Apa Yang Membezakan Anwar Ibrahim Dengan Semua Perdana Menteri Sebelum Ini


*Dr. Madhi Hasan*

Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12).

Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

*(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan*

Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.

Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976, Anwar kemudiannya menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan tahun di dalam penjara Sungai Buloh.

Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.

Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.

*(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum*

Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.

Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.

*(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam*

Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an.

Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.

*(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan*

Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.

Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

*(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan*

Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu selama lebih tujuh tahun (1991-1998).

Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara. Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996. Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.

Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis.

*Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor*



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/apa-yang-membezakan-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Tengku Zafrul Kembali Dilantik Menteri Kewangan Tuan Ibrahim Kekal Menteri Alam Sekitar

Terkini Tengku Zafrul Kembali Dilantik Menteri Kewangan Tuan Ibrahim Kekal Menteri Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 391 hits
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kembali dilantik semula menjadi Menteri Kewangan umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Anwar Ibrahim Memberi Komentar Berhubung Pemimpin Pakatan Harapan Dijemp

Anwar Ibrahim Memberi Komentar Berhubung Pemimpin Pakatan Harapan Dijemp

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 172 hits
Memberi sedikit komentar berhubung kehadiran Pakatan Harapan di Perdana Putra menyambut jemputan YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri semalam Mohon teman teman ikuti dan beri pandangan insyallah
Kabinet Kitar Semula Ini Respon Anwar Ibrahim

Kabinet Kitar Semula Ini Respon Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 190 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Bukan Semua Sekolah Akan Dibuka 3 Oktober Kata Menteri Pendidikan

Bukan Semua Sekolah Akan Dibuka 3 Oktober Kata Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 203 hits
MALAYSIA NOW Menteri Pendidikan Radzi Jidin menegaskan tiada sekolah akan dibuka di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara Pembukaan semula sekolah di seluruh negara akan dilaksanakan berdasarkan fasa fasa yang dite...
Kalau Pun Dia Menjadi Perdana Menteri 8 Kali Besar Sangatkah Orang Itu

Kalau Pun Dia Menjadi Perdana Menteri 8 Kali Besar Sangatkah Orang Itu

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 336 hits
100 tahun sebelum jahanam itu sampai mereka sudah mendengar suara bakaran api dalam neraka jahanam hasbunallah wanikmal wakil Besar sangatkan manusia ini besar sangat kah kalau pun dia menjadi perdana menteri 8 kali besar sangatkah orang it...
Perdana Menteri Tidak Boleh Jadi Jutawan Tun Mahathir

Perdana Menteri Tidak Boleh Jadi Jutawan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 167 hits
Umavathi RamayahDr Mahathir memberitahu kebiasannya Perdana Menteri tidak memiliki kekayaan dan sekiranya seseorang itu kaya maka beliau perlu mengisytiharkan statusnya sewaktu perlantikan Gambar fail Astro AWANI KUALA LUMPUR Rakyat berhak ...
Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Sidang Parlimen Ujian Pertama Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 220 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 pada Isnin yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Anwar Ibrahim Nak Jual Negara

Anwar Ibrahim Nak Jual Negara

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 240 hits
bila anwar Ibrahim tercalon sebagai pm ni aku saja la nak check dia ni punya background mcm mana nak tau jugak apa dia punya jasa yg dia pernah buat untuk negara kenapa org melayu benci sngt dgn dia aku dengar dia ni kaki bontot khadam dap ...
Anwar Ibrahim Pertahankan Prinsip Lebih Utama Dari Mengejar Jawatan

Anwar Ibrahim Pertahankan Prinsip Lebih Utama Dari Mengejar Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 218 hits
Mari kita ingat pesanan Imam As Syafie R A ketika beliau ditanya oleh seorang anak muridnya Wahai Imam nanti di akhir zaman akan ramai lahir pemimpin yang zalim jadi bagaimana kami ingin tahu akan pemimpin yang berjuang pada landasan Islam ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation