Apa Lagi Diskriminasi Yang Menghantui Orang Cina India Di Malaysia



Di India, lebih 4 juta orang beragama Islam di wilayah Assam di timur laut negara itu diancam akan ditarik kewarganegaraan mereka.

Polisi pemerintahan Narendra Modi yang menindas menyebabkan mereka sedang terancam kehilangan kewarganegaraan walaupun sudah berpuluh tahun berstatus warganegara India.

Di China, dasar penindasan terang-terang mahu melenyapkan identiti etnik Uighur beragama Islam yang merupakan penduduk asal wilayah Xinjiang.

Pemerintah China yang didominasi bangsa Han telah memperkenalkan semula dasar-dasar yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan kebebasan beragama.


Kerajaan China selamba mengeluarkan arahan melarang kakitangan kerajaan berpuasa dan memakai hijab dengan tujuan beransur-ansur menggugurkan identiti Islam etnik Uighur.

Namun, masyarakat bukan Melayu di Malaysia sejak mereka berhjrah ke Tanah  Melayu kurun ke-19 bebas mengamalkan kebudayaan Cina dan India. Mereka tidak mengalami diskriminasi dan peminggiran seperti dialami jutaan rakyat India di wilayah Assam dan etnik Uighur di barat laut China itu.


Orang Cina dan India di Malaysia juga tidak dipaksa berasimilasi seperti etnik Cina di Indonesia dan masyarakat Melayu di empat wilayah selatan Thailand yang menyaksikan jutaan golongan muda Melayu Thai hari ini tidak lagi lancar berbahasa ibunda.

Kaum bukan Bumiputera di Malaysia dibenarkan mempunyai sekolah "jenis kebangsaan" berasaskan kaum masing-masing.

Sikap degil menolak untuk sebumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) menjejaskan proses interaksi sosial dan pembentukan negara bangsa Malaysia dengan bukti paling ketara tidak fasih berbahasa kebangsaan selain tidak menghormati semangat kontrak sosial antara kaum tahun 1957.

Mereka meletakkan identiti 'orang Cina' dan 'orang India' di tempat nombor satu ketika memaksa orang Melayu meletakkan identiti 'orang Malaysia' di kedudukan nombor satu.

Apabila mereka bercakap tentang kaum mereka dan memanggil Melayu sebagai pendatang, mereka dianggap bercakap atas dasar hak asasi.

Orang Melayu dituntut bertolak-ansur dan menganggap ruang Bumiputera dan bukan Bumiputera pada borang rasmi sebagai satu bentuk diskriminasi walaupun tanpa ruang kaum itu pun kita boleh tahu mereka siapa berdasarkan nama mereka lantaran keenggaman mereka untuk berasimilasi tidak seperti Tionghoa di Indonesia.

Apabila orang Melayu bercakap tentang kepentingan kaum dan agamanya seperti diiktiraf termaktub dalam Perlembagaan, dituduh sebagai rasis dan perkauman.

Padahal, orang Cina dan India di Malaysia juga tidak mengalami diskriminasi seperti dialami kaum Melayu di Singapura pasca pemisahan dengan Semenanjung tahun 1965 lalu.

Orang bukan Melayu Malaysia malah menguasai jaringan ekonomi dan muncul sebagai maha mewah billionaire dengan jauh lebih mampu membeli hartanah di pusat bandar selain memiliki satu demi satu lot tanah di kampung-kampung Melayu.


Baca buku oleh Dr Lily Zubaidah dalam kajian akademiknya bertajuk 'Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pendidikan Masyarakat Melayu' bagaimana modus operandi diskriminasi terhadap kaum Melayu Singapura.

Bekas pensyarah Universiti Sydney di Australia itu menyifatkan kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sengaja meneruskan ideologi dan stereotaip negatif terhadap orang Melayu oleh pentadbir kolonial British dan orientalis.

Pemerintah menanam kepercayaan bahawa kelemahan intelektual orang Melayu juga dalam ekonomi dan pendidikan adalah disebabkan oleh faktor budaya dan keturunan orang Melayu sendiri.

Serentak dengan fahaman yang dinamakan sebagai 'tesis defisit budaya' itu untuk tidak membantu golongan masyarakat Melayu yang terpinggir, Dr Lily Zubaidah menulis pemerintah Singapura yang didominasi Cina itu menyatakan bahawa kaum mereka sendiri mempunyai sifat-sifat positif yang menyebabkan mereka maju.

Berbeza dengan apa dialami golongan imigran ke Tanah Melayu yang datang secara besar-besaran mulai tahun 1850-an.

Orang Cina dan India yang asalnya beramai-ramai datang ke Tanah  Melayu sebagai kuli di lombong dan estet getah diperah kudrat dan dieksploitasi penjajah British sejak abad ke-19 akhirnya diberi  kerakyatan pada 1957.

Sejak 61 tahun negara kita merdeka, orang Cina dan India tidak dipaksa berasimilasi dengan kebudayaan Melayu yang merupakan inti kepada tanah air ini sesuai dengan kedudukannya yang terletak di rantau maritim dipanggil Kepulauan Melayu (Malay Archipelago).

Malangnya, sikap tamak, rasis, ultra kiasu dipupuk pula oleh sesetengah pemimpin politik mereka yang menjadi wakil rakyat malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri pasca PRU-14 menyatakan mereka seolah-olah warganegara kelas kedua.

Ungkapan 'diskriminasi' diulang-ulang di sebalik desakan supaya kerajaan menerima ICERD. Hinggakan siapa sahaja yang waras termasuk Melayu penyokong Pakatan Harapan (PH) dapat mentafsirkan ICERD yang bertujuan murni di atas kertas itu hanya batu loncatan untuk agenda melenyapkan kebudayaan Melayu di negara ini.

Buktinya dapat dilihat pada kenyataan awal dua Adun Cina DAP Pahang yang menegaskan pendirian parti mereka atas semangat Deklarasi Setapak 1967 yang antara lain menolak label Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Hanya selepas dikecam majoriti orang Melayu tanpa mengira fahaman parti politik, baharu dua hari kemudiannya mereka mengeluarkan penafian bahawa tidak menulis pun mahu hapus Perkara 153 Perlembagaan. Nampak, wujud kontradik di situ?


Bak kata Mufti Perlis, Datuk Dr Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin:

“Semangat ICERD itu sebenarnya memang telah menjadi pegangan Umat Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Sepatutnya Umat Islam tidak memerlukan ICERD atau untuk berpegang dengan tujuan ICERD ini."

Tulisan : Arif Atan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/apa-lagi-diskriminasi-yang-menghantui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau India Cina Seperi Tun Sambanthan Malaysia Kekal Aman Lihat Lah Siapa Lim Kuan Yew

Kalau India Cina Seperi Tun Sambanthan Malaysia Kekal Aman Lihat Lah Siapa Lim Kuan Yew

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 762 hits
Klik gambar untuk besarkanUcapan Tun Sambanthan pada 1965 Apa yang kita boleh belajar Nak jadi cerita tadi den ada ternampak ada orang share pautan hansad parlimen yang mengandungi quote kata kata Tun Sambanthan yang memuji dan mengangkat k...
Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri Dedah Diskriminasi Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia

Lelaki Berbangsa India Ini Tegur Menteri Dedah Diskriminasi Sebenar Yang Dialaminya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 466 hits
Artikel ini diolah diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal Susulan tukarnya sebuah klip video yang merekodkan ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkaitan diskriminasi yang dihadapi oleh masyarak...
Pensyarah Cina Ukm Dedah Majikan Cina Diskriminasi Melayu

Pensyarah Cina Ukm Dedah Majikan Cina Diskriminasi Melayu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 506 hits
ISU PERKAUMAN ANTARA SEBAB MELAYU SUKAR DAPAT KERJA INI RAHSIA TERBUKA Pensyarah cina UKM temui hasil kajian kaum cina diskriminasikan bangsa Melayu1 BANGI UKM Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kua...
Rencana Antara Ketuanan Melayu Bumiputera Cina Dan India

Rencana Antara Ketuanan Melayu Bumiputera Cina Dan India

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 727 hits
Oleh Dr Ridhuan Tee AbdullahTERAMAT sedih melihat apabila seorang menteri bertaraf negarawan tidak dapat membezakan antara perkara pokok dengan ranting Atau lebih tepat lagi disebut sebagai fiqh awlawiyyat dengan maksud memahami keutamaan A...
Melayu Rasis Disekolahkan Cina India Rasis Dibiarkan Sepatutnya Lawan Semuanya

Melayu Rasis Disekolahkan Cina India Rasis Dibiarkan Sepatutnya Lawan Semuanya

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 769 hits
Oleh Setiap kali bila munculnya istilah rasis ianya umpama hanya terpakai atau tuju kepada melayu sahaja Umpama melayu sahaja yang rasis yang ekstrim yang fanatik Hey pundek sifat yang merasakan kaum dia sahaja yang lebih superior kaum dia ...
Malaysia Ketinggalan Tanpa Kaum Cina Kata Dr M

Malaysia Ketinggalan Tanpa Kaum Cina Kata Dr M

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 453 hits
Mereka banyak menyumbang kepada pembangunan di banyak negara dan menjadi warga di negara negara berkenaan kata Mahathir
Kaum India Dinasihat Tidak Terikut Sikap Cauvinis Cina

Kaum India Dinasihat Tidak Terikut Sikap Cauvinis Cina

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 537 hits
Kaum India mesti kekal mengikuti nasihat Pemimpin mereka seperti Tun Sambanthan yang menghormati Tuan Rumah2 Rabiulawal 1440H Sabtu Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia menasihatkan kaum India di negara ini supaya tidak terikut sikap cauvinis Ci...
Sejarah Pendatang Cina India Di Tanah Melayu

Sejarah Pendatang Cina India Di Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1185 hits
Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan hukum hudud dipermainkan kedaulatan Islam dipertikai kini asal usul orang Melay...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari