Apa Yang Sedap Di Coconut Shake Batu Berendam Melaka




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan semua? Alhamdulillah, semoga hari-hari anda dalam keadaan yang baik. Kali ini aku nak ceritakan dengan anda semua pengalaman dan review aku makan di sebuah tempat yang agak popular di Melaka iaitu Coconut Shake Batu Berendam. Aku nak kongsikan dengan anda semua apa pendapat aku, apa yang aku makan dan apa yang boleh diperbaiki

Untuk pengetahuan anda semua, ini adalah kali pertama aku ke sini, walaupun daripada tahun 2016 ke tahun 2017 aku selalu jugak ke Melaka sebab adik aku bersekolah di MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin, Melaka. Kalau aku nak jumpa adik aku di MRSM sebelum ni, aku sekadar makan-makan di sekolahnya sahaja


Aku bersama rakan ke Coconut Shake Batu Berendam ini pada pukul 12.30 tengah hari iaitu ketika orang sudah mula keluar untuk makan tengah hari. Sebenarnya anda boleh memilih untuk makan di dalam kedai atau di bahagian luar. Aku bersama rakan memilih untuk makan di bahagian luar. Boleh dikatakan di bahagian luar ini konsepnya seperti foodcourt.

Bukan coconut shake sahaja dijual, tetapi pelbagai lagi jenis makanan, termasuklah makanan berlauk, makanan bergoreng, produk makanan melaka dan sebagainya. Tetapi yang paling menarik sudah tentunya timbunan kelapa dibelakang itu. Banyak sangat ya

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM

Bila dah sampai sini mestilah akan pesan coconut shake. Aku pilih coconut shake with ice cream. Kawan aku pulak coconut shake biasa sahaja



Bagi aku rasanya sama sahaja dengan coconut shake lain yang aku pernah rasa. Mungkin aku belum pernah makan coconut shake yang rasanya teruk atau sebagainya, kerana rasanya sama sedap dengan tempat yang aku pernah makan sebelum ini. Mungkin kelebihan di sini ada air kelapa yang diletakkan di setiap meja dan ianya percuma

MEE KARI!

Kalau minum coconut shake sahaja, macam tak berapa nak kenyang pulak kan? Disebabkan di sini berkonsepkan ala-ala food court, ada pelbagai jensi menu seperti nasi ayam, mee kari, bihun sup dan nasi berlauk

Pada mulanya aku macam nak makan nasi berlauk, tapi lepas tengok meja sebelah makan mee kari, rasa terliur pula. Teringin nak tahu sama ada mee kari di Melaka ni sedap atau tidak? Adakah rasnaya setanding dengan mee kari yang dihasilkan oleh air tangan mak aku di kampung


Apa pendapat anda apabila melihat pada gambar? Bagi aku daripada luaran nampak padat dengan pelbagai bahan yang sememangnya penting untuk mee kari itu menjadi atau tidak. Yang paling aku suka adalah bila melihat taburan kerang di bahagian atas yang agak banyak! Selain itu, keadaan kuah yang kelihatan pekat memang menggamit deria rasa aku

REVIEW MEE KARI?!
Mee kari di sini sangat sedap! Ya, aku mengaku mee kari di Coconut Shake Batu Berendam sangat sedap. Rasanya` berbeza daripada hasil air tangan mak aku di kampung tetapi masih sedap dan membuatkan aku hirup kuah sehingga licin. Semua bahan di dalamnya sangat sedap dan juga sesuai bersama

Aku sangat mengesyorkan anda semua, terutama mereka yang sering bercuti ke Melaka untuk mencuba mee kari disini! Kerana rasanya yang sedap, harganya yang murah, RM5 sahaja. berbanding harga di Lembah Klang. Walaupun di Kedah lebih murah, tapi macam susah aku nak balik ke Kedah. Di Lembah Klang harganya memang agak melampau dan disebabkan itu aku jarang nak beli di gerai-gerai tepi jalan

Kesimpulannya, bagi aku yang menarik di Coconut Shake Batu Berendam ini adalah bukan pada coconut shake tetapi menu lain iaitu mee kari. Mungkin jika aku mencuba menu lain, mungkin ada yang lebih menarik. Aku tak pasti sama ada coconut shake di sini mempunya variasi lain, tetapi coconut shake di sini sama seperti yang anda boleh dapat jika ke Pantai Merdeka di Kedah dan sebagainya


Lokasi :


Alamat : No 5, Tingkat Bawah, Jalan Kanan 1, Taman Ria, 75350 Melaka.Telefon : 019-684 1270Website : https://coconutshakemelaka.com/
Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/apa-yang-sedap-di-coconut-shake-batu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Cendol Sedap Gila Di Cendol Kampung Hulu Melaka

Makan Cendol Sedap Gila Di Cendol Kampung Hulu Melaka

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 909 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraCuba bayangkan diwaktu petang yang panas bersama keluarga dengan tekak yang dahaga dan lapar tiba tiba dihidangkan hidangan cendol yang unik dan penuh dengan pelbagai bahan yang manis dan sedap Bagaimana p...
Wad Nicu Hospital Batu Pahat

Wad Nicu Hospital Batu Pahat

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 1505 hits
Assalamualaikum Meh nak kasi sambung sikit pasal bersalin kali kedua ni Nurin kena tahan di wad NICU selama 41 hari Fuhhh puas wey ulang alik hospital rumah hahahaha Masa lepas bersalin tu kononnya kakak atau abang saya boleh la tengok baby...
Homestay Nature Inspiration Gathering Place Batu Pahat Yang Luas Dan Selesa

Homestay Nature Inspiration Gathering Place Batu Pahat Yang Luas Dan Selesa

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 474 hits
Homestay Nature Inspiration Gathering Place Batu Pahat yang Luas dan Selesa Mama sekeluarga telah menginap semalam di Homestay ni semasa kami ke konvoi Batu Pahat melawat makcik saudara di sana Mama suka sangat dengan homestay ni sebab deco...
55 Penduduk Terjejas Banjir Di Batu Pahat Dua Pps Dibuka

55 Penduduk Terjejas Banjir Di Batu Pahat Dua Pps Dibuka

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 369 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tumpahan Batu Bara Masih Kotori Laut Lhoknga

Tumpahan Batu Bara Masih Kotori Laut Lhoknga

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 205 hits
Ketua Lhoknga Surf Team Zakia Mulia meminta semua pihak untuk lebih serius menangani tumpahan batu bara di sana Secara lisan sudah banyak peselancar peselancar lokal dan nasional yang komplain terhadap kondisi ombak yang suhu airnya meningk...
Siapa Dato Shake

Siapa Dato Shake

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 2292 hits
Dato Shake adalah artis Malaysia sinonim dengan nama panggilan Dato Shake dan menyanyikan lagu lagu genre pelbagai bukan lagi asing di kalangan peminat peminat muzik Malaysia Sebagai artist Lelaki Solo Dato Shake mempunyai beberapa buah lag...
Cari Tanaman Akar Batu Penyelam Hilang Di Perairan Nusa Penida Bali

Cari Tanaman Akar Batu Penyelam Hilang Di Perairan Nusa Penida Bali

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 283 hits
Peristiwa itu diketahui saat korban melakukaan diving di Water Sport Samala Perairan Banjar Telag Desa Kutampi Kaler Kecamatan Nusa Penida Kabupaten Klungkung Bali pada Jumat sekitar pukul 10 30 WITA
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui