Apa Perlu Buat Jika Terkena Covid




Apa perlu buat jika terkena covid? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang semakin baik, alhamdulilah. Selepas sahaja “pulih” daripada covid, ramai sebenarnya yang bertanyakan apa simptom covid 19 omicron ini. Macam aku, aku berada di dalam kategori 2, jadinya simpton aku adalah demam dan batuk. Dan simptom covid mengikut hari, contohnya hari pertama tu demam, kemudian hari kedua beransur pulih namun masih batuk sehinggalah hari ke tujuh kuarantin di rumah, masih juga batuk.

tanda2 awal terkena jangkitan covid. Menjawab beberapa pertanyaan rakan-rakan, apa tanda awal terkena jangkitan covid, pada mulanya aku sakit tekak. Dalam seminggu awal tu, memang dah rasa tak selesa pada tekak. Macam dah mula nak perit. Tapi aku pada awalnya memang ambil strepsil. Sebab dari dulu, kalau mula nak sakit tekak, memang awal-awal dah ambil strepsil.

Dan pada hari sabtu, aku mula demam. Demam yang rasanya, bukan demam biasa, sebab semua sendi sakit. Lenguh di semacam! Terbaring je tak macam demam biasa, boleh lagi buat kerja, ini dia tangkap semua sendi. Dan sehari jugalah terbaring. Ini bila rasa demam yang luar biasa ini, dalam fikiran aku waktu itu, mungkin inilah tanda tanda awal jangkitan covid 19!

Hari ahad, demam aku mula kebah tapi masih batuk. Tapi waktu ini aku belum buat swab test lagi. Sebab rasa macam ok je waktu itu. Masuk hari isnin, aku masih juga batuk dan tak mampu nak kerja waktu itu, jadinya terpaksa ambil cuti, dan waktu itu, katanya rakan sekerja ada yang positif, dan mahu tak mahu, terpaksalah buat test, dan aku disahkan positif covid 19.

Dan begitulah cerita jika ada yang Tanya, apa tanda awal kena jangkitan covidini, mulanya aku sakit tekak, kemudian aku demam dan akhirnya batuk sampai ke sudah, tak elok-elok batuknya. Aduhai!

jangkitan covid melalui udara. Dan jika diingatkan balik, rasanya aku terjangkit melalui udara. Hari sebelum aku demam tu, memang seharian aku duduk dalam bilik tertutup dengan penyaman udara yang sangat sejuk! Bilik kecik, ramai pula keluar masuk, dan mungkin salah seorang rakan yang dah terkena jangkitan covid ini masuk dan menjangkiti orang lain.

Itu tafsiran awal aku macamana boleh terjangkit covid ni. Sebab memang last aku ingat, hari sebelum aku demam tu, seharian aku duduk dalam bilik tu. Kalau aku duduk di merata tempat, memang agak susah juga lah nak teka aku terjangkit dari mana kan.

Apa perlu buat jika terkena covid? Eh! Ini soalan pun ada yang Tanya, aduhai! apa perlu buat jika terkena covid? Jawapannya adalah, pertama sekali jangan panik. Sebab ada orang, dia jadi panik memikirkan macam-macam benda! Jadi benda pertama jangan panik. Kemudian tengok balik diri korang, apa simptom yang ada. Macam aku demam dan batuk. Ada orang demam, batuk dan selsema. Ada juga yang hilang deria rasa dan bau. Jadi tengok diri korang, sebab simptom orang lain-lain. Tapi semua ini adalah di antara tanda korang dah dijangkiti covid ya!

Kemudian apa perlu buat jika ada simptom covid 19? Perkara pertama adalah, buat saliva test atau kalau nak lebih tepat lagi buat PCR test terus. Dekat ini adalah cara mengetahui kita positif covid atau tidak. Sebab ada yang demam dan batuk tetapi tidak positif. Jadi, buat test dulu ya.

Kalau positif, pertama sekali asingkan diri supaya tak menjangkiti orang lain. Kemudian makanlah ubat yang sesuai serta perbanyakkan minum air mineral. Air mineral ini memang sangat penting ya! Kadang kita rasa macam dah kenyang sangat tapi paksa juga minum ya!

Langkah seterusnya adalah, tolong update dalam mysejahtera. Atau beritahu orang sekeliling. Janganlah senyap seribu Bahasa. Jiran sebelum rumah pun tak tahu yang kita ni positif. Janganlah begitu ya.

Seterusnya, pantau simptom covid mengikut hari. Ada yang demam sehari je kemudian batuk. Ada yang berhari-hari tiada deria rasa dan bau. Jadi, pantau kesihatan tubuh masing-masing. Apa yang merisaukan adalah kalau sesak nafas, ini yang sebenarnya aku paling risau sebenarnya. Tapi alhamdulilah, kami sekeluarga kini semuanya sihat sejahtera, alhamdulilah.

Dan kalau korang mula rasa tak sedap, janganlah diamkan diri di rumah. Segeralah ke hospital atau telefon 999. Atau beritahu rakan terdekat supaya mereka boleh bantu, okey! Apa pun, sekali lagi aku nak kongsikan, jangan panik! Sebab kita dah bertahun hidup dengan covid ni, jadi pastinya kita dah kena biasakan, okey!

Sampai sini dulu perkongsian aku, ada masa nanti aku cerita lagi pasal benda ini ya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrejoy.com/2022/03/apa-perlu-buat-jika-terkena-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tipu Status Positif Covid 19 Di Mysejahtera Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

Hiburan Tipu Status Positif Covid 19 Di Mysejahtera Majikan Ini Ambil Keputusan Pecat Pekerja

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 271 hits
Semenjak dunia dilanda pandemik COVID 19 sektor ekonomi telah mengalami perubahan dan ramai majikan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan budaya kerja dari rumah ataupun Work From Home Namun saat negara semakin mencatatkan peningkata...
Pemkab Bantul Perintahkan Rs Tingkatkan Tempat Tidur Untuk Pasien Covid 19

Pemkab Bantul Perintahkan Rs Tingkatkan Tempat Tidur Untuk Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 230 hits
Agus mengatakan bagi rumah sakit swasta agar melakukan konversi atau menyediakan minimal 20 persen dari kapasitas tempat tidur untuk penanganan Covid 19 sementara bagi rumah sakit pemerintah sebanyak 30 persen dari jumlah tempat tidur
Kim Taeri Positif Covid 19 Twenty Five Twenty One Batal Penggambaran

Kim Taeri Positif Covid 19 Twenty Five Twenty One Batal Penggambaran

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 282 hits
Terbaru Kim Tae ri dikhabarkan telah disahkan positif COVID 19 Menurut berita pelakon wanita itu sedang menjalani kuarantin kini selepas menerima keputusan tersebut Malah penggambaran drama Twenty Five Twenty One turut membatalkan penggamba...
Suhu Tinggi Badan Berbintik Merah Anak Positif Covid Ain Edruce Mohon Doa

Suhu Tinggi Badan Berbintik Merah Anak Positif Covid Ain Edruce Mohon Doa

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 209 hits
Selepas suami disahkan positif Covid 19 sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal iaitu Ain Edruce memberitahu anak perempuannya Soraya pula didapati positif Covid Kerisauannya sebagai ibu sebelum ini terjawab setelah melihat Soraya tak si...
Tak Perlu Risau Susukan Anak Lepas Positif Covid 19 Ini Langkah Mama Perlu Buat

Tak Perlu Risau Susukan Anak Lepas Positif Covid 19 Ini Langkah Mama Perlu Buat

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 169 hits
Selepas disahkan positif Covid 19 pelbagai perkara mula difikirkan dan pastinya amat bimbang untuk mendekat anak kecil apalagi menyusukan mereka Buang jauh rasa bimbang itu kerana ianya tidak membahayakan bayi malah boleh terus menyusu sepe...
Sporadic Covid 19 Cases On The Rise In Sabah Says State Minister

Sporadic Covid 19 Cases On The Rise In Sabah Says State Minister

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 289 hits
Datuk Masidi Manjun said the cumulative number of new Covid 19 positive cases in Sabah increased to 346 665 cases today with seven deaths reported namely two cases each in Kota Belud and Tenom and one case each in Kota Kinabalu Kinabatangan...
Kadar Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Tetapi Kj Kata Ia Lebih Rendah Berbanding Gelombang Varian Delta

Kadar Kematian Akibat Covid 19 Meningkat Tetapi Kj Kata Ia Lebih Rendah Berbanding Gelombang Varian Delta

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 390 hits
Kadar kematian akibat Covid 19 meningkat tetapi KJ kata ia lebih rendah berbanding gelombang varian DeltaKadar kematian akibat Covid 19 kembali meningkat namun ia dilihat lebih rendah berbanding ketika negara berhadapan gelombang varian Del...
Covid 19 115 Deaths Highest In Five Months 27 500 New Cases

Covid 19 115 Deaths Highest In Five Months 27 500 New Cases

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 1288 hits
COVID 19 The Health Ministry said 27 500 new daily Covid 19 cases were reported yesterday bringing the total cumulative cases to 3 496 090 Health authorities also recorded 115 new fatalities yesterday putting the death toll at 32 942 The la...
Ppim Akan Fail Rayuan Mohon Semakan Kehakiman Desak Kkm Perjelas Isu Covid 19 Kenyataan Media Ppim 02 03 2022

Ppim Akan Fail Rayuan Mohon Semakan Kehakiman Desak Kkm Perjelas Isu Covid 19 Kenyataan Media Ppim 02 03 2022

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 252 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan persatuan untuk meneruskan tindakan undang undang bagi memaksa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia menjawab s...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord