Apa Punya Musibat
Raba payudara anak depan isteri, pemimpin BN dipenjara 10 bulan
November 8, 2021
Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional hari ini memulakan hukuman penjara 10 bulan kerana mencabul anak perempuannya yang berusia 12 tahun, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hanipah Farikullah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan hukuman penjara yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, dua tahun lalu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak daripada Barisan Nasional diarahkan menjalani hukuman penjara kerana mencabul anaknya tiga kali ketika mangsa berada di hospital.
Hanipah yang bersidang bersama Ahmad Nasfy Yasin dan Hashim Hamzah bagaimanapun membatalkan denda RM5,000 yang ditambah oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu terhadap lelaki yang kini berusia 73 tahun itu.
Bekas ADUN dari Perak itu mencabul anaknya di Hospital Taiping pada 6 petang, 15 April 2015.
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM3,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
Lelaki itu kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman, seterusnya Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara dan menaikkan jumlah denda kepada RM5,000.
Hakim Mahkamah Tinggi turut mengarahkan tertuduh menulis surat memohon maaf kepada mangsa dan isterinya, yang kini telah bercerai dengannya. Tertuduh mematuhi arahan itu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
Menurut fakta kes, tertuduh melawat anaknya yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Dia telah duduk di sisi katil anaknya itu dan meraba payudara mangsa walaupun ibu gadis itu turut berada di situ.
Dia kemudian mengulangi perbuatan itu selepas gadis itu selesai makan tanpa mengendahkan isterinya yang memarahinya.
Malah dia mengulangi perbuatan itu untuk kali ketiga dan sekali lagi dimarahi isterinya. Lelaki itu kemudian pulang ke rumah.
Keesokannya, selepas dibenarkan pulang dari hospital, mangsa memaklumkan kepada ahli keluarganya perkara yang berlaku dan membuat laporan polis pada 17 April 2015.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/11/apa-punya-musibat.html