Apa Khabar Felda Takkan Tiba Tiba Sepi




ISNIN lalu, kerajaan mengesahkan tiga entiti menolak tiga resolusi berhubung pembayaran yuran serta manfaat pengarah FGV Holdings Bhd. (FGV) dibuat berikutan prestasi syarikat itu yang mengalami kerugian RM1.08 juta pada tahun lepas.
Pada sidang Dewan Negara di Parlimen, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, ahli Lembaga Pengarah Felda telah membuat penelitian sewajarnya ke atas resolusi yang dibentangkan dan bersetuju menolak kesemua resolusi membabitkan pembayaran yuran dan manfaat kepada ahli lembaga syarikat itu.
“Lembaga Pengarah Felda juga berpandangan bahawa yuran dan manfaat pengerusinya adalah antara yang tertinggi berbanding syarikat perladangan lain yang tersenarai.
“Melangkah ke hadapan Felda dan FGV akan terus mengadakan perbincangan dan libat urus untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat, kerajaan yakin ia dapat diselesaikan dengan baik dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” katanya.
Pada 25 Jun lepas, pemegang saham utama FGV iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan 33.7 peratus; Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd. (KPF) (5.0 peratus), dan LTAT (1.25 peratus), telah menolak tiga resolusi berkaitan bayaran yuran pengarah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) kumpulan itu.
Resolusi itu bertujuan mendapatkan kelulusan berhubung pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2018, bayaran yuran pengarah bagi tarikh 26 Jun 2019 sehingga AGM seterusnya dan bayaran manfaat yang boleh dibuat bagi tempoh 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya.
Kerja Tanpa Gaji
Dan sehingga kini, tiada keputusan muktamad dicapai walaupun setelah lebih sebulan Tan Sri Mohd. Bakke Salleh dilantik sebagai Pengerusi Felda.
Perkara yang menjadi kea­nehan besar ialah keputu­san menolak resolusi bayaran yuran itu dicapai pada masa sama resolusi melantik semula ahli Lembaga Pengarah FGV diluluskan.
Secara tidak langsung sekarang, mereka diminta bekerja tetapi ganjaran tahun lepas, tidak akan dibayar.
Menurut satu laporan akhbar perniagaan berbahasa Inggeris, FGV menyatakan ‘secara kolektif dan segera diputuskan bahawa perkara paling bertanggungjawab perlu dibuat ialah, demi FGV dan para pemegang sahamnya, ialah bagi Lembaga Pengarah terus memberi khidmat kepada FGV dan memacu program transformasi yang dilaksanakan tahun lalu’.
Jadi ini mencetuskan persoalan; haruskah mereka bekerja tanpa gaji? Dan mengapa mereka tidak meletak jawatan sahaja?
Dimensi politik
Tidak perlu meminta pandangan pakar, sesiapa yang mengikuti berita ini akan pantas membuat rumusan bahawa isu ini melangkaui soal wang. Ada pihak kata ia berkaitan politik.
Ini kerana jika zaman pemerintahan Barisan Nasional, isu-isu sebegini walaupun sektor korporat dilepas bebas membuat keputusan akan segera dicampur tangan oleh kerajaan sama ada dalam isu bayar gaji atau menukar sama sekali ahli lembaga pengarah.
Bukannya kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh melakukan perkara serupa kerana soal integriti atau sebagainya. Ia dilihat lebih kepada soal berlaga kepala. Selama ini, hal ehwal Felda dan FGV adalah dibawah kawal selia Kementerian Kewangan. Hari ini, kedua-duanya dijaga Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Mungkin kementerian baharu ini agak terbantut gerak tindak kerana khuatir reaksi Kementerian Kewangan. Bayangkan, menteri yang jaga kementerian baharu ini jika benar-benar fokus kepada menguruskan kementerian dan bukan hal kepartian, apa pun reaksi Kementerian Kewangan tidak perlu dihiraukan. Beranikah?
Terma LLA
Menurut sumber, ahli-ahli Lembaga Pengarah FGV benar-benar tersentak dengan pendirian Felda, apatah lagi terdapat seorang wakil Felda di dalam lembaga.
Difahamkan terdapat sebilangan isu yang menyebabkan Felda tidak senang. Satu daripadanya ialah perjanjian pajakan tanah (LLA) antara Felda dengan FGV. Apabila FGV disenaraikan pada 2012, Felda memberikannya 355,000 hektar tanah untuk diuruskan selama 99 tahun di bawah LLA.
Sebagai pulangan, Felda akan dibayar RM248 juta setahun sebagai bayaran pajakan, selain perkongsian keuntungan 15 peratus setahun.
Namun sudah tersebar kemahuan Felda untuk mengambil balik ladangnya atau mengkaji semula terma-terma LLA. Secara purata Felda sudah menerima RM400 juta setahun dari FGV, jauh rendah berbanding RM800 juta bagi perbelanjaan tahunan yang diperlukannya bagi mengurus dan menjaga kebajikan para peneroka.
Apakah isu di atas sudah dibincang secara rasmi antara kedua-dua pihak?
Kertas Putih
Pembentangan Kertas Putih Felda di Parlimen pada April lalu, menyaksikan kerajaan mengumumkan pelan menyelamat bernilai RM6.23 bilion.
Aspek yang mencolok mata ialah Kertas Putih menyatakan dana RM6 bilion yang diterima Felda daripada penyenaraian FGV pada 2012 telah diguna sebaiknya, dengan hanya 24 peratus diguna bagi perluasan.
Dibanding­kan dengan FGV yang menerima RM4.5 bilion daripada penyenaraian, pelbagai projek dan usaha niaganya yang tidak berjaya sudah diketahui umum.
Jadi sekarang apa perkem­bangan terkini hasil penemuan di dalam Kertas Putih Felda itu? Harap ia bukan satu lagi cerita gajah putih dalam ladang kelapa sawit.
Saman lagi
Pada 9 Julai lalu, syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) memfailkan saman terhadap Felda dan FIC berkaitan projek Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.
Hal ini lagi membingungkan. Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad pernah kata pemindahan hak milik tanah seluas lapan hektar milik Felda di Jalan Semarak telah diselesaikan tanpa kos pada Jun 2014.
Tolonglah, selesaikan semua kerumitan ini. Ingatlah apa sahaja keputusan atau kesan tindakan korporat, akan memberi impak langsung dan tidak langsung kepada para peneroka Felda. Jagalah kebajikan mereka.
Cantum jadi ladang
Apa perkembangan rancangan menggabungkan ladang-ladang peneroka Felda kepada estet-estet besar dengan keluasan kira-kira 405 hingga 850 hektar yang akan diuruskan golongan terlatih dalam bidang pengurusan estet?
Sejak pengumumannya pada 7 Julai lalu, segala-galanya masih kabur. Aneh. Ingatkan zaman sudah berubah. Bila umum, bermakna segera dilaksanakan. Malangnya, sehingga sekarang, peneroka masih tertanya-tanya tentang perkara itu kerana pengumuman dibuat tanpa disertakan butiran lengkap pelan berkenaan.
Dalam media sosial, dalam kumpulan-kumpulan yang dianggotai warga Felda, majoriti besar menyatakan kekeliruan mereka terhadap pelan estet ini. Malahan ramai yang membantah tindakan mencantumkan ladang-ladang mereka kepada estet.
Kekurangan maklumat ini hanya menambahkan kekeliruan peneroka yang sudah pun keliru dengan Kertas Putih Felda yang dilancarkan pada April lalu.
Adakah penggabungan ladang kepada estet ini sama seperti dimaksudkan dengan pengenalan penanaman pintar dan pertanian jitu yang disebut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangan Kertas Putih Felda?
Johardy
Utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/04/apa-khabar-felda-takkan-tiba-tiba-sepi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertabalan Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Hadiri Istiadat Pertabalan

Pertabalan Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Hadiri Istiadat Pertabalan

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 270 hits
SEPANG Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan selamat tiba di sini pagi ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung di Istana Ne...
Tiba Di Labuan Bajo Ta To Dan Media Timor Leste Nikmati Sunset Di La Cecile

Tiba Di Labuan Bajo Ta To Dan Media Timor Leste Nikmati Sunset Di La Cecile

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 135 hits
Di La Cecile TA TO dan media asal Timor Leste menikmati keindahan alam Bajo dari ketinggian Mereka juga melihat langsung keindahan sunset dari tempat itu
Padah Bergurau Maut Pun Tiba

Padah Bergurau Maut Pun Tiba

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 222 hits
Sumber GoogleKeseronokan bergurau ketika bermandi manda bersama teman di tasik terbiar Tasik Widuri Bukit Beruntung bertukar tragedi apabila salah seorang dari empat sahabat lemas kerana bergurau tak kena tempat Mangsa Muhammad Ukail Raziq ...
Selamat Tiba Di Malaysia Dr Amalina Beri Ucapan Penuh Emosi Buat Adik Ainul

Selamat Tiba Di Malaysia Dr Amalina Beri Ucapan Penuh Emosi Buat Adik Ainul

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 355 hits
Rakyat Malaysia pasti sudah mengetahui tentang kepulangan Ainul Mardhiah ke Malaysia Sebelum ini adik Ainul telah diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulutnya Salah seorang doktor yang bertanggungjawa...
Selepas 12 Jam Perjalanan Ainul Tiba Di Tanah Air Dengan Selamat

Selepas 12 Jam Perjalanan Ainul Tiba Di Tanah Air Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 257 hits
Alhamdulillah Ainul sihat itu reaksi Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 bapa Ainul Mardhiah bayi perempuan berusia 11 bulan yang menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor Dia memberikan maklum balas itu sebaik disapa oleh pemberita yang menunggu k...
44 Cedera Dilanda Ombak Tsunami Di Taman Teman Air Selepas Mesin Tiba Tiba Rosak

44 Cedera Dilanda Ombak Tsunami Di Taman Teman Air Selepas Mesin Tiba Tiba Rosak

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 402 hits
The ReporterSeramai 44 pelancong cedera selepas dilanda ombak tsunami di taman hiburan air di China lapor Dalam kejadian yang berlaku di Yulong Shuiyun Water Amusement Park di Longjing berhampiran sempadan Korea Utara lima mangsa masih dira...
Kenapa Tiba Tiba Kelopak Mata Asyik Bergerak Gerak

Kenapa Tiba Tiba Kelopak Mata Asyik Bergerak Gerak

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 300 hits
Anda pernah alami kelopak mata berkedip kedip tidak terkawal Pernah dengar tak beberapa kepercayaan apabila mata berkerdip kerdip sebelah kiri atau sebelah kanan ia sering dikaitkan dengan bakal mendapat berita baik atau sebaliknya Tak tahu...
Tunjuk Sikap Baik Selepas Peluk Islam Dua Anak Terkejut Ibu Bapa Tiba Tiba Mahu Bersama Saya Mulanya Tidak Faham

Tunjuk Sikap Baik Selepas Peluk Islam Dua Anak Terkejut Ibu Bapa Tiba Tiba Mahu Bersama Saya Mulanya Tidak Faham

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 443 hits
CARA hidup sebenar sebagai seorang Muslim serta tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan oleh dua beradik sehingga membuka hati kedua ibu bapa mereka untuk memeluk Islam membuatkan ramai berasa kagum sekali gus membuatkan kisah itu tular di...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia