Apa Itu Unit Trust


Ramai juga orang di sekeliling saya yang masih tak berapa faham apa sebenarnya unit trust dan bagaimana ia berfungsi. Rugi rasanya bila kita sebenarnya boleh buat lebih banyak keuntungan dengan unit trust tapi disebabkan tak tahu, kita terlepas peluang tersebut.



Sekarang ini ramai yang melabur dalam ASB kerana mahu dapatkan dividen pada akhir tahun. Ha, ASB adalah antara salah satu contoh pelaburan unit trust. Jika disebut unit trust, amanah saham atau unit amanah, sebenarnya semua itu adalah benda yang sama. Jadi kalau baca prospectus ASB tentang unit amanah, ia adalah unit trust. Benda yang sama saja ya.


Apa itu Unit Trust?Unit trust atau unit amanah (juga disebut amanah saham) adalah satu bentuk pelaburan yang membolehkan orang ramai mengumpulkan wang mereka bersama-sama untuk dilaburkan dalam pelbagai aset seperti saham, bon, dan hartanah. Pelaburan ini diuruskan oleh seorang pengurus dana profesional, yang akan membuat keputusan tentang di mana dan bagaimana wang itu akan dilaburkan. 


Bagaimana Unit Amanah Berfungsi?Masih tak jelas tentang unit trust? 


Okey, katakan saya merancang untuk membuka sebuah kedai kecil, begitu juga dengan sahabat saya. Walau bagaimanapun tiada seorang pun di antara saya dan sahabat tersebut yang mempunyai cukup wang untuk mula membuka perniagaan masing-masing. Jadi, saya dan sahabat mengumpul wang bersama dan menggunakan wang tersebut untuk membuka sebuah kedai. Kemudian kami melantik seorang pengurus untuk menguruskan kedai tersebut. Keuntungan dari hasil jualan kedai akan dibahagikan mengikut jumlah wang yang setiap orang sumbangkan.
Unit amanah berfungsi dengan cara yang sama. Dalam cerita di atas, saya dan sahabat boleh diandaikan sebagai pelabur yang berminat untuk membuat pelaburan. Wang yang dikumpulkan dilaburkan dalam pelbagai jenis aset seperti saham syarikat, bon (yang pada asasnya adalah pinjaman kepada kerajaan atau syarikat), atau hartanah. Pengurus bertindak sebagai pengurus dana yang mentadbir operasi jual beli aset manakala keuntungan jualan merujuk kepada agihan pendapatan yang diterima samada melalui dividen atau kenaikan harga per unit dana amanah.


Apa Manfaat Melabur dalam Unit Trust?

1. Diversifikasi
Dengan melabur dalam unit amanah, saya tidak hanya membeli satu jenis aset tetapi lebih. Wang akan dilaburkan dalam pelbagai aset. Ini membantu mengurangkan risiko kerana jika satu pelaburan tidak berjalan dengan baik, pelaburan lain mungkin masih boleh menghasilkan keuntungan sekaligus mengurangkan kerugian dalam nilaian besar. Kata bijak pandai, 'don't put all eggs in one basket'.


2. Pengurusan Profesional 
Seorang pengurus dana yang berpengalaman akan menguruskan wang yang dilaburkan. Ini bermaksud saya tidak perlu membuat keputusan yang sukar di mana untuk melaburkan wang kerana itu adalah tugas pengurus dana. Pengurus dana adalah individu profesional yang menerima pentauliahan untuk memgang jawatannya. Pengurus dana amat berkemahiran untuk menentukan hala tuju pelaburan yang mampu menjana keuntungan.


3. Mudah 
Dengan unit amanah, semua orang mampu melabur meskipun tidak mempunyai wang yang banyak dan pengetahuan yang rendah dalam bidang pelaburan. Pelaburan juga boleh dilakukan dengan modal yang rendah. Pelabur tidak perlu memikirkan tentang wang yang telah dilaburkan kerana semua itu akan diuruskan oleh pengurus dana. Pelabur hanya perlu berkomunikasi dengan konsultan unit amanah untuk mengetahui tentang perkembangan pelaburan dan tindakan yang perlu dilakukan samada menambah atau mengeluarkan wang pelaburan.


Risiko Unit AmanahSeperti semua jenis pelaburan termasuk unit amanah datang dengan risiko. Contohnya, jika pasaran saham jatuh, nilai pelaburan mungkin turun. Namun, kerana unit amanah melibatkan pelaburan dalam pelbagai aset, risikonya boleh dikurangkan. Selain itu, Dollar-Cost Averaging (DCA) membantu mengurangkan kerugian pelabur.


Siapa yang Patut Melabur dalam Unit Trust?Pelaburan unit amanah amat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai masa atau pengetahuan untuk menguruskan pelaburan sendiri. Pelaburan unit amanah mempunyai risiko yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan saham. Bagi pelabur yang risau kehilangan wang pelaburan, mereka boleh mula melabur dalam pelaburan unit amanah harga tetap seperti ASB kerana tiada risiko kehilangan wang principal. Walaubagaimanapun, keuntungan pelaburan unit amanah harga tetap sebegini menawarkan keuntungan lebih rendah berbanding keuntungan yang ditawarkan unit amanah dengan harga berubah.


Selain itu, individu yang berminat dalam pelaburan jangka panjang dan mempunyai matlamat samada untuk pendidikan, pembelian rumah atau persaraan amat sesuai melabur dalam unit amanah. Ini kerana pelaburan unit amanah bersifat jangka panjang. 


Bila Waktu Terbaik untuk Melabur dalam Unit Trust?Waktu terbaik untuk melabur dalam unit amanah bergantung pada beberapa faktor. Berikut adalah beberapa panduan umum:


1. Pelaburan Jangka Panjang: Unit trust biasanya paling sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Semakin lama melabur, semakin banyak masa pelaburan mempunyai peluang untuk berkembang. Oleh itu, melabur seawal mungkin adalah satu strategi yang baik.


2. Keadaan Pasaran Saham: Melabur semasa pasaran mengalami penurunan (bear market) boleh menjadi peluang yang baik, kerana kita boleh membeli unit pada harga yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, ini memerlukan keyakinan dan kesabaran, kerana pasaran mungkin memerlukan masa untuk pulih. Membeli semasa harga jatuh membolehkan kita membeli pada harga rendah, seolah kita mendapat harga sales.


3. Pelaburan Berterusan (Dollar-Cost Averaging): Daripada cuba mencari masa terbaik untuk melabur, sesetengah pelabur memilih untuk melabur secara berterusan, contohnya membuat pelaburan secara bulanan. Ini membantu mengurangkan risiko membeli pada harga tinggi dan memanfaatkan harga rendah melalui purata kos dolar (dollar-cost averaging).


4. Kedudukan Kewangan: Pastikan kewangan stabil sebelum mula melabur. Elakkan melabur wang dana kecemasan atau wang yang akan digunakan dalam jangka masa pendek. Sekiranya pasaran saham dalam fasa bullish, kemungkinan besar kita boleh membuat keuntungan dalam jangka masa pendek namun sekiranya pasaran berada dalam keadaan bearish, besar kemungkinan pelaburan jangka pendek yang kita rancang ingin keluarkan segera akan mengalami penurunan harga dan mengalami kerugian.


Unit amanah adalah cara yang baik untuk mula melabur, terutama bagi mereka yang baru dalam dunia pelaburan. Ia memberikan peluang kepada pelabur untuk memanfaatkan kepakaran pengurus dana dan melabur dalam pelbagai jenis aset, sambil mengurangkan risiko. Walaupun pelaburan ini mempunyai risiko, diversifikasi yang ditawarkan oleh unit amanah membantu melindungi pelabur daripada kerugian besar.


Jadi, jika ingin mula melabur dan mengembangkan wang, unit amanah mungkin merupakan pilihan yang baik untuk dipertimbangkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2024/08/apa-itu-unit-trust.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akrab Dan Berangkulan Dengan Airlangga Di Ikn Bahlil Masuk Itu Barang

Akrab Dan Berangkulan Dengan Airlangga Di Ikn Bahlil Masuk Itu Barang

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 87 hits
Momen itu terjadi saat para menteri Kabinet Indonesia Maju sedang sarapan sebelum mengikutinya sidang kabinet paripurna
Takiyuddin Menipu Itu Budaya Iblis Kata Pempengaruh

Takiyuddin Menipu Itu Budaya Iblis Kata Pempengaruh

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 67 hits
HarapandailySetiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan dikatakan menipu berhubung status tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Pempengaruh Wan Mahussin Wan Zain berkata berdasarkan semakannya beliau mendapati tanah berkenaan adalah...
Ridwan Kamil Soal Airlangga Mundur Dari Ketum Golkar Itu Dinamika Kepartaian Tak Ada Desakan Pihak Luar

Ridwan Kamil Soal Airlangga Mundur Dari Ketum Golkar Itu Dinamika Kepartaian Tak Ada Desakan Pihak Luar

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 54 hits
Ridwan Kamil memastikan tak ada desakan dari pihak eksternal terkait mundurnya Airlangga Hartarto dari kursi Ketua Umum Partai Golkar
Lepas Lahir Baby Ni Kita Duduk Asing Ikut U Lah Nak Buat Apa 1 Patah Aku Bercakap Dengan Suami Sejak Hari Itu

Lepas Lahir Baby Ni Kita Duduk Asing Ikut U Lah Nak Buat Apa 1 Patah Aku Bercakap Dengan Suami Sejak Hari Itu

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 92 hits
Aku budak uia Dulu Tp aku da kawen Aku kawen ngn somi tecinta lps 2thn kami berkawan Dlm masa 2thn tu aku byk kali nak putus sbb rs mcm xserasi dan xyakin Tp xputus jugak Dia xnak lepaskan aku Aku tepikat kat dia jujurnya sbb dia cute Lps d...
Mahathir Sudah Tewas Kepada Zahid Itu Hakikat

Mahathir Sudah Tewas Kepada Zahid Itu Hakikat

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 89 hits
Oleh Adam MalikMahathir sudah tewas kepada Zahid itu hakikat Mahathir mahu penjarakan Zahid dengan kes ciptaan nya tapi gagal itu hakikat Mahathir mahu badut Kluster mahkamah umno ganti Zahid tapi gagal itu juga hakikat Mahathir kenakan Zah...
Mungkin Ada Orang Yang Dah Lupa Kejadian Itu Tapi Saya Masih Ingat Setiap Babak Babak Yang Terjadi Mamat Sepah

Mungkin Ada Orang Yang Dah Lupa Kejadian Itu Tapi Saya Masih Ingat Setiap Babak Babak Yang Terjadi Mamat Sepah

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 72 hits
nbsp Mamat mendakwa dia mempunyai daya ingatan yang kuat dan masih ingat mengenai insiden berlaku 16 tahun lalu
Tanah Kesedar Bawa Ke Mahkamah Itu Pondan Takiyuddin Jawab Zawawi

Tanah Kesedar Bawa Ke Mahkamah Itu Pondan Takiyuddin Jawab Zawawi

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 83 hits
Takiyuddin Hassan mendakwa dia dipanggil polis susulan kenyataannya ketika ceramah bahawa Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan tidak memproses beribu lot tanah untuk diluluskan kerajaan negeri Ketika berucap di Gua Musang malam tadi Setiausaha...
Amirul Mukminin Terima Anugerah Global The King S Trust 2024

Amirul Mukminin Terima Anugerah Global The King S Trust 2024

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke Team Programme Award Day 2024 bertempat di Sunway Resort Hotel Selangor Selangor Youth Community di bawah naungan DYTM Raja Muda Selangor bekerjasama dengan The King s Trust Internationa...
Deretan 88 Unit Ekskavator Milik Haji Isam Tumpangi Kapal Tongkang Tiba Di Merauke

Deretan 88 Unit Ekskavator Milik Haji Isam Tumpangi Kapal Tongkang Tiba Di Merauke

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 91 hits
Rencananya dua trip berikutnya akan tiba nanti malam dan besok dengan jumlah masing masing trip 88 unit
Sambutan Birthday Di The Urban Affair Dataran Centrio Seremban 2

Anwar Lawat Sabah 2 Hari

Teresa Summoned To Mcmc Info Extracted From Phone

The Future Of Hvac Systems Innovations In Bell Gossett Pump Technology

Bookxcess Introduces Reality Date With A Book A Global First For Non Fiction Enthusiasts

Ym Raja Petra Telah Selamat Disemadikan

Resepi Paling Mudah French Beans Garlic

I Didn T Label Arul Kanda Negligent Fraud Investigator Tells Court


echo '';
Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing


Memorable Trading Name

Sekali Lagi Umat Islam Dicabar Tv Ppim 11 09 2024

Pelik Teresa Boleh Cakap Merapu Macam Nenek Kebayan Ppim Kinitv 11 09 2024

Ppim Gesa Lindungi Kanak Kanak Mangsa Jenayah Seksual Sinar Harian 12 09 2024

Muzikal Lawak Superstar 4

Isma Sane Pergi Chord