Apa Salah Saya Tergamak Mereka Tabur Fitnah Misha Beri 7 Hari Kepada Pelaku Tuduh Guna Mak Esah




KUALA LUMPUR - “Saya tidak minta wang ringgit, sebaliknya mahu individu terbabit berjumpa saya secara empat mata untuk memohon maaf tanpa bersyarat di hadapan rakan yang lain kerana mereka yang menyaksikan jatuh bangun saya."  Tegas penyanyi dan pengacara, Misha Omar dalam sidang media petang tadi di ibu negara. Jelas Misha, tuduhan beberapa individu yang mendakwa dia menggunakan sihir ketika beraksi pada Anugerah Juara Lagu Ke- 33 (AJL 33) adalah keterlaluan. Katanya, penyebaran status di laman Twitter yang mengaitkannya dengan perbuatan khurafat itu mencalarkan reputasi dan kerja keras sepanjang 17 tahun menceburi bidang seni suara. “Saya rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan diri selepas beberapa individu membuat tuduhan itu, sedangkan mereka tidak mengenali atau tahu perjalanan yang saya lalui. “Sudah tentu saya ingin bertanya, apa salah saya dan di mana mereka mendapat maklumat hingga tergamak menabur fitnah seperti itu,” katanya yang memberi tempoh tujuh hari kepada pihak terbabit atau berdepan tindakan susulan. Menurutnya, tindakan tegas itu terpaksa diambil untuk mendidik masyarakat supaya tidak menyalahgunakan media sosial hingga menjadikannya sebagai senjata fitnah dan mengaibkan orang lain. “Pada awalnya, saya anggap ia sebagai gurauan, namun selepas ada dalam kalangan rakan artis junior turut mengusik dengan menyebut perkataan 'Mak Esah', ia menunjukkan perkara itu sudah merebak. “Sudah pasti, saya berkecil hati, kecewa dan marah. Ada juga komen yang mengaitkan saya dengan jin kerana mengadakan latihan akhir bersama Datuk Syafinaz Selamat di ruang berhampiran tandas di stadium, tempoh hari,” katanya. Sidang media itu turut disertai dua peguamnya dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil iaitu Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim.
Abi Mursyidin berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan susulan sebaik penyanyi terbabit bertemu mereka untuk mendapatkan nasihat guaman. “Kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengenal pasti individu yang terbabit, selain menunggu tindakan lanjut. “Misha bukan menuntut wang berjuta, sebaliknya cuma mahu mereka meminta maaf. Lebih elok juga status itu dipadam dan jangan disebarkan lagi. Kita tunggu hingga tujuh hari lagi atau tindakan susulan akan dibuat,” katanya. Terdahulu, Misha memberitahu sudah membuat, dua laporan polis, masing-masing di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan,  semalam. Pada kemuncak AJL 33 yang berlangsung 3 Februari lalu, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, 37, dinobatkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik. Lagu nyanyiannya, Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri pula memenangi tempat ketiga.
Sumber: Berita Harian &  Astro Awani


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.3rasa.com/2019/02/apa-salah-saya-tergamak-mereka-tabur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Negeri Dibawah Kepimpinan Ulama Teratas Salah Guna Dadah

Kelantan Negeri Dibawah Kepimpinan Ulama Teratas Salah Guna Dadah

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 358 hits
Kelantan teratas salah guna dadah kata menteriFMT ReportersPETALING JAYA Kelantan dalam senarai teratas kadar penyalahgunaan dadah diikuti Terengganu Perlis dan Kedah kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail Katanya ia berdasarka...
Tuduh Pm Derhaka Satu Fitnah Jahat Backbenchers Selar Pembangkang

Tuduh Pm Derhaka Satu Fitnah Jahat Backbenchers Selar Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 202 hits
SITI NUR ZAWANIKelab Penyokong Kerajaan Madani menempelak tuduhan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat semalam yang menuduh Perdana Menteri derhaka terhadap institusi diraja berkaitan isu Titah Adendum Kelab itu dalam satu kenyataan menegaskan...
Sekolah Hari Pertama Cikgu Beri Pesanan Pada Mak Ayah

Sekolah Hari Pertama Cikgu Beri Pesanan Pada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 403 hits
Sesi persekolahan 2025 yang bermula hari ini pastinya membuatkan tugas ibu dan ayah kembali sibuk dengan rutin harian anak ke sekolah Paling mendebarkan pastinya ibu dan ayah murid Tahun 1 yang baru melangkah masuk ke sekolah hari ini Pasti...
Di Malaysia Guna Nama Islam Kalah Saman Fitnah Paling Banyak

Di Malaysia Guna Nama Islam Kalah Saman Fitnah Paling Banyak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 282 hits
Tarmizi Mat Jam Apa kata Erdogan Agak2 apa pula kata Hj Hadi dan segala suku sakat walaun Amacam
Salah Guna Kuasa Hanya Kerana Menteri Dari Parti Dap Keterdesakan Pemb

Salah Guna Kuasa Hanya Kerana Menteri Dari Parti Dap Keterdesakan Pemb

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 326 hits
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mempersoalkan jika Pengerusi Jawatankuasa Kira kira Wang Negara Mas Ermieyati Samsudin mempunyai motif tersembunyi kerana mencadangkan beliau mungkin dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan kerugia...
Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 482 hits
Februari 8 2025 Dua peguam mempersoalkan alasan menteri belia dan sukan itu yang menjadi sasaran kritikan kerana hadir di mahkamah dengan kenderaan rasmi dan ditemani bodyguard Hannah Yeoh mempertahankan penggunaan kenderaan rasmi dan penga...
Dapat Hadiah Hari Lahir

Dapat Hadiah Hari Lahir

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 460 hits
Dapat Hadiah Hari Lahir Assalamualaikum Hai selamat pagi semua harap semua simpan sini hadiah hari lahir buat Cik Ash Hadiah yang Cik Ash dapat iaitu sehelai tudung bawal dari Minaz Hijab boleh pakai nanti raya ni hahaha Hadiah ini adalah h...
Isteri 17 Hari Koma Selepas Emergency Caesarean Suami Luah Rasa Rindu

Isteri 17 Hari Koma Selepas Emergency Caesarean Suami Luah Rasa Rindu

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 397 hits
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Awie meluahkan rasa rindu terhadap isterinya yang kini sedang koma akibat komplikasi melahirkan anak secara emergency caesarean Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Awie di laman TikTok isterinya Syer...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Ayam Masak Madu Suri Hati Dan Moist Kek Cinnamon Roll Omggg

Delicious Authentic Indian Beef Curry Recipe With Coconut Milk

Lorong Seni Dan Pelancongan Kkb

Masjid Jamek Ar Rahimah

Lily By Alan Walker A Reminder Of Fear And Curiosity

Rinduuu Blogging