Apa Nak Dikata Inilah Pm Yang Banyak Menyusahkan Kita




 Perlaksanaan PKP 2.0 yang kemudian disusuli dengan perintah darurat sehingga 1 Ogos depan, selain menampakkan kegagalan Muhyiddin Yassin semakin di depan mata, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat pula boleh dikata hampir merata.
Bagi darurat, walaupun dihujahkan ia untuk menangani Covid19, realitinya ia lebih menampakkan untuk mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan.
Bukan lagi satu rahsia, cadangan darurat itu dikemukakan Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong selepas seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya serta menjelang UMNO mahu memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya 31 Januari depan.
Sebelum darurat dilaksanakan, Najib Razak ada mengingatkan Muhyiddin kiranya perintah itu dipohon sekali lagi oleh Muhyiddin, ia tidak lain adalah bertujuan agar kerajaan PN terus kekal berkuasa.
Di samping terbukti permohonan darurat buat kali kedua dipohon oleh Muhyiddin, setelah kali pertama dulu ia ditolak, Najib juga mendedahkan hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang menguatkuasakan darurat ketika Covid19 bersekali dengan penggantungan Parlimen.
Dengan itu, maksud politik di sebaliknya tidak perlu disangkal lagi dan pilihan terhormat bagi pemimpin yang hilang sokongan sepatutnya meletakkan jawatan, bukan mencadangkan kepada Agong agar darurat dikuatkuasakan.
Dalam hal ini, keterdesakan Muhyiddin mahu mengekalkan kuasa sehingga mengusulkan perlaksanaan darurat turut membuatkan Tun Mahathir Mohamad menggelarnya sebagai diktator.
Jika Tun Mahathir yang sebelum ini kerap digelar diktator telah menggelar Muhyiddin sebagai diktator, maka hampir 99 peratus benarlah hakikat itu.
Ini kerana hanya diktator kenal dengan pemimpin lain yang ada ciri-ciri diktator seperti yang pernah dikaitkan dengan dirinya.
Dalam perlaksanaan PKP 2.0 pula, di sebalik difahami ianya bertujuan membendung Covid19, peraturan yang dilihat berpilih-pilih turut sama menyerlahkan kegagalan Muhyiddin membela rakyat, terutama golongan B40.
Sementara gedung dan pasaraya besar, kedai perabot IKEA serta kedai barang kemas Habib Jewel, seperti dinyatakan Najib dalam laman sosialnya boleh terus dibuka, sedangkan ia bukan perniagaan barangan keperluan, banyak perniagaan kecil lain atau kaedah meniaga untuk golongan B40 mencari wang seperti pasar malam, tidak dibenarkan membuka perniagaan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Ini menimbulkan pertanyaan, golongan mana sebrnarnya yang menjadi keutamaan Muhyiddin untuk dibelanya – tauke besar yang sedia kaya raya atau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi sebagai sumber pendapatan mereka?
Kalau pun mereka hendak disuruh duduk di rumah, setidak-tidaknya sediakanlah bantuan kewangan yang sewajarnya dalam tempoh tidak boleh menjalankan perniagaan sekarang ini.
Di waktu yang sama, kedai makan dan restoran yang hanya dibenarkan meniaga sehingga jam 8.00 malam juga benar-benar menyekat pintu rezeki sebahagian lagi golongan B40.
Selain banyak restoran dilaporkan hilang pendapatan hampir 80 peratus kerana peraturan itu yang disertai larangan makan di kedai, kerajaan haruslah sedar bahawa ramai golongan B40 menjalankan perniagaan bermula pada waktu petang sebagai sumber rezeki seperti menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya.
Restoran-restoran tomyam juga biasanya dibuka bermula pada waktu petang.
Dengan itu, jika pukul 8.00 malam sudah diarah tutup kedai, berapa lama dan bagaimana mereka mahu mencari rezeki?
Lagi pula, bagi kebanyakan orang Islam, waktu mereka membeli makanan untuk dibawa pulang bagi makan malam ialah selepas selesai menunaikan solat maghrib.
Maka, kenapa Muhyiddin, sebagai anak ulama, tidak boleh berfikir untuk melanjutkan tempoh perniagaan kedai makan, restoran, menjual burger, char kuew tiaw, sate dan sebagainya sekurang-kurangnya sehingga jam 10.00 malam?
Dalam tempoh darurat dan PKP 2.0 ini juga, kegagalan Muhyiddin tambah berganda dengan laporan beberapa syarikat antarabangsa besar seperti Toyota, Hyundai, Amazon, LG, pembuat bateri CATL bakal memindahkan pelaburan mereka hampir RM100 bilion ke Indonesia.
Tidak sukar menelah pindahnya semua syarikat besar itu adalah disebabkan ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan Muhyiddin, kestabilan politik negara dan kerajaan PN yang diterajuinya.
Kehilangan pelabur-pelabur tersebut bukan saja menjejaskan pendapatan negara, malah menyebabkan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan ini tidak mustahil mendorong ramai antara kita menyeberang ke Indonesia mencari kerja sepertimana mereka sekarang ini mencari rezeki ke negara kita.
Sebab itu, lagi lama beliau bertahan dengan kerapuhan kuasanya sekarang, bukan bertambah baik keadaan negara ini, bahkan akan memburuk dengan ekonomi bertambah malap, rakyat sukar mencari rezeki dan ramai yang hilang pekerjaan.
Pun begitu, Malaysia ini agak bertuah kerana mempunyai Agong sebagai ketua negara yang baik, merendah diri, cakna kepada rakyat terutama jika ada malapetaka melanda, nak diharapkan Muhyiddin, beliau boleh dikata tidak berguna apa-apa untuk memberi kesejahteraan kepada kita semua.
Sewaktu PKP 1.0 dahulu di mana beliau sering menyebut hanya ingin menjaga rakyat dan tidak mengutamakan politik, sebaliknya ketika itu jugalah beliau memecat dan menyingkirkan semua musuh-musuh politiknya dengan cara yang keras dan tidak memberi muka.
Di ketika PKP 2.0 dan darurat ini pula, hanya setelah dua hari berlalu, beliau jugalah yang pertama sekali mempengerusikan mesyuarat politik PN Johor, sambil membuat beberapa perlantikan untuk mengukuhkan kedudukan gabungan tersebut.
Dengan selalu cakap tak serupa bikin, disertai dengan deretan kegagalan dan lebih banyak membawa kesusahan daripada kesenangan kepada rakyat, termasuk mencadangkan darurat ketika sokongan terhadapnya makin tiada, Muhyiddin dengan ini adalah Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara.
 (Shahbudindotcom 16/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/apa-nak-dikata-inilah-pm-yang-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Bagi Perut Kempis Tak Banyak Lemak Badan Fit Dan Kekal Begitu Sampai Ke Tua

Macam Mana Nak Bagi Perut Kempis Tak Banyak Lemak Badan Fit Dan Kekal Begitu Sampai Ke Tua

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 453 hits
Pagi tadi kawan kat grup wasap kongsikan kejayaannya berjalan kaki lebih dari 8 ribu langkah Satu kejayaan yang besar tu Perlu diraikan kejayaan macam tu supaya amalan dapat berterusan Biasanya untuk dapat jumlah sebanyak itu anda perlu jal...
Nak Pilihanraya Fikir Banyak Kali

Nak Pilihanraya Fikir Banyak Kali

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 235 hits
Hamdan Taha Shafie afdal kalah PRK antara sebabnya rakyat marah ketika covid sedang berluas luasa dia bubar Dun akhirnya dah hilang dari radar Hari ni masih ada parti politik yang tak ambil sabah sebagai pengajaran Bayangkan selepas prk sab...
Cara Mudah Nak Masak Nasi Goreng Planta Yang Enak

Cara Mudah Nak Masak Nasi Goreng Planta Yang Enak

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 384 hits
Nak masak nasi goreng tidaklah susah pun mudah sahaja Tetapi jika kena dengan cara masakannya ia pasti akan membuat anda makan bertambah tambah Kalau dah buntu nak fikir menu apa yang nak dimasak boleh masak nasi goreng ini Anak anak pasti ...
Naik Pelamin Mac Ini Umur Dah 38 Tahun Intan Ladyana Sedia Nak Kahwin

Naik Pelamin Mac Ini Umur Dah 38 Tahun Intan Ladyana Sedia Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 444 hits
Pelakon jelita Intan Ladyana tidak mengiya atau menafikan khabar angin mengenai dia dan kekasihnya pengacara Harris Alif yang kini dalam perancangan untuk berkahwin Meskipun berbeza usia 17 tahun namun ia tidak menghalang mereka yang dikata...
Hiburan Teringin Nak Kahwin Lagi Lufya Omar Senaraikan Sifat Yang Perlu Ada Pada Calon Suami

Hiburan Teringin Nak Kahwin Lagi Lufya Omar Senaraikan Sifat Yang Perlu Ada Pada Calon Suami

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 314 hits
Pelakon Lufya Omar mengakui dirinya mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas perkahwinan pertamanya dahulu bersama Dr Che Hafiz kecundang di tengah jalan Sumber Dia dilihat berkongsikan pendapat itu menerusi segmen Ask Me A Question...
Rancang Nak Ada Bayi Tahun 2021 Ni Ketahui Waktu Terbaik Untuk Hamil

Rancang Nak Ada Bayi Tahun 2021 Ni Ketahui Waktu Terbaik Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 313 hits
Sekiranya anda dan pasangan merancang untuk memiliki cahaya mata pada tahun baru ini mungkin banyak faktor yang perlu dipertimbangkan untuk tahu waktu terbaik untuk hamil bukan Antaranya adalah faktor kesihatan kewangan kerjaya dan macam ma...
Niat Nak Melamar Rupanya Si Kekasih Adalah Makhluk Halus

Niat Nak Melamar Rupanya Si Kekasih Adalah Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 210 hits
Kisah cinta Suprapto pernah menjadi viral beberapa tahun lalu apabila kekasih nya Sri Wahyuningsih sebenarnya dikatakan adalah makhluk halusHubungan cinta Suprapto dan kekasihnya bermula apabila mereka bertemu di Pasar Malam Lama kelamaan c...
Umno Bukan Dayus Nak Diam Saja Tegas Tok Mat

Umno Bukan Dayus Nak Diam Saja Tegas Tok Mat

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 303 hits
freemalaysiatoday com January 4 2021 11 48 PMPETALING JAYA Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak akan berdiam diri sekiranya parti itu terus ditekan oleh PPBM termasuk usaha untuk merampas kubu UMNO Ahli Dewan Undanga...
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration