Apa Jadi Kalau Usul Pm Kalah 13 Julai Nanti



Cakap-cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap-cakap kosong.2. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menerima melalui Poslaju pada hari ini 8hb Julai 2020 (5 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula) sebuah dokumen Parlimen Malaysia setebal 350 muka surat berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat bermula dari 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020. Dokumen ini bukan dokumen rahsia dan tiada peraturan “embargo” dikenakan, maka saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca di luar sana supaya anda semua tahu apa yang akan berlaku di dalam Dewan Mesyuarat Parlimen.3. Usul untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Arif merupakan Usul No.2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada 13 Julai 2020. Usul itu berbunyi: “ Perdana Menteri akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang di-Pertua.”4. Usul No. 2 tersebut diikuti dengan Usul No.3 dari Perdana Menteri yang mohon mencadangkan Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.5. Usul No.4 pula bertujuan untuk mengenepikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming. Manakala usul No.5 untuk mencadangkan Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang sebagai Timbalan Speaker. Kedua-dua usul ini, No.4 dan No.5 juga dibentangkan oleh Perdana Menteri.6. Bagaimana jika usul No.2 itu ditolak oleh Dewan Rakyat atau keempat-empat usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu mengalamai kekalahan? Jika Perdana Menteri kalah bermaka Kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya juga kalah. Adakah Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan jika kesemua usul yang beliau bentangkan itu atau salah satu daripadanya ditolak oleh Dewan Rakyat?7. Tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau amalan bersifat konvensi yang menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Muhyiddin Yassin akan berasa kecundang dan Kerajaan PN akan menerima tamparan dari blok pembangkang jika usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker berkesudahan dengan kekalahan. Tetapi dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berani membentangkan usul-usul tersebut memberi isyarat awal bahawa kerajaan PN pimpinannya padu dan kukuh dan beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang menyokong kerajaan pimpinannya.8. Ujian yang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin pada 13 Julai ini besar. Pakatan Harapan Plus walaupun nampak ada masalah dalaman sesamanya tetapi dalam soal menghadapi Usul mengenepikan Speaker Mohamad Ariff dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming yang dibawa oleh Perdana Menteri, mereka bersatu dan akan memberi tentangan yang hebat di Parlimen nanti pada 13 Julai ini.9. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu merajuk dan patah hati jika usul-usulnya itu nanti menghadapi kekalahan. Beliau boleh merujuk sejarah. Pada tahun lepas 2019 usul dari Kerajaan Pakataan Harapan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan juga menghadapi kekalahan apabila gagal mendapat kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat kerana mendapat tentangan dari blok pembangkang ketika itu. Tun Dr Mahathir tidak meletak jawatan kerana kekalahan itu dan tidak juga pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen.10. Muhyiddin Yassin pun perlu berbuat hal yang sama iaitu terus mentadbir negara jika usul-usulnya itu tewas di Parlimen. Malu sedikit tidak apalah kerana reputasinya sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN tercalar. Tetapi Muhyiddin Yassin tidak perlu sampai terpaksa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 yang mengejut kerana terkejut.Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen. Perdana Menteri tentu tahu hal ini dan beliau tentu akan berhati-hati.11. Secara peribadi saya selaku Ahli Parlimen dari PH dan Parti Keadilan Rakyat pernah menyuarakan tuntutan terbuka supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakan jawataan sekira usulnya mengenepikan Speaker Mohamad Ariff menemui kegagalan. Tetapi siapalah saya untuk mendesak tuntutan sedemikian terhadap Perdana Menteri memandangkan usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming bukanlah usul yang bersifat kewangan seperti Belanjawan Tahunan Negara yang menuntut Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya meletakkan jawatan sekiranya usul berkenaan Belanjawan Negara itu kalah di Parlimen.12. Tetapi bagaimana jika Usul-usul Perdana Menteri itu beroleh kemenangan dan Speaker serta Timbalan Speaker yang ada sekarang berjaya diketepikan melalui proses pengundian yang telus dan adil di Parlimen? Ini tentu satu suntikan semangat yang kuat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya. Dan ia merupakan satu tamparan hebat kepada blok pembangkang PH Plus.13. Tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berada dalam keadaan selesa pada 13 Julai nanti. Kerana di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada tarikh tersebut terdapat satu usul No.27 yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi yang akan mencadangkan :-“ Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli yang Berhormat Dewan Rakyat.”Persoalan berkenaan prosedur ialah adakah pada 13 Julai nanti usul No.27 yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir sempat dibentangkan dan dibahas serta diputuskan dengan undi atau terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain?Sama-samalah kita ikuti perkembangaan menarik di Parlimen nanti.Hassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir GudangRabu 8 Julai 2020



