Apa Yang Menarik Di Daerah Kota Tinggi Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa Yang Menarik di Daerah Kota Tinggi, Johor? | Setiap tempat, daerah, kampung dan bandar pasti mempunyai keunikannya tersendiri. Pastinya akan ada tarikan contohnya kesenian, bangunan bersejarah, bangunan ikonik dan pelbagai lagi. Tarikan sebeginilah menjadikan sesuatu tempat itu unik dan menjadi tumpuan para pelancong. 
Baru-baru ini aku berpeluang ke beberapa tempat menarik dan indah di negeri Johor Darul Takzim iaitu daerah Kota Tinggi. Sedikit info tentang daerah Kota Tinggi, daerah ini berkeluasan 3488.7 kilometer persegi dan merupakan daerah terbesar di negeri Johor.
Asal usul bagi nama Kota Tinggi ini dikatakan berasal daripada bentuk muka buminya yang bertanah tinggi. Mengikut sejarah, nama Kota Tinggi diberi oleh Sultan Mahmud kerana Kedudukannya yang terletak lebih tinggi daripada aras sungai.



8 LOKASI MENARIK DI DAERAH KOTA TINGGI
Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku datang ke negeri Johor dan dapat melawat tempat-tempat yang cantik dan menarik. Yalah, aku asal dari negeri utara tanah air, nak datang ke negeri paling selatan adalah sangat jauh.  Terima kasih diucapkan buat Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine atas penganjuran program ini dan atas jemputan sertai program ni. 
Okaylah, mesti korang tertunggu-tunggu nak tahu tempat dan lokasi menarik sekitar daerah Kota Tinggi ni kan? Tanpa melengahkan masa, aku akan mulakan cerita tentang lokasi menarik di Daerah Kota Tinggi


1. MUZIUM KOTA TINGGI

Kita mulakan dengan tempat menarik di bandar Kota Tinggi. Untuk mereka yang sukakan sejarah dan juga mahu belajar tentang kesultanan Johor, inilah tempatnya.



Disini korang akan dapat belajar bagaimana Kesultanan Johor ditubuhkan dan bagaimana sehingga kini masih berkuasa dan kukuh memerintah negeri Johor ini. Selain itu, korang jugak dapat lihat senjata-senjata yang digunakan ketika peperangan dan sememangnya korang akan terkejut sebab senjata yang digunakan adalah hebat-hebat belaka dan bukannya keris semata-mata. 


Untuk korang yang tak puas dengan hanya melihat di Muzium sahaja, ada juga aktiviti yang seronok iaitu Heritage Bicycle Tour dimana anda akan dibawa ke tempat menarik sekitar bandar Kota Tinggi dengan menaiki basikal sahaja! Salah satu aktiviti menarik juga ya, sebab dapat beriadah di samping mengenal bandar Kota Tinggi. 
Laman Web : http://www.ywj.gov.my/muzium-kota-tinggi/Alamat : Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, JohorWaktu Operasi : Dibuka Setiap Hari Kecuali Hari Jumaat, 9.30 pagi hingga 4.30 petang. 
2. RIVER CRUISE & KELIP KELIP @ SG JOHOR
Melihat kelip-kelip dengan lebih dekat serta menyelusuri Sungai Johor diwaktu malam sememangnya satu pengalaman yang korang tak boleh lepaskan. Antara tarikan terbaru juga di sini, menaiki bot kecil dan melalui sungai yang penuh dengan sejarah.


Melihat kelip-kelip dengan cahaya yang sangat kurang, kegelapan malam dan cahaya daripada bulan sahaja memang satu pengalaman yang indah. Sekiranya anda bertuah, bot anda akan dibawa ke tepi sungai dan berdekatan dengan pokok-pokok dimana kelip-kelip itu berada. 
3. ART STREET KOTA TINGGI

Sekarang ini banyak tarikan dibandar-bandar dengan hasil seni dijalanan atau di dinding bangunan. Bandar Kota Tinggi turut tidak terkecuali apabila adanya jalan-jalan yang dipenuhi dengan hasil seni dan lukisan pelukis handal. 


Kebanyakan seni yang dilukis dan diwarnakan ini bercirikan budaya setempat, masyarakat di daerah Kota Tinggi ini. Jika anda berpeluang untuk datang ke daerah dan juga bandar ini, pastikan anda bergambar di Street Art Kota Tinggi ya!



Lokasi : 21, Bawah, Jalan Tambatan, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor

4. PANTAI TANJUNG BULUH




Pantai Tanjung Buluh merupakan antara tarikan terbaru di daerah ini, lokasi yang mula menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga dan juga kawan-kawan.



Pantai yang baru sahaja dinaiktaraf, dibina pelbagai kemudahan menarik dan juga beberapa infrastruktur lain yang menjadikan pantai ini lebih mesra orang ramai. 
Oh ya, lebih menarik dan tertarik lagi adalah di pantai ini juga terdapat aktiviti surfing atau aktiviti luncur ombak.


Pengunjung boleh mencuba meluncur ombak disini dan bagi mereka yang tidak reti, korang akan diajar. Korang jugak boleh tengok ada budak-budak kecil yang diajar secara beramai-ramai untuk meluncur ombak. 
Lokasi : Pantai Tanjung Buluh, Sedili Kechil 81910, Johor
5. KG LINTING WETLANDS 

Jika korang sukakan alam sekitar dan hutan, aktiviti menyelusuri kawasan paya bakau ini pastinya korang wajib cuba!  Perjalanan menaiki bot ke kawasan Kg Linting Wetlands ini bermula di jeti yang terletak di kawasan Kg Belungkor. 

Korang akan dibawa melalui sungai Belungkor, kawasan paya bakau di Kg Linting, dan juga melihat tapak semaian pokok bakau di Kg Tanjung Surat.


Selain itu, korang akan diperlihatkan beberapa hidupan sungai seperti belangkas, gamat dan juga lokan.



Untuk rasai pengalaman ini, korang hanya perlu membayar sebanyak RM500 untuk 8 orang dan disertaikan dengan minuman dan juga pemandu pelancong. Ketika trip aku baru-baru ini, kami sangat bertuah sebab tour guide kami sangat berinformasi, banyak perkara-perkara baru dipelajari termasjklah topik berkenaan sejarah dan ilmu hutan. 
Instagram : https://www.instagram.com/belungkor_adventure/

6. DESARU FRUIT FARM
Seterusnya adalah lokasi di Desaru iaitu salah satu lokasi pelancongan popular di daerah ini. Desaru Fruit Farm merupakan syurga bagi anda yang cintakan buah-buahan tempatan. 

Desaru Fruit Farm ini memberikan pengalaman menarik untuk korang melihat pokok buah-buahan tempatan. Mungkin sebelum ini korang tak tau macam mana rupa bentuk pokok, jadi inilah masanya. 
Untuk melihat kawasan-kawasan sekitar Desaru Fruit Farm ini, ada beberapa cara pengangkutan. Antaranya adalah dengan menaiki ATV ataupun menaiki lori. Trip kitorang hari tu, kami menaiki lori untuk melihat ladang ini dan seterusnya berjalan kaki sahaja untuk melihat lebih dekat.


Disini korang bukan sahaja dapat lihat buah-buahan, tapi korang juga dapat menikmati buah-buahan segar dan juga beberapa jenis minuman yang lazat. Selain itu, ada juga kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk menggunakan hasil buah-buahan. 

Laman Web : https://dff.world/Alamat : Desaru Fruit Farm, Sungai Cemaran Desaru, Desaru, 81900 Kota Tinggi, JohorFacebook : https://www.facebook.com/DESARUFRUITFARM/

7. LOTUS DESARU BEACH & SPA

Untuk korang yang mencari tempat penginapan di Desaru ini, korang bolehlah ke Lotus Desaru Beach & Spa. Salah satu resort yang cantik dan juga eksklusif.



Pelbagai bilik ditawarkan mengikut kemampuan anda. Ada bilik yang sesuai untuk keluarga yang ramai dan ada juga bilik untuk bilangan yang kecil. Yang pasti segala kelengkapan dan kemudahan tersedia dan anda pasti akan puas hati. 
Lotus Desaru Beach Resort & Spa is a popular beach resort and hence a major tourist destination in Malaysia. Welcome to Lotus Desaru Beach Resort & Spa "The resort for all reasons" surrounded with water, this internationally known beach is the most popular beach along the east-coast in the district of Kota Tinggi, has a stretch of about 26 km of pristine, sandy beach and fringed with palm trees.
Lotus Desaru Resort ini sangat besar kerana mempunyai pelbagai tarikan tersendiri termasuklah taman tema air, kolam air lagoon, spa, aktiviti laut ( Parasailing, Jet Ski, Banana Boat, Family Tube, Boat Ride, Fishing Trip), gym dan juga dewan.


Sekiranya korang datang menginap disini, pastinya korang tak akan bosan sebab ada pelbagai aktiviti menarik hanya dalam resort ini sahaja! 

Lokasi : Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, JohorLaman Web : http://www.lotusdesaru.com/Facebook : https://www.facebook.com/Lotusdesarubeachresort/

8. DESARU COAST

Desaru Coast merupakan satu kawasan eksklusif yang menempatkan beberapa hotel dan resort bertaraf premium. Pelbagai tarikan menarik disini termasuklah Hard Rock Hotel, The Westin, Anantara Desaru Coast Resort & Villas,  The Els Club dan juga Adventure Waterpark.



Korang boleh bawak keluarga dan juga rakan-rakan untuk rasai pengalaman menginap di hotel bertaraf 5 bintang dan juga melakukan aktiviti lain seperti bermain golf dan juga mandi manda di Adventure Waterpark.


Desaru Coast Waterpark merupakan salah satu taman tema air terbesar di dunia, menawarkan lebih 20 tarikan berbeza untuk dirasai bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Laman  Web : https://desarucoast.com/Facebook : https://m.facebook.com/desarucoastmalaysia/Instagram : https://instagram.com/desarucoastmalaysia

Jadi itu sahaja lokasi-lokasi menarik yang sempat aku terjah dalam program yang aku sertai baru-baru ini. Sebenarnya untuk melawat lokasi-lokasi ini, aku perlukan masa yang lebih lama sebab aku rasa tak puas. Masih banyak lagi yang belum aku terokai sepenuhnya

Jika korang bercadang nak bercuti dan menjelajah daerah Kota Tinggi ini, pastikan korang mempunyai waktu yang banyak, barulah puas untuk terokai tempat menarik di daerah Kota Tinggi ini. Di Malaysia pun ada banyak lokasi menarik untuk dilawati, jadi marilah kita menyokong industri pelancongan tempatan, terutamanya dimusim pandemik ini. 
SEKIAN
#GayaTravel #visitJohor2020 #majesticjohor #tourismjohor #cuticutimalaysia

Program Majestic Johor yang berlangsung dari 1 September 2020 - 5 September 2020 ini dibawakan oleh Tourism Johor dan Gaya Travel Magazine



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/09/apa-yang-menarik-di-daerah-kota-tinggi-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapaslon Dari 19 Kabupaten Kota Di Sumut Jalani Tes Psikologi 4 Daerah Menyusul

Bapaslon Dari 19 Kabupaten Kota Di Sumut Jalani Tes Psikologi 4 Daerah Menyusul

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 204 hits
Sebanyak 110 orang bakal calon kepala dan wakil kepala daerah di Sumatera Utara menjalani tes psikologi di Hotel Santika Premiere Dyandra Medan Selasa Mereka berasal dari 19 di antara 23 kabupaten kota yang menggelar Pilkada serentak Desemb...
Bodies Of Six Immigrants Wash Ashore Near Kota Tinggi

Bodies Of Six Immigrants Wash Ashore Near Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 219 hits
JOHOR BARU The bodies of two men and four women believed to be illegal immigrants from Indonesia were found washed up on Pantai Teluk C Bandar Penawar near Kota Tinggi yesterday Passers by stumbled on the bodies at 9 40am and alerted the po...
Ada 4 Daerah Di Papua Barat Risiko Tinggi Penularan Covid 19 Saat Pilkada Serentak

Ada 4 Daerah Di Papua Barat Risiko Tinggi Penularan Covid 19 Saat Pilkada Serentak

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 261 hits
Berdasarkan peta perkembangan Covid 19 yang berlangsung sejak Maret 2020 ucap Derek empat daerah yang memiliki risiko tinggi penularan saat pelaksanaan pilkada itu meliputi Teluk Bintuni Manokwari Sorong Selatan serta Raja Ampat
Wali Kota Serang Minta Warganya Tidak Pergi Ke Luar Daerah Saat Psbb

Wali Kota Serang Minta Warganya Tidak Pergi Ke Luar Daerah Saat Psbb

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 326 hits
Syafrudin mengatakan bahwa saat ini pihaknya sudah melakukan pengetatan di beberapa pintu masuk wilayah Kota Serang dengan membangun delapan titik pos cek poin PSBB
Tmj Appointed To Lead Youth Activities In Johor

Tmj Appointed To Lead Youth Activities In Johor

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 315 hits
The Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has consented to appoint his son the Tunku Mahkota of Johor Tunku Ismail as the leader of all youth activities in the state Johor Royal Court Council president Abdul Rahim Ramli in a statem...
Exam Pegawai Tadbir N41 Johor

Exam Pegawai Tadbir N41 Johor

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 443 hits
Exam Pegawai Tadbir N41 Johor All the best untuk exam Pegawai Tadbir N41 Johor sesi exam esok 25 SEPTEMBER Buat persediaan sebaik mungkin Anda tak banyak masa dah Speed up terus Kalau bawak kereta tu terus gear TURBO Anggap ni peluang terak...
Johor Govt To Confiscate Private Land Used As Illegal Dumpsites

Johor Govt To Confiscate Private Land Used As Illegal Dumpsites

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 308 hits
The state government will confiscate private land used as illegal dumpsites in the state effective next year Johor Housing and Local Government Committee chairperson Ayub Jamil said action would be taken against landowners who have repeated...
Johor To Discuss With Putrajaya On Plight Of College S S Pore Students

Johor To Discuss With Putrajaya On Plight Of College S S Pore Students

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 254 hits
Johor will discuss with the federal government to consider allowing students of Malborough College Malaysia in Iskandar Puteri who are staying in Singapore to cross the Causeway daily so they would be able to continue their studies there Me...
Macc Fails To Stay Decision On Forfeiture Suit Against Johor Bahru Bn

Macc Fails To Stay Decision On Forfeiture Suit Against Johor Bahru Bn

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 360 hits
MACC today failed in its bid to stay the execution of a High Court s decision in dismissing its application to forfeit a total of RM957 395 65 that was seized from Johor Baru BN and two others This followed a decision by a High Court in Kua...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah