Apa Yang Menarik Dalam Android Q Beta 6


Hari ini Google telah mengedarkan Android Q Beta 6 untuk peranti-peranti Pixel (dan juga Essential). Ini adalah versi beta terakhir sebelum versi akhir diperkenalkan. Versi akhir dijadualkan untuk diedarkan pada suku ketiga tahun 2019, iaitu dari bukan September sehingga Disember. Ia dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan pelancaran Pixel 4 pada bulan Oktober.

Jadi apa yang menarik dalam versi beta terakhir ini? Android Q itu sendiri sudah menarik untuk digunakan. Ia memfokuskan sekuriti yang lebih baik, kawalan gestur baharu dan banyak lagi. Berikut adalah apa yang diperkenalkan untuk Android Q Beta 6;
‘Mainline Module Versions’ Diubah Kepada ‘Google Play System Update’Pada bulan April lalu, Google ada menguji pengedaran kemaskini sistem melalui Play Store. Ujian ini dinamakan sebagai Project Mainline dan diperkenalkan dalam Android Q Beta. Pada Android Q Beta 2, Google mula memberi kemaksini kepada pengguna melalui Play Store.

Bagi memudahkan pemahaman pengguna, dalam Android Q Beta 6 ‘Mainline module versions’ diubah kepada ‘Google Play system update’. Ini kerana nama ‘Mainline’ itu adalah terma dalam barisan kod mereka dan penjenamaan ‘Google Play system update’ adalah lebih mesra pengguna. Jadi apabila satu kemaskini hadir dan notifikasi terpapar di talam notifikasi – pengguna tidak akan keliru kemaskini apakah yang tiba.
Ikon Kecemasan Baharu Ketika Tekan & Tahan Butang Kuasa
Jika tekan dan tahan butang kuasa pada peranti Pixel – akan terpapar satu ikon kecemasan. Ikon kecemasan ini adalah untuk memaparkan nombor kenalan yang mudah dihubungi jika pemilik peranti berada dalam kemalangan/cedera. Kemudian ia turut akan memaparkan maklumat kesihatan pengguna yang ringkas seperti jenis darah, alahan dan sebagainya.
Ikon asal mempunyai logo seakan ‘+’, dalam Android Q Beta 6 ia diubah kepada ikon seakan asterisk.
Night Sight Kini Terpapar Pada Bahagian Utama KameraBulan lepas, Google telah menguji posisi fungsi Night Sight pada kamera untuk diletakkan pada bahagian utama. Selama ini, Night Sight hanya boleh digunakan dengan mengakses pada bahagian ‘More’. Fungsi ini diuji melalui aplikasi Google Camera 6.3 dan pengguna hanya boleh melihatnya dengan memasang APK GCam yang telah diubahsuai.

Kini, Night Sight boleh diakses dengan mudah. Ia mirip dengan peranti seperti Samsung atau Huawei – yang mana mod malamnya diletak pada bahagian kamera utama. Duka cita dimaklumkan, Google masih gagal untuk menyertakan kemampuan susun atur fungsi kamera mengikut kehendak pengguna.
Kembali Ke Aplikasi Sebelum Dengan Kawalan Gestur Kini Lebih MudahDengan pengenalan kawalan gestur serba baharu, iaitu kawalan gestur penuh – untuk kembali ke aplikasi sebelum atau laman web yang lepas – ia agak sukar. Lebih-lebih lagi jika aplikasi itu mempunyai menu yang perlu ditatal dari kiri atau kanan. Kawalan gestur baharu Google ini perlu ditatal dari kiri atau kanan, jadi membuka menu pada aplikasi sebegini adalah menyusahkan.

Seperti yang tertiris sebelum ini, pada tetapan untuk kawalan gestur – Google mengimplementasikan fungsi mengubah tahap sensitif ‘butang’ kembali. Jadi mengikut cara pengguna tatal dari kiri atau kanan, ia kini akan mengakses menu dari sisi terlebih dahulu dan baru boleh kembali ke aplikasi sebelum atau laman web lepas.
Paparan Kawalan Gestur Penuh Kini TersembunyiKawalan gestur penuh pada Android Q adalah mirip dengan kawalan gestur iPhone X. Ia mempunyai satu baris di bahagian bawah dan boleh ditatal ke atas atau tahan dan tahan untuk mengakses senarai aplikasi terbuka.