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/apa-jadi-kalau-usul-pm-kalah-13-julai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

Pas Kemuka Usul Undi Percaya Terhadap Pm Di Parlimen Julai Ini Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 370 hits
PAS telah mengemukakan Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dibentang serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini Loading Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ...
Apa Bakal Terjadi Sekiranya Undian Tidak Memihak Kepada Pm Pada 13 Julai Nanti

Apa Bakal Terjadi Sekiranya Undian Tidak Memihak Kepada Pm Pada 13 Julai Nanti

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 218 hits
Cakap cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap cakap kosong 2 Sebagai seorang Ahli ...
Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

Menang Atau Kalah Benarkah Ada Mp Umno Dan Pas Tolak Usul Muhyiddin Pagi Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 275 hits
Pagi ini merupakan hari penentuan bagi masa depan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Cubaannya membawa usul menukar Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof bakal menjadi perhitungan hidup mati kepada masa depan politiknya Jika menang ...
Oneplus Nord Mungkin Dilancarkan Pada 21 Julai Nanti

Oneplus Nord Mungkin Dilancarkan Pada 21 Julai Nanti

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 381 hits
OnePlus memang terkenal dengan sebuah smartphone yang berspesifikasi tinggi dengan harga yang agak murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain Sebelum ni Ohmedia ada share yang OnePlus akan keluarkan smartphone terbaru mereka yang diber...
Asus Rog Phone 3 Sah Diperkenal Secara Rasmi Pada 22 Julai Ini

Asus Rog Phone 3 Sah Diperkenal Secara Rasmi Pada 22 Julai Ini

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 250 hits
Asus ROG Phone 3 adalah salah sebuah peranti pintar memfokuskan permua yang paling dinanti nantikan pada tahun ini Selepas sekian lama berteka teki mengenai misteri tarikh pelancaran rasmi ROG Phone 3 Asus kini dalam diam diam mendedahkan t...
Pelan Perdagangan Eurusd Untuk 02 Julai 2020

Pelan Perdagangan Eurusd Untuk 02 Julai 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 349 hits
Tinjauan teknikal Semalam EURUSD bergerak untuk mencari rintangan di sekitar tahap 1 1275 Pasangan mata wang tunggal dilihat diperdagangkan di sekitar 1 1250 ketika penulisan dan sedang bersedia untuk melakukan penembusan harga di bawah tah...
Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

Sekolah Dibuka Mulai 15 Julai 2020 Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 510 hits
Sekolah dibuka mulai 15 Julai 2020 dengan Norma Baharu Setelah beberapa bulan sekolah ditutup akhirnya kini dibuka kembali tetapi dengan norma yang baharu Umi The post appeared first on
Kiwi Cuba Menguji Tahap 1 3715 02 Julai 2020

Kiwi Cuba Menguji Tahap 1 3715 02 Julai 2020

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 528 hits
Pada carta masa 4 jam kita dapat melihat bahawa pasangan mata wang USD CAD cenderung menembusi tahap 1 3715 Liquidity Pool berhampiran Pasangan ini juga boleh menurun Kiwi mungkin berkembang sekiranya pasangan tidak jatuh dan menutup di baw...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah