Apa Yang Best Sangat Belajar Di Uia Life As A Iium Student
Musim konvo rupanya, patut la banyak lihat orang upload gambar konvo. Oktober dah berlalu, teringat musim konvo di UIAM Oktober 2010 yang lalu. Wahh 9 tahun dah berlalu tapi rasa baru lagi dan rasa masih muda
Nak throwback sikit gambar-gambar konvo di UIA sebagai kenangan di sini. Sayang sekali masa belajar di UIA selama 6 tahun (matriks 2 tahun + main campus UIA Gombak 4 tahun) tak banyak gambar diambil maklum la pakai fon cikai hehe
Melangkah dengan penuh konfiden hehe
Tunduk salam hormat
Ok, saya dan isteri sama belajar tapi course lain2 saya IRK (google la sendiri apa maksudnya hehe) dia econs. Remember halal gap. Bila lagi nak cari jodoh kalau bukan waktu belajar
Alhamdulillah tempat belajar dan tempat jumpa jodoh. Dating2 kitorang takda ya!
Memang muda waktu itu hehe sekarang pun masih muda
Ok apa yang best belajar kat UIA ni sebenarnya? Bukan lama sangat ke 6 tahun? Bukan susah ke belajar UIA sebab semua dalam English dan Arabic?? Sebenarnya itu yang buat saya lagi suka UIA....
What makes IIUM/UIAM among the best campus you should choose to study...
ALL IN ENGLISH AND ARABIC LANGUAGE
Sebagai warga UIA memang wajib ambil subjek bahasa Arab dan English sebagai basic course. Walaupun anda ambil course engineering, arkitek, economics contohnya tetap kena belajar arab yang basic sahaja and the rest course of course memang dalam English.
Memang susah belajar semua subjek dalam English tapi lama2 jadi biasa cuma masa nak buat presentation tu kena prepare awal nanti gugup lak nak membentang dan menjawab soalan dari lecturer hehe.
Lecture datang dari pelbagai negara ada yang ok ada yang sadis dalam memberi markah.. itu biasa la
CAMPUS
UIA menyediakan campus yang lengkap untuk semua pelajar, nak duduk luar pun boleh tapi bagi saya agak leceh. Tinggal di dalam lebih seronok sebab fasiliti semua lengkap dan senang nak ulang alik ke kelas. UIA ni berpusat, kampus lelaki dan perempuan di sekelilingnya jadi boleh jalan kaki sahaja ke kelas.
Kalau kampus jauh sikit tu boleh naik bas yang sentiasa bergerak dalam UIA, percuma.
Dekat kampus lelaki memang best, kitorang boleh sambung network LAN, macam2 boleh dikongsi. Waktu malam jalan ke bilik kawan bersembang dan membawang.
Di UIA ni memang sejak zaman matriks ke main campus, kes buli memang takda. Kitorang ni baik2 dan takda masa untuk aktiviti itu.
DRESS CODE
Ada dress code yang perlu dipatuhi, mesti berpakaian sopan sejuk mata memandangnya asalkan kemas. Masa ke kelas ataupun outing semua pelajar memang menjaga dress code tapi takda skema sangat sampai kena pakai tali leher. Asalkan kemas saja, rambut tak boleh panjang nanti pak guard tegur. Kalau berjalan ke luar orang boleh trace kita sebagai budak UIA..
ENVIRONMENT/ EVENT
Pergaulan antara lelaki dan perempuan juga terkawal dan sejuk mata memandang sebab batas pergaulan ni memang dijaga. Kita dapat lihat pelajar antarabangsa dari pelbagai negara macam dari Arab, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Singapura dsbnya. Diorang ni memang ramah2. Waktu ni la ramai boleh kenal kawan dari negeri2 lain juga. Awek pun ramai juga hehe. Di sini kita memanggil diri kita sebagai "brothers and sisters". We are respecting each other.
Mana2 U pun memang cantik kan tapi saya suka design UIA ni sebab bangunan dia beratap hijau sedap mata memandang dan bersih. Suasananya islamik dan selalu jadi pusat untuk aktiviti keagamaan macam ceramah, konsert, sambutan2 yang pelbagai. Kalau ada konsert dari artis2 best memang saya akan pergi, Amy Search pun pernah buat persembahan di UIA.
Sports complex pun tak jauh dari asrama dan saya waktu petang suka berjoging/swimming/gym. Joging di belakang stadiumnya memang best sebab atas bukit. Sejuk dan boleh nampak pemandangan cantik.
Library waktu malam memang seronok untuk dikunjungi, selain jadi tempat study boleh jadi tempat melayari internet. Zaman saya mana ada smartfon lagi. Kalau malas nak ke library boleh pergi ke cc tapi kena bayar la.
NIGHT MARKET/ PASAR MALAM
Pasar malam sebelah UIA je setiap Rabu. Memang macam2 ada pilih saja apa yang mahu macam char kiey tiow, ayam goreng, keropok lekor, mee, nasi2, cd movie terbaru macam2 lagi la hehe
FOOD
Makanan UIA tak kurang bestnya. Walaupun kebanyakan tukang masak saya tengok dari Indonesia tapi ok masakannya. Nak cari makanan timur tengah pun ada. Of course harga student price dan berpatutan. Kadang kita boleh nampak student lelaki dalam kafe kampus student perempuan dan sebaliknya, mencari kepelbagaian makanan sebenarnya tu...
Kalau boring dengan makanan UIA, di luar sekitar UIA banyakk, tak jauh boleh naik motor dan ada yang sewa kereta bawa kawan2 semata2 nk pergi makan
STRATEGIC DISTANCE
Bagi saya UIA lokasi paling strategik berbanding U lain sebab dekat dengan sempadan Pahang, senang nak balik kampung hehe. Nak ke KL pun senang naik bas rapid dan tren sekejap je dah sampai. Asal boring hari minggu pergi KLCC, Midvalley dll.
REGISTER COURSE
Yang ini pun saya rasa tak seperti U lain. Kita boleh register mana2 mata pelajaran dalm course yang diambil secara manual. So senang nak pilih masuk kelas dengan kawan2 sekepala. Boleh add dan drop subject. Bila dah sampai masa kena regis, kena cepat add takut ada orang lain dah ambil, penuh, nanti kena masuk kelas dengan orang yang tak kenal pula. Saya dah banyak kali kena tapi ok saja jumpa kawan baru.
Lagi banyak daftar lagi cepat habis belajar tapi berat la sikit hehe.
Sebenarnya banyak lagi tapi cukup sampai sini saja apa yang menarik tentang UIA ni. Saya memang rekemen adik2 yang baru lepas SPM tu boleh try masuk UIA. Tak kira ambil course apa tapi belajar la bersungguh sampai grad...
U'll like it and gonna missed it after you grad..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/11/apa-yang-best-sangat-belajar-di-uia.html