Apa Mereka Buat Apabila Tahu Bos Nombor 1 Mereka Sesat


 
Nik Hasyideen.


Apa mereka buat apabila tahu Bos nombor 1 mereka sesat?


Firaun mempunyai ramai tukang-tukang sihir. Apabila Firaun mahu membuktikan bahawa Nabi Musa AS hanya sembang kari, dia menganjurkan perlawanan di antara Nabi Musa dengan tukang-tukang sihirnya itu.


Kita semua tahu kisah ini. Apabila ternyata bahawa Nabi Musa membawa mukjizat, bukannya sekadar silap mata untuk menceriakan dan membahagiakan orang ramai, ahli-ahli sihir Firaun membelakangkan bos mereka dan beriman. Mereka tidak mencari dalil dan alasan untuk terus membenarkan bos mereka dengan pelbagai laungan memuji dan memujanya.


Sebagai bos nombor 1, Firaun kena tunjukkan dialah bos. Kaki dan tangan ahli-ahli sihir kebangaannya itu dipotong secara bersilang. Matilah mereka sebagai hamba Allah yang beriman.


Ada satu lagi kumpulan manusia yang melihat pelbagai mukjizat Nabi Musa. Bani Israel, kaum yang dihamba-hambakan oleh Firaun. Apabila Nabi Musa membebaskan mereka dari Firaun, mereka menghadapi detik-detik getir terperangkap di antara lautan dan Firaun. Di sinilah mereka nampak laut terbelah, dapat menyeberang dengan selamat dan Firaun dan bala tenteranya lemas apabila laut kembali bertaut.


Bukan sekadar itu, Allah menjamu mereka dengan makanan dari syurga. Namun, hamba boleh dibebaskan dari segi fizikal tetapi menteliti hamba bukan mudah dicabut dari jiwa-jiwa mereka. Diminta mahu makan sayuran yang merupakan makanan hamba mereka, bukannya “mann dan salwa” yang istimewa itu. Disembahnya patung lembu walaupun Nabi Musa meninggalkan mereka hanya seketika.


Kisah ini seharusnya memberikan kita kesedaran bahawa kehidupan adalah pilihan. Apabila nampak kebenaran, ada yang memilih pendekatan ahli sihir Firaun dan ada yang memilih pendekatan Bani Israel. Tentunya kedua-dua pilihan ini akan membawa kepada pengakhiran yang berbeza di akhirat kelak.


Diberikan keupayaan untuk mampu membezakan di antara apa yang benar dan apa yang batil adalah satu nikmat besar di zaman ini yang mana ada pelbagai jenis maklumat, dakwaan dan dakyah. Namun, bagi saya, nikmat yang lebih besar ialah mampu memilih pendekatan dan tindakan yang benar juga, walaupun secara fizikalnya nampak macam sengaja mencari bala dan melawan arus popular. Siapa di antara kita yang berani menanggung risiko seperti tukang-tukang sihir Firaun itu? Kena acah buang kerja atau tak naik pangkat pun dan kendur lutut dan mulalah mencari dalil untuk mengikut sahaja arahan yang batil.


Semoga di peringkat akhir Ramadhan ini Allah SWT memperteguhkan iman kita dan memberanikan kita untuk memilih apa yang benar walaupun ianya tidak popular dah boleh membahayakan kita.


والله أعلم




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/apa-mereka-buat-apabila-tahu-bos-nombor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat 2 Lelaki Rakam Video Pasangan Buat Onar Dalam Axia Cadang Dakwa Mereka Di Mahkamah

Polis Siasat 2 Lelaki Rakam Video Pasangan Buat Onar Dalam Axia Cadang Dakwa Mereka Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 473 hits
Media melaporkan polis kini sedang menyiasat dua individu yang membuat rakaman dan menerbit video pasangan muda yang melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia di tempat letak kereta di Pasir Gudang Johor baru baru ini Poli...
Anwar Dan Pkr Jangan Cakap Besar Apabila Tumpang Tui Anwar Kena Pimpin Ph Di Pru15 Dan Buktikan

Anwar Dan Pkr Jangan Cakap Besar Apabila Tumpang Tui Anwar Kena Pimpin Ph Di Pru15 Dan Buktikan

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 192 hits
Mereka yang tidak sokong Anwar sebagai PM selepas Tun sangat panas telinga apabila Rafizi abdullah sani and the gang menyatakan reformasi adalah faktor kemenangan PH di PRU14 Setuju sangat pasal reformasi ini tetapi ayat yang tertinggal ada...
Kau Ingat Ini Tempat Kau Ker Peniaga Mercun Dibelasah Sekumpulan Lelaki Tak Berpuas Hati Kawasan Mereka Dilanggar

Kau Ingat Ini Tempat Kau Ker Peniaga Mercun Dibelasah Sekumpulan Lelaki Tak Berpuas Hati Kawasan Mereka Dilanggar

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 198 hits
Tular satu video yang menunjukkan satu pergaduhan di antara dua peniaga mercun di Kulai Johor dipercayai berpunca daripada perebutan tapak berniaga mercun Ketua Polis Daerah Kulai berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki be...
Tahniah Kita Kena Tahu Jika Mereka Tahu 3r

Tahniah Kita Kena Tahu Jika Mereka Tahu 3r

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 96 hits
Syabas pada pihak berkuasa kerana pantas tangani isu 3R cumanya solidariti kepada pegawai penyiasat kita kena sedo kena pahang
Jujurkah Mereka Sudah Tentulah Tidak

Jujurkah Mereka Sudah Tentulah Tidak

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 287 hits
ANNE ADURA 33 bulan mcm2 hal Allah tu maha mengetahui segalanya betapa tak jujur tak amanah dan tak ikhlasnya PN ni Maka dengan itu Allah swt memperkenankan DSAI diangkat mnjadi PM dan Allah juga menggerakkn hati 30 MP BN brsama yang lain u...
Doa Mereka Telah Dimakbulkan Sesungguhnya Jatuhlah Kerajaan Pn

Doa Mereka Telah Dimakbulkan Sesungguhnya Jatuhlah Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 125 hits
Walaun ni kata doa orang yang teraniaya ni makbul Memang betul Ini buktinya Kami rakyat menderita kerana urus tadbir yang curang Kami berdoa supaya orang yang bertanggungjawab buatkan kami menderita diberi pembalasan yang setimpal Maka ini ...
Jangan Bernikah Hanya Kerana Terdesak Umur Tetapi Bernikahlah Apabila

Jangan Bernikah Hanya Kerana Terdesak Umur Tetapi Bernikahlah Apabila

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 215 hits
Umur 30 masih tak kawin Itu persoalan penting kalau bertemu dengan siapapun ayat ini pasti bermain di fikiran mereka Ala jangan memilih sangat Hakikatnya kita bukan lagi hidup di zaman dahulu yang perlu dipadankan oleh keluarga dan kita tak...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa