Pakar Berbeza Pendapat Sama Ada Pilihan Raya Kilat Mampu Stabilkan Ekonomi


Seorang ahli ekonomi dan ketua persatuan perniagaan berbeza pendapat sama ada pilihan raya mengejut mampu membantu menstabilkan ekonomi memandangkan pergolakan politik ketika ini memberi impak negatif ke atas ringgit dan pasaran saham.
Michael Kang, presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, meminta pilihan raya mengejut diadakan untuk memastikan kestabilan ekonomi, tetapi Geoffrey Williams dari Universiti HELP berkata, pilihan raya tidak akan mengubah keadaan ekonomi kecuali dasar lebih baik dilaksanakan.
Sentimen pasaran lemah susulan pengumuman ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mempunyai majoriti mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru menyaksikan ringgit jatuh ke paras terendah semalam dalam tempoh hampir 2 minggu.
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut merosot 2% daripada 8.50 mata kepada 8.32 mata pada tengah hari, sejurus selepas sidang media presiden PKR itu.

Kang berkata, ahli politik perlu menyelesaikan ketidakstabilan politik di negara ini secepat mungkin supaya lebih banyak perhatian ditumpukan kepada pemulihan ekonomi.
“Dengan situasi (politik) seperti ini, banyak perkara yang tidak pasti. Cara terbaik ialah mengadakan pilihan raya kilat supaya sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat mandat untuk membentuk kerajaan baru untuk memfokuskan pembangunan ekonomi.”
Beliau turut menyambut baik pakej rangsangan baru kerajaan, Kita Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam, yang termasuk Program Subsidi Upah 2.0 untuk membantu kumpulan B40 dan M40, pekerja serta perniagaan mikro.
Bagaimanapun, katanya, bentuk bantuan sedemikian perlu diteruskan tidak kira siapa yang berkuasa kerana lebih 50% PKS masih bergelut untuk pulih daripada impak Covid-19.
“Kami berharap mereka dapat meneruskan usaha ini, tidak kira kerajaan mana. Mereka perlu menjalankan tugas mereka untuk membantu PKS dan rakyat.”
Sementara itu, Williams berkata, turun naik dalam pasaran tidak menjadi masalah kerana ia sering berlaku.
“Selagi kerajaan mempunyai majoriti tipis, kebimbangan sentiasa wujud dalam pasaran kewangan setiap kali sesuatu muncul untuk mengancam mandat kerajaan.
“Pengumuman Anwar semalam ialah satu daripadanya.”

Katanya, dalam keadaan sekarang, peristiwa lain boleh membawa impak sama, contohnya berita buruk mengenai kes Covid-19 atau keputusan Pilihan Raya Negeri di Sabah pada Sabtu ini.
Sebaliknya, Williams berkata, masalah sebenar ialah impak buruk ke atas ekonomi akibat sekatan Covid-19, yang perlu disemak semula.
“Situasi politik itu penting, tetapi senario ekonomi tidak mungkin berubah kecuali siapa saja yang berkuasa mengubah pendekatan ‘lockdown’.
“Jika pilihan raya mengejut menampilkan dasar ekonomi berbeza nanti, mereka boleh menyelesaikan situasi itu. Tetapi, jika hasilnya ialah kerajaan berbeza dengan peraturan ‘lockdown’ sama, maka tiada apa yang berubah dari segi ekonomi.”
Mana mungkin Malaysia bebas impak ekonomi Covid-19, Najib beritahu Guan Eng

The post Pakar berbeza pendapat sama ada pilihan raya kilat mampu stabilkan ekonomi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/24/pakar-berbeza-pendapat-sama-ada-pilihan-raya-kilat-mampu-stabilkan-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eur Usd 15 September Laporan Cot Pilihan Raya Presiden Dan Pakej Bantuan Kewangan Baru Kepada Ekonomi Adalah Topik

Eur Usd 15 September Laporan Cot Pilihan Raya Presiden Dan Pakej Bantuan Kewangan Baru Kepada Ekonomi Adalah Topik

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 280 hits
EUR USD 1H Pada 14 September pasangan EUR USD meningkat ke tahap pembetulan 50 0 dan mengukuh di atasnya pagi ini Oleh itu proses pertumbuhan dapat diteruskan ke arah tahap pembetulan seterusnya iaitu 38 2 Sempadan atas koridor aliran menda...
Bukan Hitam Ini 8 Pilihan Warna Rok Plisket Yang Sama Netralnya

Bukan Hitam Ini 8 Pilihan Warna Rok Plisket Yang Sama Netralnya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 188 hits
Nggak ada habisnya deh ngebahas rok plisket yang emang manis banget ini
Perangai Memang 100 Berbeza Tapi Bab Makan Kami Sama Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia

Perangai Memang 100 Berbeza Tapi Bab Makan Kami Sama Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 453 hits
Bukan mudah hendak mengekalkan rumah tangga yang kekal harmoni dan bahagia Namun pasangan serasi ini Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi inspirasi bagi semua pasangan Bukan hanya kebahagiaan yang jelas terpancar bahkan keluarga be...
Siapa Sebenarnya Cuba Jadikan Isu Kedaulatan Sabah Modal Pilihan Raya

Siapa Sebenarnya Cuba Jadikan Isu Kedaulatan Sabah Modal Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 286 hits
BANGI 30 Muharram 1442H Jumaat Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kecewa apabila tindakan mempertahankan kedaulatan Sabah dianggap sebagai sesuatu yang jijik Menerusi catatan di Facebook hari ini Hishammuddin menegaskan sebagai Menteri Lua...
Demam Pilihan Raya As Pergelutan Untuk Masa Depan Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

Demam Pilihan Raya As Pergelutan Untuk Masa Depan Dolar Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 309 hits
Demam sebelum pilihan raya di AS masih merupakan faktor utama ketidakpastian yang tidak membenarkan kita membina ramalan jangka panjang Faktor utama yang tidak stabil adalah kedudukan kedua dua calon yang menjelaskan bahawa mereka tidak aka...
Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

Saya Akan Tarik Balik Sokongan Terhadap Muhyidin Kalau Bawa Kepada Pilihan Raya Mengejut Kata Nazri

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 286 hits
Beliau turut menyokong pendirian Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak menghalang mana mana ahli Parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim
Cara Daftar Pemilih Untuk Mengundi Pilihan Raya

Cara Daftar Pemilih Untuk Mengundi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 497 hits
Mengundi di dalam pilihan raya adalah hak dan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia Tanpa mengira parti politik mana yang anda sokong anda hendaklah mendaftar sebagai pemilih pengundi terlebih dahulu untuk melayakkan untuk mengund...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook