Apa Kesan Pengumuman Anwar



(Harakah) – Tiada petanda yang jelas menunjukkan Anwar mendapat sokongan untuk menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun keberanian beliau membuat pengumuman menimbulkan banyak persoalan. Dari sudut Perlembagaan, adakah tindakannya itu memberi kesan kepada kerajaan sedia ada?
Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu melakukan sesuatu untuk menentukan kesahihan dakwaannya itu?
Perkara 43(4) menyebut jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 43(2)(a) pula menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
Perkataan “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” tidak dijelaskan dengan terperinci dalam Perlembagaan. Walau bagaimana pun ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara, misalnya:
Pertama, melalui undian di Dewan Rakyat. Undian ini tidak semestinya melalui usul khusus untuk menilai kepercayaan. Tahap sokongan terhadap usul Rang Undang-undang atau usul Belanjawan sudah memadai untuk dijadikan kayu ukur bagi menilai sama ada Perdana Menteri hilang kepercayaan atau tidak.
Kedua, dengan mengemukakan senarai penuh sekurang-kurangnya 112 orang Ahli Dewan Rakyat yang hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri sedia ada. Selepas senarai dikemukakan, Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu diberi masa yang munasabah untuk mengesahkan atau menafikan. Ini kerana mungkin senarai itu tidak benar.
Ketiga, dengan mengumpulkan semua Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya dan mengadakan sidang akhbar secara bersama bagi mengisytiharkan bahawa mereka telah hilang sokongan kepada Perdana Menteri sedia ada.
Keempat, pemimpin parti-parti yang menyokong beliau boleh membuat sidang akhbar atau kenyataan media menyatakan sokongan blok Ahli-ahli Parlimen dari parti masing-masing terhadap beliau. Namun cara ini perlu disusuli dengan tempoh yang munasabah bagi memberi peluang Ahli-ahli Parlimen yang tidak setuju dengan pemimpin parti mereka membuat kenyataan balas.
Keempat-empat cara di atas hanyalah contoh. Sebenarnya apa-apa cara yang dapat menunjukkan bahawa Perdana Menteri “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” boleh dilakukan. Tapi buat masa ini belum ada satu petanda yang jelas mengenai dakwaan itu.
Jadi, kita boleh simpulkan bahawa kerajaan sedia ada masih kukuh dan teguh. Tambahan pula parti-parti yang menganggotai kerajaan atas nama Perikatan Nasional secara terbuka menyatakan kepercayaan mereka kepada Perdana Menteri.
Dari sini timbul pula persoalan: Adakah wajar seorang pemimpin membuat pengumuman bahawa Perdana Menteri “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” tanpa asas yang kukuh?
Bagi saya tidak wajar. Kebebasan bersuara tidak harus disalahguna untuk mengelirukan rakyat dan negara. Jika terbukti kenyataan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh, makai ia adalah satu bentuk penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Apa lagi jika kenyataan itu melibatkan urusan Yang di-Pertuan Agong.
Kita amat berharap cara ini tidak menjadi ikutan pada masa hadapan. Moga pemimpin dan ahli politik kita mengutamakan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan politik sendiri. Kita doakan moga Malaysia terus damai dan sejahtera dan mampu menghadapi wabak COVID-19 dan cabaran ekonomi semasa.
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/24/apa-kesan-pengumuman-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

Anwar Ibrahim Buat Pengumuman Penting Dalam Sidang Media Khas 12 Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di sini jam 12 tengah hari ini Beliau dikatakan akan membuat satu pengumuman penting Sumber memberitahu pengumu...
Anwar Akan Buat Pengumuman Penting Sumber Kata Ada Majoriti

Anwar Akan Buat Pengumuman Penting Sumber Kata Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 334 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dijadual akan mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini untuk membuat satu pengumuman penting Terdapat spekulasi bahawa anggota parlimen Port Dickson itu berjaya mengumpulkan sokongan Ahli Parlimen untuk...
Percaturan Politik Sengit Selepas Pengumuman Anwar

Percaturan Politik Sengit Selepas Pengumuman Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 339 hits
Via WhatsApp Sy cerita apa yg sy tahu DSAI tak kata GPS ke parti mana yg sokong DSAI kata cukup majoriti yg lebih kuat berbanding Abah Din Semua pakat melompat Kata kunci ada pada Zahid Zahid kata apa Zahid kata dia tak boleh nak sekat majo...
Pengumuman Anwar Gimik Raih Sokongan Prn Sabah

Pengumuman Anwar Gimik Raih Sokongan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 246 hits
Pemimpin Umno menyifatkan pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baru sebagai gimik untuk menarik sokongan Pilihan Raya Negeri Sabah Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ...
Klci Jatuh 10 5 Mata Selepas Pengumuman Anwar Betul Ke Ni Wee Ka Siong

Klci Jatuh 10 5 Mata Selepas Pengumuman Anwar Betul Ke Ni Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 497 hits
Rentetan dari pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang mendakwa beliau mendapat sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi mengambil alih Kerajaan sedia ada...
Ada Keraguan Dengan Pengumuman Anwar

Ada Keraguan Dengan Pengumuman Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 295 hits
1 737 total views 593 views today KUALA LUMPUR Pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dilihat sesetengah pihak sebagai sesuatu yang meragukan terutam...
Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

Dakwaan Anwar Hanya Sindrom September Takiyuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agong Pas Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sindrom bulan September Ini kerana menurut beliau perkara itu pernah berlaku sebelum ini pada 16 September 2008 Sept...
Ini Mesti Geng Anwar Ibrahim

Ini Mesti Geng Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 298 hits
Seorang lelaki dilapor membeli tanah seluas satu ekar di bulan untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan Lelaki tersebut dikenali sebagai Sohaib Ahmed yang berusia 23 tahun membeli tanah seluas satu ekar di bulan dengan harga 45 melalui Lu...
Ringgit Terjejas Akibat Anwar Kemaruk Nak Jadi Pm

Ringgit Terjejas Akibat Anwar Kemaruk Nak Jadi Pm

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS pada penutupan hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu yang dilihat sebagai mata wang selamat di tengah tengah persekitaran politik AS kata seorang penganalisis Pa...
Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Pkr Rep Lodges Report Against Najib S Facebook Admin

Labour Group Urges Govt To Intervene In Suhakam S Salary Increment Woes

Welcome 2025 Nak Tenang

Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

Car Solid Perfume Fragrance


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abah Saya Uncle Mike Bridging Cultures Through Film

The Impact Of Domain Name

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Januari 10 2025 04

I Saraan 2025 Pendaftaran Semakan Kelebihan