Muzikal Lawak Superstar 4

Musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ (MLS4) akan mula bersiaran secara langsung pada 22 September 2024, setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107)
Edisi kali ini membawa tema “Magika”, di mana setiap kumpulan peserta akan membawakan kisah hikayat atau cerita dongeng dengan sentuhan komedi. Dalam setiap persembahan, peserta bukan sahaja perlu berlakon tetapi juga menyampaikan lawak menggunakan genre muzik berbeza yang ditetapkan setiap minggu. Cabaran lokasi tetap diteruskan, di mana setiap kumpulan diberikan kebebasan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dengan latar belakang lokasi tertentu
MLS4 menampilkan 10 kumpulan yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga peserta yang merupakan gabungan pelawak, pelakon, dan pempengaruh
Peserta ‘Muzikal Lawak Superstar 4’:Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric FuziPadie: Namie, Fad Bocey, AretoyPutehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya AmiruddinZuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin AzizGebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah LiyanaKilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin BakarSoda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah KucaiSarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap SGahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, IsyarianaBravo: Ammar, Azhar Jalil, Nasz Sally
Buat pertama kalinya, Saiful Apek dan Harith Iskander, dua legenda dalam dunia komedi Malaysia, akan bersama di kerusi juri. Mereka akan ditemani oleh pelakon wanita terkenal, Anna Jobling, yang akan memberikan perspektif segar kepada penilaian persembahan peserta. Dato’ AC Mizal pula kembali sebagai pengacara utama acara ini
Format pertandingan musim ini masih mengekalkan 70% pemarkahan daripada juri, manakala 30% lagi ditentukan oleh undian penonton menerusi laman web Astro Gempak. Setiap minggu, para penonton boleh mengundi persembahan kegemaran mereka, dan kumpulan yang menerima undian tertinggi akan memenangi Anugerah Astro Gempak yang diumumkan pada segmen akhir setiap minggu
Juara MLS4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 beserta trofi. Tempat kedua, ketiga, dan keempat masing-masing akan menerima hadiah RM75,000, RM50,000, dan RM25,000
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras dan boleh juga distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myinfotaip.com/2024/09/muzikal-lawak-superstar-4.html