Apa Perlu Buat Jika Kayu Atau Rumah Dimakan Anai Anai
APA PERLU BUAT JIKA KAYU ATAU RUMAH DIMAKAN ANAI-ANAI Hi semua..Sebelum saya dan suami beli rumah ni kami ada survey beberapa rumah di kawasan ni jugak. Tapi di Lorong lain la. Kat lorong rumah kami ni tak de yang nak dijual. Kami kalau boleh nak cari rumah yang dekat kawasan ni juga sebab dekat dengan tempat kerja suami, dekat dengan sekolah dan kedai-kedai.
Tapi ada banyak rumah yang kami cari kat sini, bahagian siling rumah tu ada anai-anai. Dah la ada anai-anai nak jual mahal pulak tu. Tapi Allah tahu kesusahan hambaNya. Rupa-rupanya tuan rumah yang kami tengah sewa ni nak jual rumah dia. Terus kami beli dan tak payah sibuk nak pindah.
Masalah anai-anai ni bukan masalah kecil tau. Boleh runtuh rumah korang kalau korang tak bertindak cepat menghalau anai-anai ni. Kalau rumah teres yang bersambung ni, dia boleh rosak kan satu lorong ni terus.
Sebab tu kalau korang nak beli rumah yang lama2 ni, tanya dulu orang kat lorong tu, rumah kat lorong ni ada anai-anai tak? Kalau satu rumah ada anai-anai maknanya, semua kat lorong tu berisiko ada anai-anai jugak.
Begitu lah bahayanya anai-anai ni.
Dulu masa arwah Tokwan suami saya ada, dia akan sapu minyak pada bahagian tertentu rumah di kampung untuk elak kan anai-anai. Tapi sejak arwah pergi anai-anai mula naik ke rumah dan makan semua kayu bahagian atas.
Sekarang pakngah dengan makngah terpaksa runtuhkan bahagian atas rumah tu dan buang semua kayu-kayu lama. Tempat anai-anai membiak pun dimusnahkan. Dan diaorang selalu pastikan tempat tu dan kawasan sekeliling bebas anai-anai.
Untuk menghalau dan memusnahkan tempat yang ada anai-anai ada beberapa cara yang korang boleh cuba. Saya senaraikan agar masalah anai-anai tak lagi menghantui rumah korang.
5 Cara Menghalau dan Memusnahkan Anai-anai:
1- Tuang racun anai-anai pada semua tempat dan laluan yang ada anai-anai. Yang ni memang banyak sikit kerja tapi berbaloi. Dan benda ni korang kena buat banyak kali. supaya anai-anai 100% tak de. Racun anai-anai korang boleh beli di kedai-kedai hardware.
2- Buang semua kayu, kotak, buku-buku dan kertas yang sudah dimakan anai-anai. kalau boleh bakar, bakar je la. Kalau kayu tu dibahagian atas rumah cuba lah ganti kayu tu selepas anai-anai dah hilang.
3- Gunakan minyak diesel dan sembur pada kawasan yang ada anai-anai. Cara ni lebih sesuai kalau anai-anai tu di tanah. Kalau bahagian dalam rumah tak sesuai takut kalau ada percikan api, terus sambar kawasan ada diesel.
4- Hubungi pest control. Untuk anai-anai yang dah terlalu banyak sampai tak dapat di kawal lebih baik bagi pakar sahaja yang menguruskan nya.
5- Cuba buat rawatan Termite Baiting . Termite baiting ni adalah salah satu cara mengumpan anai-anai agar masuk ke kawasan umpan. Umpan anai-anai akan diletak kan di kawasan rumah .kemudian anai-anai akan masuk ke kawasan umpan. Seekor anai-anai yang mati akan dimakan oleh anai-anai lain. Lama kelamaan semua anai-anai akan mati.
Itu lah 5 cara yang korang boleh cuba untuk menghalau dan membunuh anai-anai.
Sedikit nasihat untuk korang yang menyimpan barang2 seperti frame kayu, barang ukiran kayu, kotak-kotak dan buku-buku, kalau barang2 tu tak digunakan lebih baik simpan dalam storage plastik yang tertutup rapat,
Kalau nak cari rumah sewa atau nak beli rumah, bukan soal harga sahaja yang penting tapi juga anai-anai.
semoga entry ni bermanfaat untuk semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/06/apa-perlu-buat-jika-kayu-atau-rumah.html