Apa Maksud Eat Clean Dan Manfaat Mengamalkannya
APA MAKSUD EAT CLEAN DAN MANFAAT MENGAMALKANNYA| Clean Eating atau eat clean ni adalah satu kaedah makan sebagai cara hidup, bukannya diet. Sebabnya, diet biasanya akan selesai jika berat badan telah turun atau telah mencapai target yang dikehendaki, sebaliknya eat clean ni tetap dilakukan secara berterusan.Dalam clean eating (eat clean), kita diharuskan mengambil makanan yang semulajadi, seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.Seboleh yang mungkin juga perlu kurangkankadar pengambilan garam, gula, minyak, makanan berlemak dan memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.Bahan-bahan lain seperti protein tetap diambil dengan proses penyediaan yang sihat seperti kukus, rebus dan panggang.
Kaedah Memulakan Eat Clean
Di antara beberapa cara untuk memulakan eat clean ialah:-Makan dalam portion yang kecil, 5-6 kali sehari untuk menjaga kestabilan gula dalam darah.Mengambil protein yang lebih baik iaitu daripada sumber ayam, ikan, telur dan daging tanpa lemak.Hindari semua makanan manis (gula, roti, kuih, kek,gula-gula, tepung putih, nasi putih dan sebagainya)Hindari makanan berlemak jahat dan trans fat.Hindari soda dan minuman tinggi kalori yang berasal daripada gula.Hindari makanan yang mengandungi kalori yang tinggi, misalnya junk food (makanan ringan) dan yang digoreng terutamanya deep fry.Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.Perbanyakkan proses memasak dengan kaedah kukus, rebus atau panggang.
Faedah kita malakukan eat clean
Pengurangan kadar lemak tubuh (inch loss)Pengurangan berat badan (weight loss)Menambah tenagaKulit lebih sihatRambut lebih cantik berkilauTidur lebih nyenyakMeningkatkan imuniti tubuhMenghilangkan stressSumber : EAT CLEAN
Kenapa Cik Rose ceritakan tentang Eat Clean ni? Sebenarnya Cik Rose baru mencuba untuk eat clean. hihi. Baru beberapa hari mencuba. Moga berdisplin hendaknya. hihi. Bukan mudah nak mengekalkannya. Nanti Cik Rose akan updated menu-menunya ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2018/10/apa-maksud-eat-clean-dan-manfaat.html