Apa Yang Pesakit Asma Tak Boleh Makan


APA YANG PESAKIT ASMA TAK BOLEH MAKAN? | Assalamaulaikum. Pesakit asma mesti tercari-cari punca pencentus serangan asma. Sudah tentulah kerisauan melanda di hati. Apa yang boleh dielak, kita cuba untuk elak. Bimbang ia berulang dan semakin teruk. 

 



*Gambar sekadar hiasan. Rindu nak makan strawberry



Faktor makanan adalah faktor yang selalu pesakit asma fikirkan, selain faktor-faktor lain seperti cuaca, keadaan dan lain-lain. Jom kita rungkaikan apakah benar faktor pemakanan penyumbang kepada asma. Sumber yang Cik Rose ambil adalah dari laman web MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Asma dan Makanan
Makanan hanya menyebabkan alahan kepada 5% sahaja di kalangan orang yang mempunyai asma.


Di mana makanan, aditif makanan dan juga bahan kimia berkaitan makanan BUKANlah merupakan pencetus utama bagi serangan asma. Walaubagaimanapun, aditif dan bahan kimia dalam makanan boleh mencetus serangan asma untuk pesakit-pesakit yang tertentu.Reaksi atau alahan pada makanan adalah berbeza bergantung kepada individu dan jumlah pengambilan makanan tersebut.
 

Jenis-jenis Makanan Pencetus Serangan Asma

Terdapat reaksi berbeza  bagi alahan makanan iaitu daripada reaksi/gejala ringan hinggalah ke tahap bahaya. Kebiasaannya serangan asma merupakan salah satu daripada gejala/tanda alahan yang lain.

Contoh-contoh makanan yang boleh menyebabkan alahan adalah seperti berikut;

Telur

Susu

Kekacang

Soya

Tree nut (seperti walnut dan almond)

Gandum

Ikan dan hasilan laut (seperti udang dan sotong)

Salad

Buah-buahan

Aditif makanan

 

 

Gejala Alahan Makanan dan Asma

 

Gejala atau tanda-tanda alahan makanan adalah seperti ruam pada badan (urticaria), loya, muntah dan cirit-birit. Kebiasaannya, pesakit yang mengalami alahan makanan akan mendapat tanda-tanda alahan lain dan juga boleh diikuti dengan serangan asma iaitu batuk dan nafas berbunyi (wheezing). Sekiranya tidak diberikan rawatan awal akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

 

Makanan/Bahan Makanan yang Dapat Membantu Mengelak atau Mengurangkan Serangan Asma?

 

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu dalam mengelak atau mengurangkan serangan asma. Kerberkesanan sebahagian makanan ini bagi mengurangkan serangan asma masih lagi di dalam peringkat kajian. Contoh makanan tersebut ialah seperti berikut;

 

Epal – kajian menunjukkan bahawa mengambil 2 ke 5 biji epal seminggu dapat mengurangkan risiko asma sebanyak 32% berbanding kurang pengambilannya. Kandungan flavonoids di dalamnya membantu membuka rongga pernafasan;

 

Makanan mengandungi vitamin C – vitamin C merupakan sejenis agen antioksida yang bagus untuk melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal. Buah citrus banyak mengandungi vitamin C seperti oren, anggur dan jambu;

 

Beta-carotene – kajian menunjukkan bahawa makanan mengandungi beta-caraotene (sejenis agen antioksida) seperti karot boleh mengurangkan kejadian serangan asma yang dicetuskan  oleh senaman;

 

Kafein – kandungan kafein di dalam kopi dan teh boleh membuka rongga pernafasan sehingga 4 jam selepas meminumnya;

 

Flax seeds – flax seeds mengandungi omega-3 dan magnesium yang berguna kepada penyakit asma. Magnesium dapat membantu relaksasi otot di dalam paru-paru dan membuka rongga pernafasan. Namun begitu, kesan omega-3 pada penyakit asma masih lagi     di peringkat kajian;

 

Gluthatione – avocado mengandungi bahan gluthatione (sejenis agen oksida) yang berfungsi melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal; dan

 

Bawang putih – ia mengandungi bahan pencegah radang (anti-inflammatory) dan juga allicin iaitu sejenis agen antioksida yang dapat mengurangkan serangan asma.

 

Pemakanan untuk Pesakit Asma

 

Pesakit asma perlulah mengambil makanan sihat dan seimbang. Makanan tersebut perlulah mengandungi makanan segar dan semulajadi. Pesakit asma perlu kurangkan pengambilan makanan proses.

 

SUMBER : http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/adakah-makanan-boleh-mencetus-serangan-asma/

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2023/09/apa-yang-pesakit-asma-tak-boleh-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untung Orang Kedah Boleh Makan Beras Rm7 Sekilo

Untung Orang Kedah Boleh Makan Beras Rm7 Sekilo

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 310 hits
HarapanDaily comTular di media sosial gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang pek beras wangi lembaga padi yang berharga RM7 sekilogram Rata rata warganet secara sinis menganggap itulah beras yang murah di pasa...
Nekat Makan Nasi Padang Di Dalam Bioskop Kini Berujung Minta Maaf

Nekat Makan Nasi Padang Di Dalam Bioskop Kini Berujung Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 146 hits
Aksi melanggaran aturan tersebut dinilai hanya untuk mencari popularitas
Hiburan Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B Bi Dimulakan Dengan Bismillah

Hiburan Pensohor Media Sosial Dipenjara 2 Tahun Kes Makan Hidangan B Bi Dimulakan Dengan Bismillah

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 177 hits
Pensohor media sosial terkenal Indonesia dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun oleh mahkamah negara itu setelah dia memuat naik video mempersendakan agama Islam sebelum ini Wanita berusia 33 tahun itu telah didapati b...
Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum Sekian lama memerap cerita hari nie rasa nak mula menaip semula di blog Bila mood malas dan kebetulan masa pun tak de memang susahlah nak fokus kat blog nie Malas nak bebel panjang Fiza nak cerita pengalaman pertama kali ke ...
Ni Cara Buat Baked Macaroni Cheese Sedap Tak Terkata Memang Puas Makan

Ni Cara Buat Baked Macaroni Cheese Sedap Tak Terkata Memang Puas Makan

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 197 hits
Bila tiap tiap hari memasak hidangan untuk keluarga memang diakui boleh buntu juga dalam membuat pilihan menu Andai kata kelazimannya menyediakan hidangan berasaskan nasi dan lauk pauk Melayu apa kata hari ini kita ubah selera seisi keluarg...
Alhamdulillah Dapat Makan Malam Bersama Keluarga

Alhamdulillah Dapat Makan Malam Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 208 hits
ALHAMDULILLAH DAPAT MAKAN MALAM BERSAMA KELUARGA Cuti sekolah pada bulan Ogos yang lalu keluarga Cik Rose dari Kedah datang Johor Ayah dan anak anak saudara seramai 3 orang Bersyukur dapat bertemu ayah dan anak anak saudaraku Abang Cik Rose...
Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah sebenarnya sudah lama terperap artikel ini untuk ditulis akhirnya dapat pun berkongsi dan bercerita panjang dalam blog Baru baru ini iaitu sekitar ...
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak Anak Makan Mesti Habis Licin

Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak Anak Makan Mesti Habis Licin

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 191 hits
Resipi Ayam Bakar Guna Air Fryer Jamu Anak anak Makan Mesti Habis Licin Resipi ayam bakar antara menu yang mudah disediakan Bahan bahan yang digunakan pun tidak banyak selain cepat dimasak Dengan hanya menggunakan menggunakan air fryer mama...
Pempengaruh Hina Agama Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

Pempengaruh Hina Agama Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 183 hits
JAKARTA Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas tindakan keterlaluannya mempersendakan agama Islam Pempengaruh Lina Mukherjee 33 disabit bersalah oleh hakim di Palembang Sumatera Selata...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto