Apa Motif Zahid Mahu Rci Ditubuhkan


By SatuBerita
-August 28, 2021


SECARA tiba-tiba Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi mahu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara dan badan Kehakiman.

Umum mengetahui bahawa Presiden UMNO sendiri dan beberapa rakan lain sedang berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah, termasuklah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kini dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Datuk Seri Ahmad Zahid pula sedang berdepan dengan puluhan tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi beliau. Segala bukti dan keterangan sudah pun dikemukakan oleh pihak pendakwaan dengan begitu teliti dan cermat sekali. Ia turut dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa.

Ahmad Zahid perlu menyedari hakikat ini. Adalah tidak masuk akal untuk menimbulkan persepsi bahawa kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau dan rakan-rakannya merupakan satu campur tangan politik.

Adakah beliau mahu memberi gambaran bahawa beliau dianiaya oleh sistem perundangan kita?

Jika benar terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman atau pun dalam Jabatan Peguam Negara, bagaimana Ahmad Zahid boleh jelaskan beberapa keputusan mahkamah yang memihak kepada UMNO sejak setahun yang lalu?

Pada 20 Mei 2021, mahkamah memulangkan semula wang berjumlah RM114 juta yang disita polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Razak dan UMNO, kepada Najib.

Pada 3 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi perisytiharan UMNO sebagai tidak sah kerana kononnya melanggar perlembagaan.

Adakah badan kehakiman hanya ‘adil’ apabila keputusan memihak kepada UMNO atau Datuk Seri Najib dan ‘berat sebelah’ apabila tidak memihak kepada mereka?

Jika ini persepsi yang ingin ditimbulkan, ia amat tidak sihat dan ia menghina integriti para hakim kita.

Saya cadangkan lebih baik Datuk Seri Ahmad Zahid fokus kepada perbicaraan beliau di mahkamah dan segerakan proses ini kerana mahkamahlah merupakan medan paling sesuai untuk membuktikan kebenaran berpihak kepada beliau.

Jika kes ini sering tertangguh, saya khuatir ia akan melewat-lewatkan keadilan buat Datuk Seri Ahmad Zahid sendiri.

Oleh Mohamad Siddiq Azani Pengerusi Biro Undang-UndangArmada Bersatu Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/apa-motif-zahid-mahu-rci-ditubuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What S The Motive Questions Raised On Zahid S Call For Tommy Thomas Rci

What S The Motive Questions Raised On Zahid S Call For Tommy Thomas Rci

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 293 hits
Opposition leaders ask if this is an attempt by the Umno president and the court cluster to escape legal repercussions Opposition leaders have questioned the motive behind Umno s call for the government to form a royal commission of inquiry...
Pemimpin Pkr Bertungkus Lumus Dapatkan Sokongan 15 Mp Kem Zahid

Pemimpin Pkr Bertungkus Lumus Dapatkan Sokongan 15 Mp Kem Zahid

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 290 hits
Selepas berjaya mendapatkan sokongan Warisan untuk menyokong calon Perdana Menteri tunggal mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini pemimpin PKR sedang berusaha keras mendapatkan sokongan 15 Ahli Parlimen yang berada dalam kem Datuk Seri Ahmad ...
Zahid Stop Blaming Me For Muhyiddin S Failure

Zahid Stop Blaming Me For Muhyiddin S Failure

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 258 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has hit out at critics who blamed him for being power hungry leading to the resignation of Tan Sri Muhyiddin Yassin as prime minister NSTP ASWADI ALIAS KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has hit o...
Ahmad Zahid Withdraws From Being Nominated As Pm Potential

Ahmad Zahid Withdraws From Being Nominated As Pm Potential

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 240 hits
Umno secretary general Datuk Seri Ahmad Maslan confirmed that Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi withdrew from nominating himself as the party s and Barisan Nasional s pick for the prime ministerial candidate NSTP ASYRAF HAMZAH...
Anwar Berjaya Runding Dengan Warisan Tunggu Persetujuan Kem Zahid Sokong

Anwar Berjaya Runding Dengan Warisan Tunggu Persetujuan Kem Zahid Sokong

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 303 hits
agendadaily com17 8 2021Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggu keputusan 15 Ahli Parlimen UMNO dalam kem Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Anwar Ibrahim difahamkan sudah berjaya dalam rundingan politik dengan Parti W...
Kumpulan 15 Tolak Ismail Sabri Pilih Zahid Hamidi

Kumpulan 15 Tolak Ismail Sabri Pilih Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 274 hits
By August 17 2021ISMAIL SABRI YAAKOBKUMPULAN 15 Ahli Parlimen yang dikatakan menjadi punca kejatuhan Kerajaan Perikatan Nasional menolak pencalonan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan S...
Setelah Menzalimi Pn Dan Muhyiddin Sekarang Zahid Minta Nyawa Pula

Setelah Menzalimi Pn Dan Muhyiddin Sekarang Zahid Minta Nyawa Pula

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 272 hits
agendadaily com17 8 2021Presiden caretaker UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Setelah bermacam macam usaha dilakukannya untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional dan Kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya Presiden caretaker ...
Zahid Rela Berkorban Tolak Dicalonkan Jawatan Pm

Zahid Rela Berkorban Tolak Dicalonkan Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 149 hits
Zahid rela berkorban tolak dicalonkan jawatan PM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pembentukan kerajaan baharu yang stabil dengan Kabinet berkesan mirip seperti War Cabinet yang hanya memberi fokus terhadap proses ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month