Apa Pun Alasa Ianya Adalah Pembohongan Yang Nyata Kalau Dah Menikah Haram Mana Nak Jadi


 




RUU355: Timbalan Menteri Pas kata jangan ingat bila kahwin esok, terus dapat anak

September 27, 2021Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibentangkan mengikut peringkat.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat tahap yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu, sebelum rang undang-undang (RUU) pindaan akta tersebut dibawa ke Parlimen.
“Bila dibawa ke Parlimen, itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan. Kemudian ia dibaca sampai jadi perundangan.
“Hukum-hakam ini wajib, bukan sunat. Kita mesti laksanakan undang-undang mengikut tahap.
“Jadi semua rantaian ini adalah pelaksanaan Islam. Sebagaimana seseorang itu kahwin, jangan pula kita sebut bila kahwin esok, kita hendak anak terus, dapat anak baru kahwin. Tidak, ia ada proses.
“Sama seperti RUU ini apabila Perdana Menteri kata akan dibawa ke Parlimen, itu adalah pelaksanaan Islam,” katanya dalam wawancara disiarkan Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanyakan sama ada RUU 355 mampu dilaksana sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Dalam masa sama, Nik Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, tahap pelaksanaan RUU 355 juga terserah kepada Allah.
“Insya-Allah kita akan buat satu program yang besar supaya kita mampu menerangkan kepada masyarakat majmuk.
“Itu pelaksanaan Islam, kita buat langkah demi langkah, jadi tahap mana yang kita mampu laksanakan sehingga PRU, kita serah kepada Allah,” katanya.
Untuk rekod, kerajaan pada 14 September lalu memaklumkan cadangan meminda Akta 355 masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa siri mesyuarat telah diadakan sepanjang 2020 dan tahun ini.
Siri mesyuarat itu melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI).
Menurut Perdana Menteri, perbincangan itu melihat dari pelbagai aspek khususnya Perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar RUU 355 tersebut lebih komprehensif dan seterusnya dapat memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.
“Bagi meningkatkan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah pula, kerajaaan juga sedang mempergiat usaha untuk mendraf Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355).
“Setelah RUU 355 dimuktamadkan kelak, RUU 355 tersebut akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil,” katanya dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.
Sebelum ini, isu RUU 355 dilihat menjadi senjata politik Pas dalam menyerang PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) termasuk aksi himpunan mega Pas di Padang Merbok di ibu negara pada 18 Februari 2017.
Bahkan, pernah seorang ketua kawasan Pas di Kedah dalam kuliah agamanya membawakan contoh, jika Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Presiden PKR, tidak bersetuju dengan RUU 355 dalam pengundian di Parlimen, “dan selepas itu Kak Wan meninggal dunia, jasadnya kami kebumikan di jirat (perkuburan bukan Islam)”.
Walau bagaimanapun, beberapa kali usul berkaitan pindaan akta berkenaan dibawa Presiden Pas dalam sidang Parlimen tetapi tidak sempat dibahaskan.
Cadangan meminda Akta 355 diusulkan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016.
Beliau mencadangkan hukuman mengikut hukum syarak kecuali hukuman mati tetapi kemudian ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat berikutnya.
Pada 24 November 2016 pula, Hadi mengemukakan pindaan kepada usul pertama dibuat pada 26 Mei dengan mencadangkan hukuman denda RM100,000, penjara 30 tahun dan sebat 100 kali serta pindaan usul itu ditangguhkan.
Selanjutnya, pada 6 Mei 2017, usul itu dicadangkan semula dengan lebih mendalam Ahli Parlimen Marang dan diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan tetapi tidak dibahaskan kerana Dewan Rakyat menangguhkan usul itu untuk dibahaskan ke persidangan berikutnya.
Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tahun lalu, persoalan mengenai RUU 355 sekali lagi dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.
Pada 22 Julai 2020, dalam soalan lisan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom mengenai status pindaan Akta 355, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ia memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh agar tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam masa, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat pada 10 Ogos tahun lalu ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap, pindaan RUU 355 akan dapat direalisasikan sebelum beliau mati.
Hingga kini RUU 355 belum dibahaskan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/apa-pun-alasaianya-adalah-pembohongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Beli 10 Kereta Terpakai Yang Bagus Kondisinya

Macam Mana Nak Beli 10 Kereta Terpakai Yang Bagus Kondisinya

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 267 hits
Macam mana anda nak beli 10 buah kereta sekali gus yang kesemuanya dalam keadaan baik dan memuaskan hati Jika ada banyak duit cara paling mudah pergi beli kereta baru Habis cerita Insyaallah kesemuanya baik baik belaka Kondisinya sudah tent...
Judi 22 Kali Dari 8kali Juga Adalah Takdir Apa Nak Heran Dengan Balak

Judi 22 Kali Dari 8kali Juga Adalah Takdir Apa Nak Heran Dengan Balak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 144 hits
Hamzah Rie NaJangan nak salahkan takdir salahkan tangan tangan yang tamak haloba menjarah balak sampai bukit bukau Tak ada penampan lagi Tebang balak sesuka hati Sampai balak balak tu hanyut menunjukkan diri dimata rakyat Lagi nak menipu da...
Umno Tolak Bersama Bersatu Bersatu Sedia Langgar Umno Pas Nak Ikut Mana

Umno Tolak Bersama Bersatu Bersatu Sedia Langgar Umno Pas Nak Ikut Mana

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 172 hits
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum UMNO memang sudah memuktamadkan tidak mahu bersama atau bekerjasama dengan Bersatu bagi menghadapi PRU15 akan datang Oleh kerana ketetapan tersebut telah dimuktamadkan oleh Perhimpunan Agung UMNO ata...
Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

Hai Dulu Sakan Nak Berperang Oktoberfest Sekarang Maciam Mana

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 281 hits
BOB KELANANGDULU Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menjelaskan bahawa parti itu menentang penganjuran pesta arak Oktoberfest kerana ia diadakan secara terbuka di tempat awam dan tidak ada jaminan bahawa umat Islam tidak a...
Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 288 hits
Susu untuk bayi dan kanak kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar dan susu tepung Disebabkan itu ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memaha...
Ni Sakai Kluaq Utan Mana Ni Hang Nak Sembang Bab Penang Ingat Zaman Bila Ni

Ni Sakai Kluaq Utan Mana Ni Hang Nak Sembang Bab Penang Ingat Zaman Bila Ni

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 199 hits
Sabri Mayat Eyda Shuhaida kat penang tiap tiap hari ada pertempuran tembak menembak kena bom ke abam g dulu takde lagi
Betapa Kecewanya Rakyat Bila Ruu355 Tidak Dibentangkan Sehingga Kini Pembohongan Yang Nyata

Betapa Kecewanya Rakyat Bila Ruu355 Tidak Dibentangkan Sehingga Kini Pembohongan Yang Nyata

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 197 hits
78 peratus orang Islam kecewa RUU355 belum dibentang KajianSeptember 21 2021 Badan penyelidik Ilham Centre mendedahkan majoriti orang Melayu Muslim iaitu sebanyak 78 3 peratus telah melahirkan rasa kecewa apabila Rang Undang undang Mahkamah...
Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu Lembut

Macam Ni Caranya Nak Dapatkan Kulit Cucur Badak Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 283 hits
Jom kita kongsi step by step cara nak buat kulit cucur badak versi Zuraida Abdullah yang diwarisi daripada arwah ibunya Bahan bahan yang digunakan pun mudah dan ringkas Resipi ini memuatkan kuantiti bahan untuk makan sendiri dan meniaga RES...
Rutin Baru Daddy Yang Membahagiakan Shuib Dah Tahu Rentak Ayash Mudah Nak Urus

Rutin Baru Daddy Yang Membahagiakan Shuib Dah Tahu Rentak Ayash Mudah Nak Urus

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 237 hits
Rasanya baru sahaja dapat tahu berita pemergian arwah Siti Sarah Sedar tak sedar dah lebih 40 hari arwah dah kembali kepada penciptaNya Kini amanah yang ditinggalkan diambil alih oleh Shuib sepenuhnya Apa yang membuatkan ramai kagum adalah ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera