Apa Nasib Pcs Ldp Selepas Kalah Pilihan Raya


Belum pengakhirannya buat Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) walaupun kalah pada pilihan raya Sabah baru-baru ini.
Penganalisis politik percaya kedua-dua parti itu mampu bersaing dengan lebih baik dalam pilihan raya akan datang dengan masa dan gabungan yang tepat.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata pilihan raya menjadi kayu ukur yang tepat bagi kedua-dua parti itu untuk menilai apa yang perlu mereka lakukan bagi meraih lebih banyak sokongan sebelum pilihan raya akan datang.
“Semestinya ada masa depan untuk kedua-dua parti. Tetapi sejarah membuktikan anda mesti mempunyai gabungan politik atau pakatan (untuk menang kerusi). Mereka tak akan beri banyak impak kalau terus bertanding sendirian,” katanya kepada FMT, sambil menambah pilihan raya kilat itu juga membuatkan semua parti tidak bersedia.
“Sekiranya mereka (LDP dan PCS) ada banyak masa untuk mempromosikan parti dan calon, saya rasa mereka boleh beri lebih banyak impak.
“Buat masa ini, mereka perlu kukuhkan parti – mula persiapkan pemimpin muda dan calon yang berpotensi. Tak boleh ada calon mengejut (ad-hoc) atau bidan terjun.”
Dihebahkan sebagai “kuasa ke-3”, PCS dan LDP dianggap sebagai pencabar terdekat kepada gabungan Warisan Plus dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang lebih besar.
Walaupun ada ahli politik veteran yang memimpin mereka – bekas menteri luar Anifah Aman untuk PCS dan bekas ketua menteri Chong Kah Kiat untuk LDP – tiada calon berjaya memperoleh kerusi semasa PRN pada 26 Sept lalu.
Majoriti calon di kedua-dua parti itu hilang deposit termasuk Chong yang bertanding di Inanam.
Presiden PCS Anifah, bagaimanapun, menduduki tempat ke-2 dalam pertembungan 4 penjuru untuk kerusi Bongawan yang akhirnya dimenangi Daud Yusof (Warisan).
Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata walaupun PRN merupakan keputusan yang pahit untuk ditelan kedua-dua parti itu, PCS dan LDP perlu terima kekalahan sebagai sebahagian daripada proses dan memperbaiki kelemahan mereka dari masa ke masa.
Beliau, bagaimanapun, yakin parti itu juga tidak mempunyai kelebihan untuk bertanding.
“Sebagai contoh, PCS baru saja menjenamakan semula parti dan rakyat masih belum sedar tentang itu. Mereka perlu meneruskan penjenamaan semula dan pada masa sama menyusun semula pendekatan mereka.
“Begitu juga, LDP perlu mencari semula semangat dan kembali kuat dengan menawarkan sesuatu yang segar. Mungkin, parti itu boleh mempertimbangkan pakatan yang strategik dengan Warisan Plus atau GRS,” katanya.
Semasa kempen PRN Sabah, tema kedua-dua parti itu adalah mengembalikan hak-hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama, PCS dan LDP mengambil pendekatan akan menyokong kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah hak negeri yang sekian lama itu.
PCS bertanding di semua 73 kerusi sementara LDP bertanding 46 kerusi, dengan kedua-dua parti tekad mahu kekal bebas daripada mana-mana gabungan atau pakatan lain. FMT
VK Liew ‘kawtim’ SPRM: RM500 ribu dipulangkan kepada LDP, hanya RM9,560.96 disita

The post Apa nasib PCS, LDP selepas kalah pilihan raya? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/07/apa-nasib-pcs-ldp-selepas-kalah-pilihan-raya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Yidin Letak Jawatan Atau Bersatu Kalah Pru

Pilihan Yidin Letak Jawatan Atau Bersatu Kalah Pru

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 407 hits
Norman Radzuan Perjalanan Anwar menjadi PM masih berliku Anwar perlu bertemu DYMM Agong Kita jgn terlalu ghairah menghina pengkhianat2 tersebut tetapi fokus dlm penulisan kita mengajak rakyat berdoa Kita merancang tetapi Allah sebaik baik p...
Bukan Masa Sesuai Adakan Pilihan Raya Kata Lam Thye

Bukan Masa Sesuai Adakan Pilihan Raya Kata Lam Thye

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Merujuk kepada ura ura kemungkinan pilihan raya mengejut seorang aktivis hari ini berkata sekarang bukan masa untuk bercakap atau menuntut kebebasan individu sebaliknya yang lebih penting adalah usaha merencana kebebasan dari p...
Pilihan Raya Negeri Sabah Tiada Kemenangan Mutlak Warisan Adalah Pemenang Terbanyak

Pilihan Raya Negeri Sabah Tiada Kemenangan Mutlak Warisan Adalah Pemenang Terbanyak

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 350 hits
nbsp KOTA KINABALU Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri Walaupun Gabungan Rakyat Sabah mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi namun GRS
Pakar Berbeza Pendapat Sama Ada Pilihan Raya Kilat Mampu Stabilkan Ekonomi

Pakar Berbeza Pendapat Sama Ada Pilihan Raya Kilat Mampu Stabilkan Ekonomi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 277 hits
Seorang ahli ekonomi dan ketua persatuan perniagaan berbeza pendapat sama ada pilihan raya mengejut mampu membantu menstabilkan ekonomi memandangkan pergolakan politik ketika ini memberi impak negatif ke atas ringgit dan pasaran saham Micha...
Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 327 hits
Beliau turut menyokong pendirian Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menghalang mana mana ahli Parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim
Jika Anwar Cukup Sokongan Tidak Perlu Pilihan Raya Mengejut

Jika Anwar Cukup Sokongan Tidak Perlu Pilihan Raya Mengejut

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 487 hits
Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran berpendapat tiada keperluan untuk negara mengadakan Pilihan Raya Umum secara mengejut sekiranya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai majoriti secukupnya pada pertemuan dengan Yang di Pert...
Demam Pilihan Raya As Pergelutan Untuk Masa Depan Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

Demam Pilihan Raya As Pergelutan Untuk Masa Depan Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 352 hits
Demam sebelum pilihan raya di AS masih merupakan faktor utama ketidakpastian yang tidak membenarkan kita membina ramalan jangka panjang Faktor utama yang tidak stabil adalah kedudukan kedua dua calon yang menjelaskan bahawa mereka tidak aka...
Malapetaka Jika Sarawak Buat Pilihan Raya Kata Bekas Menteri Kesihatan

Malapetaka Jika Sarawak Buat Pilihan Raya Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 350 hits
Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mengingatkan supaya pilihan raya tidak diadakan ketika berlaku peningkatan kes Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata malapetaka akan berlaku jika Sarawak mengadakan pi...
Muslimat Pas Temerloh Zahirkan Kekuatan Jentera Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 15

Muslimat Pas Temerloh Zahirkan Kekuatan Jentera Hadapi Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 321 hits
TEMERLOH Pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Parlimen Temerloh telah berjaya menghimpunkan seramai 115 anggotanya pada majlis di Darul Ansar Kampung Cempaka Lanchang di sini baru baru ini Kehadiran amat memberangsangkan ini sekali ...
Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Murtabak Kulit Popia

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Azan Terakhir Brigjen Soepardjo Jenderal Tertinggi Dalam G30s Pki

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Building A Memorable Brand Identity