Apa Yang Perlu Ada Untuk Mula Bercamping


Semenjak beberapa bulan lepas mama dah mula terpengaruh dengan dek kawan2 dalam group Facebook Family Camping Malaysia. Aduh tengok ramai kawan-kawan camping di tepi sungai, tepi laut dan tempat campsite yang ditetapkan macam best pula. Tambah camping 3H2M di tepi sungai terus rasa pengalaman yang cukup menarik dan mendamaikan jer. No aircond, no lampu, no tilam empuk dan semuanya cukup simple dan masak ketika bercamping menjadikan moment yang cukup berharga bersama keluarga. 

Pada 26, 27 & 28 October yang lalu, mama dan family telah mula bercamping pertama kali ke Campsite Sungai Pauh, Cameron Highland. Fuhhhh pertama kali camping terus dekat tempat-tempat sejuk uolls. Hahaha. Bukan senang nak masuk tapak khemah dekat sana tau sebab tempat tu memang rare giler sebab ramai orang yang pergi bercamping dekat situ. Kira kami bertuah coz pertama kali dapat peluang camping dekat Sg Pauh. So sebulan sebelum camping, of coz la mama dah buat list apa yang perlu beli dan ada ketika untuk bercamping nanti. Iyer sebulan juga la mama survey tengok kawan-kawan yang pernah bercamping dan mula beli sikit-sikit apa yang perlu bawa ke camping. Hahahah gigih kan. 
En papa just ikut jer dan dia akan bagi duit beli apa yang penting dan perlu. Macam mama sediakan barang-barang ni adalah memang berguna untuk kegunaan ketika camping. Kalau camper yang lain maybe dia orang nak kurangkan barang. Bagi mama kena ada coz macam tak complete pulak. Antara barang-barang yang penting untuk mula bercamping adalah :-
Tent | Kita orang memilih tent Base M Quechua dari Decathlon. Tent ni memang muat la kami 5 beranak. Size 250 x 250 kira selesa untuk kami berdiri dekat dalam tent ni. Flysheet | Flysheet ni agak penting yer sebenarnya coz untuk melindungi dari hujan dan panas ketika camping. Tapi memang berguna camping ketika hujan dapat la melindungi tent korang bocor yer. hahaha. Groundsheet | Groundsheet pun sangat perlu untuk lapik tent korang sebelum tent dipasang. Ini mengelakkan tent korang kotor, reput dan sebagainya.Pole | Pole ni sejenis besi untuk pacak korang punya flysheet tu. Mama beli 2 jenis pole dari NatureHike dan Decathlon. Ada pole jenis murah korang boleh tengok dekat Mr DIY. Kawan suggest pole jenis batang cat yang boleh adjust panjang batang tu. Folding Table | Meja lipat ni penting juga bagi kami untuk makan or nak masak ker apa. Hehehe dan meja ni boleh tahan berat juga. Oh ya meja ni siap ada 4 folding chair sekali.Folding Armchair | Ok bagi mak pak yang nak duduk dengan selesa boleh la beli kerusi pengarah ni hahaha. selesa la sikit nak duduk yer tak. Ni korang boleh beli dekat kedai dan banyak jenama di pasaran. Mama beli dekat Decathlon jer. Hahaha dah macam duta Decathlon pulak.Tikar | Ini depend pada korang nak bawa ke tak. Macam mama bawa jer nak lapik dekat depan tent. Boleh la korang lepak or bersila dengan family.Extention Plug | Ni pun kalau ada plug dekat campsite korang bawa la memang mudah yer korang nak charge telefon ker, powerbank ker, lampu ker, nak masak nasi ke or nak bawak kipas ker. Hahahah berguna kan. Lampu Rechargeable | Oh ya lampu korang jangan lupa pulak yer. Mama beli lampu rechargeable ni dekat Shopee jer. So far boleh bertahan sampai pagi tau. Itu pun korang adjust la lampu tu tahap kesesuaian dalam tent tu nanti.Camping Mattress | Hahh tilam angin ni pilihan la yer. Kalau korang nak tidur atas campbed ker, toto