Apa Yang Dicari Saat Ramadan
APA YANG DICARI SAAT RAMADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA masa dan zamannya. Setiap kita melaluinya. Awal mula belajar berpuasa hinggalah kini tentu sahaja ada ceritanya. Ada pahit dan manisnya. Ada pengalaman yang ingat sampai sekarang dan ada juga yang mungkin sahaja sudah terlupa. Fasa demi fasa memenuhi membangun rukun Islam ketiga ini. Sebelum itu, syukur kerana dengan izin-Nya PC dapat berkongsi sedikit artikel diblog ini.
Fasa demi fasa. Macam juga sebelum kita boleh berlari, semua bermula daripada langkah dari tapak kaki kecil yang pertama. Ketika bertatih entah berapa kali terjatuh dan terluka. Sedangkan sudah kuat berdiri, berjalan, berlari dan melompat pun sesekali terjatuh dan terluka jugakan hingga kini. Apatah lagi menjalani ibadah puasa.
PC percaya dan selalu berfikiran semua ada prosesnya. Ada tahap-tahapnya juga. Lebih-lebih lagi nak betulkan hati. Nak perbaiki niat. Apatah lagi ketika berpuasa dibulan Ramadan. Besar cabarannya. Berat beban rasa yang perlu dan mesti ditanggung. Macam Tengok drama je. Menghayati jalan cerita Ada satu beban rasa dan perasaan yang mesti dipikul.
Macam lucu. Hakikatnya tak lucu langsung. Bagi orang yang boleh berpuasa tidak menjadi masalah in sya Allah, tapi bagi orang lain yang nak berpuasa tapi tidak boleh atau memang tidak mahu berpuasa tapi dipaksa dan terpaksa puasa maka berat apa yang ditanggung. Tidak tahan dahaga. Tidak sanggup lapar itu antara sebab ada yang pilih untuk berbuka dipertengahan puasa atau memang sengaja tidak puasa.
Adakala terfikir apa yang dicari saat Ramadan. Seiring usia kematangan, ketajamannya tentu sahaja bertambah Dan boleh berubah. Kalau dulu mungkin puasa tu cuma puasa. Kan zaman kanak-kanak Kalau ditanya kenapa puasa, majoriti jawapannya sebab nak duit raya. Tak puasa tak dapat duit raya. Tak boleh raya. Kalau tak puasa malu sebab orang lain semua puasa. Apa lagi, banyak alasannya.
Tapi seiringnya waktu, mula sedar puasa ni tidak hanya puasa. Bukan cuma tahan lapar dahaga. Jauh sekali cuma nak lengkapkan rukun Islam ketiga sebaliknya puasa ini jauh lebih besar ertinya dan sangat-sangat halus cara mendidik jiwa hamba-hamba-Nya. Lebih menghayati puasa dibulan Ramadan akan menikmati lebih kemanisan nikmatnya ibadah.
Puasa kerana Allah dibulan Ramadan. Pastikan cari dan temui apa yang dicari saat Ramadan ya.
Tinta Perdu Cinta ❤ APA YANG DICARI SAAT RAMADAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/04/apa-yang-dicari-saat-ramadan.html