Untuk mengelakkan persamaan dengan iOS, garisan ini kini tersembunyi secara automatik. Ia hanya akan terpapar apabila pengguna mula mengggunakan kawalan gestur.
Itu sahaja beberapa perkara menarik yang terdapat pada Android Q Beta 6. Lain-lain adalah perkara yang kecil sahaja, seperti jika peranti Pixel 3 atau Pixel 3 XL diletakkan pada Pixel Stand – paparan Always-On Display ditambahbaik dan ikon putar skrin pada bahagian navigasi, kini berwarna lebih gelap.
Semasa saya cuba bermain seketika dengan Android Q Beta 6 pada Pixel 3a XL, saya dapat rasakan prestasi yang lebih baik dari versi sebelumnya dan proses membuka, menutup dan menukar aplikasi adalah sedikit lebih pantas. Perkara ini menyebabkan saya tidak sabar menantikan Android Q versi stabil kelak. Harapnya Google boleh edarkan Android Q stabil lebih pantas daripada biasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/08/apa-yang-menarik-dalam-android-q-beta-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Mengumumkan Emui 10 Berasaskan Android Q Beta Pertama Untuk Huawei P30 P30 Pro Bulan Hadapan

Huawei Mengumumkan Emui 10 Berasaskan Android Q Beta Pertama Untuk Huawei P30 P30 Pro Bulan Hadapan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 234 hits
Huawei hari ini telah mengadakan acara Huawei Developer Conference dimana mereka berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan perkembangan syarikat mereka yang ditujukan untuk para pembangun Turut disentuh ketika acara berkenaan adalah berk...
Nokia Mula Mengedarkan Android Q Beta 5 Buat Nokia 8 1

Nokia Mula Mengedarkan Android Q Beta 5 Buat Nokia 8 1

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 203 hits
Nokia 8 1 adalah peranti Android One yang dijana Snapdragon 710 Untuk kamera ia menggunakan lensa dari Zeiss dan dijual di Malaysia pada harga RM1699 Peranti ini berada dalam kategori peranti kelas pertengahan premium selain juga menjadi an...
Whatsapp Beta Untuk Android Menguji Ciri Nyah Kunci Berasaskan Pengimbas Cap Jari

Whatsapp Beta Untuk Android Menguji Ciri Nyah Kunci Berasaskan Pengimbas Cap Jari

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 326 hits
WhatsApp Beta untuk Android kini telah memperkenalkan sebuah ciri baru pada aplikasi permesejan berkenaan membolehkan pengguna untuk mengunci aplikasi berkenaan dengan menggunakan cap jari Ciri ini disokong pada peranti yang mempunyai pengi...
Aplikasi Apple Music Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap Dan Paparan Lirik Langsung

Aplikasi Apple Music Untuk Android Kini Menyokong Tema Gelap Dan Paparan Lirik Langsung

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 282 hits
Apple Music adalah perkhidmatan penstriman muzik tersendiri Apple Keunikan Apple Music adalah paparan lirik yang bagus yang tidak terdapat pada aplikasi penstriman muzik lain seperti Spotify Aplikasi ini tidak terhad untuk iOS sahaja ia tur...
Oneplus Tv Dijangka Menjalankan Sistem Operasi Berasaskan Android

Oneplus Tv Dijangka Menjalankan Sistem Operasi Berasaskan Android

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 293 hits
OnePlus telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan sebuah televisyen pintar tidak lama lagi Terkini ia telah pun disenaraikan pada Bluetooth SIG sekaligus memberikan gambaran kasar berkenaan penawaran televisyen berkena...
Huawei Akan Mengutamakan Penggunaan Android Boleh Beralih Ke Harmony Os Pada Bila Bila Masa

Huawei Akan Mengutamakan Penggunaan Android Boleh Beralih Ke Harmony Os Pada Bila Bila Masa

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 234 hits
Huawei hari ini telah pun sekaligus berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan dengan sistem operasi berasaskan kernel mikro ini Bercakap mengenainya semestinya ramai yang akan tertanya tanya berkaitan bilakah kita akan melihat telefon pi...
Spotify Membuang Sokongan Widget Pada Android

Spotify Membuang Sokongan Widget Pada Android

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 193 hits
Pagi tadi terdapat satu berita baik buat pengguna Spotify pada platform iOS Spotify dan Apple akan bekerjasama untuk meningkatkan kemampuan intefrasi aplikasi mereka dengan Siri Tetapi untuk Android duka cita dimaklumkan terdapat berita bur...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


13 With Tan Sri S Dato Seri S And Lge Cronies In Mbi Round Up

100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi

Ilham Centre Bn Tiada Masalah Besar Kekal Kerusi Dun Ayer Kuning

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Apakah Bn Akan Rebah Bersama Kandang Babi Di Ayer Kuning Sebelum Ini Isu Kuil Di Tapak Haram