ker, apa-apa jer lah itu pilihan masing-masing. macam mama pilih tilam angin ni selesa la sikit tidur dalam tent korang tu kan. Hahah dah rasa yer tidur atas toto masa camping dekat Sg Pauh ritu. Sakit pinggang oihh!! Dah beli tilam angin ni jangan lupa beli pump sekali. ker korang nak pump tilam guna mulut hahahahaCooler Box | Yang mana camping 3H2M yang jenis nak masak time camping korang wajib kena ada cooler box yer. Tak kisah la jenis jenama apa. Tapi mama rasa jenama Coleman ni sangat popular bagi camper di luar sana. Weh jenama mahai kot. Hahah so korang boleh letak makanan basah seperti nugget ker, hotdog ker, ikan, ayam, sayur, buah dan lain-lain lagi. Ehh dah sumbat makanan basah jangan lupa korang benamkan dengan ais batu yer. Nak tahan lama ais batu tu sila letak garam ok. 
Bagi yang jenis nak masak mesti kena ada set peralatan memasak kan. Hahh mama bawa yer semua ni dan mama masukkan dalam tipuware yang besar untuk memudahkan en papa angkut semua. Hahaha. Sebagai ibu, mama hanya sediakan barang-barang makanan untuk camping jer nanti. Jom tengok mama senaraikan barang keperluan dapur ketika camping
Portable Gas Cooker | Dapur ni antara wajib bagi mama. Kalau korang nak yang jenis kecik ker itu ikut suka korang. Ke nak masak atas kayu api boleh jer dipersilakan. HehehehPeriuk, Cerek & Kuali | Set periuk, cerek & kuali ni pun ikut pilihan memasing nak bawa dari rumah ker apa. Mama pula bawa semuanya yang comel untuk kegunaan dalam 5 beranak mama. Itu pun dah boleh jer main masak-masak time camping tau. Cuma tak cukup puas jer masak sebab comel sangat. hahahahPinggan, Mangkuk & Cawan | Set pinggan, mangkuk dan cawan IKEA. Senang bawa yang ni sebab tak pecah. So kena rajin basuh la. Bagi yang malas nak basuh guna pinggan pakai buang pun boleh, cuma nanti banyak pula sampah yer tak.Sudu, Garfu, Sudip & Pisau | Ini wajib la yer kang nak makan or nak masak guna jari ker. hahahah. Spice Pouch | Segala rempah ratus, minyak masak, garam jangan lupa bawa ok. kang tawar hebiaq pulak masakan korang. Water Dispenser | Oh ya bekas air minuman pun kena lah bawa yer. Senang guna bekas macam ni. Tapi make sure korang kena sediakan air bersih lebih untuk ke tempat camping. Mana la tahu dekat tempat camping tu susah nak dapat bekalan air bersih. Makanan Kering | Beras, maggi, biskut, milo 3 in 1, coffee  dan lain-lain bawa la untuk isi perut korang anak beranak ok.First Aid Kit | Barang paling penting ketika camping segala ubat-ubatan kena bawa tau. Mana lah tahu ada perkara yang tidak ingini berlaku kan. So minyak panas, minyak angin, minyak gamat, segala jenis minyak, panadol, handy plus dan lain-lain kena sediakan ok.Sesekali camping satu family macam ni best jugak kan

So jika semua senarai list ada seperti di atas boleh la korang mula bercamping. Atau boleh jer korang camping tanpa semua di atas ni cuma bagi setengah family mesti kita nak kan keselesaan ketika bercamping kan. Tapi kalau korang tengok Facebook Family Camping Malaysia ni bukan sahaja bercamping dalam khemah jer tau siap camping dalam Van, caravan atau hammock pun boleh. Itu semua atas keselesaan memasing la yer. Jom mula aktiviti bercamping bersama keluarga dan cipta moment yang indah untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan alam sekitar

Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2019/12/apa-yang-perlu-ada-untuk-mula-bercamping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet