersedia Lebih Bisnes

Anda Bersedia Lebih Bisnes

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 368 hits
Jom sertai platform bertemu puluhan trusted usahawan yang mahu mendengar kemudian nya membantu atau menyertai bisnes anda jika bisnes mereka juga sealiran dan boleh bekerjasama Saya baru sertai beberapa bulan dan berjaya mendapat rujukan da...
Awani Ringkas Lebih Banyak Bot Bantu Keluarga Mangsa

Awani Ringkas Lebih Banyak Bot Bantu Keluarga Mangsa

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 499 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Lebih Banyak Cameo Dalam Doctor Strange In The Multiverse Of Madness

Lebih Banyak Cameo Dalam Doctor Strange In The Multiverse Of Madness

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 412 hits
Beberapa minggu yang lalu telah didedahkan bahawa Doctor Strange in the Multiverse of Madness sedang menjalani satu siri penggambaran semula yang sangat penting menjelang Krismas Walaupun penggambaran semula adalah pekara biasa bagi Marvel ...
Glasier Kiamat Di Antartika Mencair Lebih Pantas

Glasier Kiamat Di Antartika Mencair Lebih Pantas

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 257 hits
Gambar menunjukkan pemandangan satelit di Antartika dengan glasier Thwaites bertanda merah NEW ORLEANS LOUISIANA Sekumpulan pakar glasier memberi amaran berkenaan pencairan glasier Thwaites di Benua Antartika yang dilihat berlaku lebih pant...
Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

Umno Lebih Minat Isu Pru Awal Dan Kerusi Pm Dari Isu Bantuan Banjir Dan Covid

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 383 hits
Soalan khusus pada Zahid dan najib Banjir yang berlaku isu baru yang perlu ditangani hingga ke akar umbi terutama kali ini melibatkan majoriti pengundi Melayu Bantuan yang sangat setimpal diperlukan kerana kerosakan kali ini di luar jangkaa...
Mp Bangi Berkayak Non Stop Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan M4ngsa Banjir

Mp Bangi Berkayak Non Stop Lebih 4 Jam Di Sri Muda Bantu Selamatkan M4ngsa Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 354 hits
Macam yang korang tahu Taman Sri Muda adalah antara kawasan yang terkesan tervk akib4t banjir yang bermula sejak Jumaat lalu Ramai dari penduduk penduduk di sana telah tersadai di atas bumbung selama dua hari tanpa makanan dan elektrik menu...
Lebih 14 000 Mangsa Banjir Dipindahkan Setakat Pagi Ini

Lebih 14 000 Mangsa Banjir Dipindahkan Setakat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Lebih 14 000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5 189 orang pagi Ahad Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat tujuh daerah di Pahang iaitu Raub L...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd