Apa Yang Ibu Menyusu Makan Akan Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak Betul Ke


Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.

Kepentingan penyusuan
Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan. Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.
Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak
Pelbagai rasa
Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga. Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.
Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.

Pendedahan awal
Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu. Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.
Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.
Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.


Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post Apa Yang Ibu Menyusu Makan, Akan Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak? Betul Ke? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/apa-yang-ibu-menyusu-makan-akan-pengaruhi-tabiat-pemakanan-anak-kelak-betul-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

Hiburan Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 206 hits
Baru baru ini pengacara terkenal Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang ibu telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi hantaran tersebut wanit...
Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

Jangan Sampai Aku Pecahkan Kepala Kau Ibu Terkejut Jumpa Voice Note Anak Diugut Rakan Sekelas

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 186 hits
Baru baru ini pengacara terkenal Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman Twitter miliknya yang memaparkan gambar tangkap layar pendedahan daripada seorang ibu telah mendapat perhatian orang ramai Menerusi hantaran tersebut wanit...
Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

Covid 19 Dalam Rumah Anak Anak Dijangkiti Ibu Menjadi Susah Hati

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 388 hits
assalamualaikum dan salam sejahtera selesanya la bila dpt menggeliat setelah seharian dok menaip kat laptop ni few kerja hakiki settle esok sambung menggeliat dlm bilik sorang sorang ok la orang lain tak nampak ha ha ha ha ha sakit kot tula...
Anak Demam On Off Rupanya Kena Virus Rsv Ibu Ini Pesan Tolong Alert

Anak Demam On Off Rupanya Kena Virus Rsv Ibu Ini Pesan Tolong Alert

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 250 hits
Musim sekarang ini boleh dikatakan ramai anak anak kecil tak sihat Demam batuk dan selesema antara yang biasa dihadapi dan buatkan ibu bapa pun risau Kadang baru je baik sakit semula Perkongsian daripada seorang ibu atas akaun ayishwafiy di...
Alhamdulillah Behave Tak Kacau Ibu Bawa Anak Bercuti Ke Dubai Tok Ti Cuak Urus 2 Anak Dalam Flight

Alhamdulillah Behave Tak Kacau Ibu Bawa Anak Bercuti Ke Dubai Tok Ti Cuak Urus 2 Anak Dalam Flight

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 260 hits
Setelah sekian lama tidak terbang jauh disebabkan pandemik akhirnya penyanyi nombor satu negara berpeluang membawa dua anaknya bercuti ke Dubai Malah kata Dato Siti Nurhaliza ia merupakan pengalaman pertama kali bagi anak keduanya Muhammad ...
Engkau Cikgu Ada Pelajaran Tapi B Kau Pukul Muka Anak Aku Dengan Buku Ibu Bengang Cikgu Pukul Anaknya

Engkau Cikgu Ada Pelajaran Tapi B Kau Pukul Muka Anak Aku Dengan Buku Ibu Bengang Cikgu Pukul Anaknya

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 263 hits
Engkau cikgu ada pelajaran tapi b kau pukul muka anak aku dengan buku Ibu bengang cikgu pukul anaknyaSelain daripada rumah institusi pendidikan seperti sekolah adalah tempat yang paling selamat Justeru guru memainkan peranan dalam memastika...
Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

Berat Anak Dah Masuk Line Kuning Ibu Kongsi Menu Finger Food Naikkan Berat Anak

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 289 hits
Susah hati bila memikirkan berat badan anak tak naik naik lebih merisaukan bila berat anak dah sampai garisan kuning dalam buku kesihatan Pening betul kan Mama boleh cuba cara ibu ini lakukan untuk anaknya mana tahu menjadi Anak susah nak n...
Sweet 17 Anak Dara Norman Abby Untung Dania Dapat 2 Ibu Ayah Sporting

Sweet 17 Anak Dara Norman Abby Untung Dania Dapat 2 Ibu Ayah Sporting

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 321 hits
Setiap kali melihat anak membesar perasaan sebak pasti akan dirasai oleh setiap ibu bapa Lagi lagi bila dulunya anak itu seorang yang manja kini dah pandai berdikari dan boleh diharap Sama juga situasinya pada pelakon Norman Hakim apabila a...
Anak Guru Pertama Ibu Bapa Begitu Sebaliknya

Anak Guru Pertama Ibu Bapa Begitu Sebaliknya

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 285 hits
ANAK GURU PERTAMA IBU BAPA BEGITU SEBALIKNYA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SALING MENJADI GURU satu sama lain Anak adalah guru ibu bapa bagaiamana menjadi seorang ibu bapa Apatah lagi ibu bapa k...
Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Hari Malaysia 2025 Pnm Semarakkan Rukun Negara Perkasa Jati Diri Bangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bukti Anak Selamat

Legoland Malaysia Resort And Lego Ferrari Shift Gears With Asia S First Build Race Attraction

Doa 13 September 2025

Usop Sayangi Dia Chord

Ilmunanti Char Koey Teow Chord

Beyond The Engine Why Quality Truck Parts Matter For All Automotive Enthusiasts